Mrhanafi berkesempatan untuk mencuba Mesotropin hydro whey protein. Harga sangat berpatutan dan wajar untuk dicuba oleh mereka yang berminat dalam bidang fitness.
Kita mulakan dengan rasa dahulu.
Whey protien ini berperisa cokelat yang padu dan nyaman sehingga mrhanafi rasa keliru .
Adakah hydro whey protein yang mrhanafi teguk itu, aiskrim atau sejenis minuman yang lazat.
Hakikatnya memang hydro whey protein dan ia dari jenama Mesotropin.
Apakah itu hydro whey protein ?
Ia adalah sejenis whey yang berkualiti tinggi dan kadar penyerapan yang pantas berbanding jenis whey yang lainnya.
Sangat sesuai diambil lepas aktiviti workout untuk proses pemulihan sel otot atau meningkatkan jisim otot kepada abang sado.
Bukan itiu sahaja whey protein jenis ini boleh diambil sebagai meal replacement untuk mereka yang masih dalam proses diet, cuting atau mengekalkan lean muscle.
Kandungan satu balang Mesotropin hydro whey protein yang beratnya 1Kg ialah 33 scoop serving.
Ada 20g protien , 111 kcal tenaga dn 5 BCCA untuk satu scoop.
Pemanisnya daripada stevia yng lebih sihat dari gula.
Mesotropin hydro whey
Whey protein terdiri daripada tiga kategori iaitu:
1. Whey Protein Concentrate
2. Whey Protein Isolate
3. Whey Protein Hydrolyzed
Penerangan lanjut mengenai jenis protien tersebut ada mrhanafi tulis dalam artikel sebelum ini menerusi pautan bawah ini
Sehingga artikel ini dicoretkan, sudah lebih seminggu mrhanafi jadi pengguna Mesotropin hydro whey protein.
Sejujurnya mrhanafi cukup suka kerana tekstur yang halus dan mudah larut.
Tiada kesan sampingan setakat ini seperti perut kembung dan sebagainya.
Malah tiada kesan sembelit sebagaimana yang pernah mrhanafi alami ketika mencuba whey jenis Isolate.
Boleh dikatakan whey protein ini sangat serasi dengan badan dan tekak mrhanafi.
Biasanya mrhanafi ambil whey ini semasa sarapan pagi dan selepas workout.
Kadang-kadang dibancuh sebagai snack supper sebelum tidur malam.
Perlu diingatkan bahawa apa-apa jenis whey sekali pun ia adalah suplimen atau makanan tambahan.
Makanan utama mesti solid food seperti nasi, ayam, ikan,s ayuran dan buah-buahan.
Jangan bergantung sangat kepada whey untuk sumber nutrien harian.
Itu sahaja perkongsian mrhanafi tentangm Mesotropin hydro whey.
Nantilah selepas penggunaan satu bulan mrhanafi nak tulis lagi tentang produk ini.
Sehingga jumpa lagi dan teruskan bacaan ke artikel : Apakah cara hilangkan stress kerja ?….mungkin ramai nak tahu
- kemas kini 16/6/23
Saya pernah cuba dulu, masa suami pergi gym. Rasa bertenaga, walaupun lepas lari jauh atau workout. Tapi jenama lain la.
Nur recently posted…HTM Ipoh 7 Bridges Run 2022
Jenama memang lain-lain tetapi asasnya whey protien
Fungsi untuk recovery otot pecah dan juga tambah jisim otot