Ini kisah benar. Kisah pengalaman kena anxiety disorder kepada diri sendiri. Ketika tulisan ini dicoretkan, mrhanafi sudah terkena anxiety disorder selama berminggu-minggu lamanya.
Sepanjang tempoh tersebut fikiran dan perasaan selalu terganggu. Rasa cemas, bingung, resah dan gelisah bertali arus.
Benar memang perit juga rasanya.
Namun sehingga kini mrhanafi masih lagi mampu untuk mengawal keadaan.
Alhamdulilah masih waras lagi kerana anxiety disorder (AD) ditahap minor lagi atau peringkat permulaan sahaja.
Anxiety Disorder
Seandainya AD berlarutan kerana tiada penyelesaian maka akan menjadi lebih kronik dan semakin serius.
Mungkin ada di kalangan kalian yang ingin tahu apakah penyebab dan punca anxiety disorder yang mrhanafi alami.
Buat masa kini, mrhanafi belum bersedia untuk mendedahkan kenapa ia melanda mrhanafi.
Menurut Wikipedia dalam bahasa Melayu, anxiety disorder ialah kecelaruan keresahan.
Pengidap dikatakan akan rasa takut, cemas dan bimbang setiap masa waima tanpa sebab sekali pun.
Mereka juga selalu diselubungi ketegangan emosi dan diganggu bayangan kesulitan yang bakal menimpa dalam minda.
Kesannya mereka akan kemurungan, sedih dan gementar sehingga menghilangkan kenikmatan hidup sebagai orang sihat.
Berbalik kita kepada kisah mrhanafi sendiri.
Ketika menghadapi kecelaruan keresahan ini, keinginan untuk tidur tidak menentu.
Pada sebelah malam sukar untuk melelapkan mata manakala sebelah paginya pula sukar untuk bangkit dari tidur.
Bahasa mudahnya, susah untuk tidur dan susah untuk bangun tidur.
Bukan itu saja, terdetik dalam hati kalau boleh jangan ada hari esok dan hari ini biarlah untuk selama-lamanya.
Sampai begitu sekali penangan kecelaruan keresahan yang meresap dalam minda.
Nasib baik selera makan belum terjejas.
Jika tidak, keadaan akan bertambah buruk memandangkan mrhanafi sudah berumur.
Bagaimana untuk mengatasi AD agar tidak melarat dan kronik ?
Sejujurnya mrhanafi bersyukur juga terkena kerana dapat belajar cara untuk mengatasi. Banyak cara untuk mengatasinya .
Solat merupakan cara yang ampuh dn terbaik tau !
Untuk informasi lanjut boleh tomton video yang berikut :
Akhir kata lanjutkan bacaan ke artikel ini —– > Apakah cara hilangkan stress kerja ?….mungkin ramai nak tahu
- kemas kini 30/9/22
Semoga dipermudah segala urusan.
aamiin…in shaa Allah
Ammi pernah kena anxiety sewaktu trimester pertama mengandungkan anak ke-2 (this was back in 2009) tapi masa tu tak tahu pun itu gejala anxiety.
tapi setiap hari rasa macam kenapa perlu pregnant, kenapa perlu itu dan ini, macam mana kalau mati, malam memang tak boleh tidur langsung. tangan sampai gigil2 memikirkan tentang mati. dan alhamdulillah anxiety tu hilang dengan sendiri ammi pun tak perasan bila.
Alhamdulillah….benda itu sudah recovery dan berharap ia berulang lagi
samalah. abe kie ni susah nak tdo balik jika terjaga pd jam 4 pagi. terutama sekali bila memikirkan masalah2 kerja n peribadi. terus jadi anxiety disorder gitu.
abe roi recently posted…Program Mengacau Bubur Asyura di Masjid Tanah Merah
tulah Abe…jangan difikirkan sangat tentng hal dunia hehehe
Sorry to hear yang Encik Hanafi hadapi, semoga dipermudahkan dan sihat dan happy.
Saya dulu post-partum depression lepas bersalin (meroyan), sampai kena jumpa psikiatri. Pokok pangkal, kena kembali ke jalan Allah. Solat dan mengaji.
Nur recently posted…Time flies
terima ksih atas perhatian…
in shaa Allah boleh diatasi dengan perlahan-lahan
semoga tuan admin dapat mengatasi masalah yg melanda…
In shaa Allah boleh diatasi pelan=pelan..
terima kasih atas sokongan dan keprihatinan
Sy tidak pasti ada anxiety atau tidak… Tetapi mula ada tanda2 juga..
Tiba2 datang perasaan cemas & mcm2 perasaan ..
Kdg risau juga sebab dari segi genetik sebelah ayah, ramai yg ada penyakit2 anxiety, depresi, stress berlebihan.. Semoga Allah sentiasa jaga kita.. Take care.. Semoga Allah berikan kemudahan dalam apa jua kesulitan hidup kita..
Senang cerita …orang yang kena anxiety nie…pun tidak boleh sahkan dengan betul melainkan jumpa dengan pakar..
apa-apapun terima kasih atas doa dan perhatian
Semoga dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan kepada Mr Hanafi. Sesungguhnya tiada penyakit yang tak boleh disembuhkan melainkan mati.
aamiin…terima kasih kerana beri perhatian dan doa..
alhamdulillah…sudah semakin baik
harap dapat atasi kalau dh mula tanda2 anxiety ni
Alhamdulillah sudah…semkin kurang