Tiga cerita dalam satu…

Kali ini mrhanafi nak tulis cerita secara berbeza dalam satu artikel. Mrhanafi gabungkan tiga cerita susulan daripada tiga artikel sebelumnya.

Cerita pertama..

cerita

Akhirnya barang baik sudah mali.

Lama juga tunggu.

Order 27 September dan sampai pada 13 Oktober 2022.

Proses menunggu itu tidak seronok.

Bagaimana pun syukur juga barang baik selamat sampai.

Barang baik yang mrhanafi maksudkan ialah Mesotropin whey protein.

Cerita tersebut ada ditulis dalam artikel Shopee Express review : Lambat ke laju ?

Lain kali mrhanafi perlu berhati-hati.

Elakkan kurier tersebut dan cari kurier yang lebih pantas dan cepat.

WAJIB BACA :   Masalah cepat pancut: Punca dan solusi

Selagi ada pilihan maka hak pembeli boleh memilih hanya yang terbaik untuk digunakan.

Cerita kedua….

Mrhanafi nak review sedikit tentang Mesotropin whey protein.

Whey ini sangat sedap terutama perisa Cokelat berbanding Vanila.

Artikel tentang topik ini bertajuk Percubaan guna Mesotropin hydro whey protein

Lepas pengambilan selama sebulan, memang ada perbezaan yang jelas.

Rasa sakit dan penat workout cepat pulih.

Namun pembesaran otot tidak begitu ketara kerana mrhanafi baru saja fokus kepada latihan beban.

Sebelum ini cenderung untuk senaman kardio sehingga otot pun tidak sempat membesar.

Mana tidaknya, berlaku defisit kalori secara berlebihan.

Belum lagi kepada gangguan fikiran dan perasaan sehingga rasa stress menghantui diri.

WAJIB BACA :   Demi kerjaya, sanggup memandu lebih 200KM setiap hari

Orang stress dan akhirnya Anxiety Disorder menyebabkan berat badan menurun atau susut.

Cerita ketiga…

cara hilang stress

Mrhanafi masih berjuang melawan stress dan Anxiety Disorder.

Simptomnya kadang-kadang datang tanpa diundang.

Memang perit dan sukar untuk menghadapi terutama berhadapan fikiran yang bercelaru dan perasaan berkecamuk.

Ada masa sedih, bosan dan terkilan tanpa sebab yang kuat.

Tidak terkecuali rasa risau, bingung dan takut tanpa alasan yang logik.

Akibatnya tidak mampu untuk gembira, ceria dan bahagia secara tuntas.

Malah rasa malas, lemah dan tidak bermaya mula menguasai diri.

Sebelum ini mrhanafi ada menulis artikel Mengikis sisa-sisa Anxiety Disorder

Penutup

Demikianlah tiga cerita dalam satu untuk perkongsian kali ini.

WAJIB BACA :   5 kasta pendapatan manusia

Doakan yang terbaik untuk kalian semua.

Doakan mrhanafi berjaya untuk mengharungi cabaran emosi dan fikiran dengan tenang, kuat dan hebat.

Comments 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge