Tidur siang sangat dianjurkan terutama sebelum zuhur untuk merehatkan badan. Jarang sungguh mrhanafi tidur siang dalam tempoh yang panjang.Dulu-dulu pernah.Biasanya zaman muda-muda.
Ketika itu ada kerja syif malam.Memang semalaman berjaga dan bertugas.Mesti tidur.Jika tak tidur waktu siang maka malam pasti akan mengantuk bagaikan nak terkeluar biji mata.
Baru-baru ini mrhanafi cuti sehari.Memang rutin cuti sehari dalam seminggu.Percutian ini mrhanafi isikan aktiviti tidur siang.Itu yang termampu dan dah tak larat untuk jalan-jalan ke luar rumah.
Anak-anak dan isteri ( ex wife ) pula pergi bercuti di Sematan selama dua hari.Nampaknya mrhanafi tak berkesempatan tahun ini sama seperti tahun yang lepas.Dulu mereka bercuti di Santubong.Mrhanafi bekerja kerana belum dapat cuti.
Ternyata peluang untuk bercuti begini memang bukan rezeki buat mrhanafi.Apa boleh buat.Reda sahaja dan janji mereka bahagia.Mrhanafi akur belum tiba masanya untuk cuti dan santai sebegitu.Lainlah dalam tahun 2016 nanti.In Shaa Allah.
Tidur siang
Jadi sebagai gantiannya mrhanfi cuti dengan tidur puas-puas.Tidur penuh kerehatan setelah mengerah tenaga minda selama berminggu-minggu.Semenjak beberapa minggu kebelakangan ini memang mrhanafi agak sibuk berlatih dan mengisi minda dengan satu ilmu yang hebat.
Ilmu sebegini perlukan tenaga minda untuk menghadamnya.Bukan boleh dibaca dan difahami sebegitu sahaja.Sebaliknya dihayati dan diselami dengan penuh konsentrasi yang tinggi.Tindakan ini memberi beban kepada tenaga minda.
Tiada jalan terbaik selain tidur seketika.Dengan tidur segala sel-sel yang bekerja dapat berehat buat seketika.Meskipun cuma tidur siang.
Paling afdal tidur waktu malam seusai solat Isyak.Bangun 1/3 malam dan selepas itu boleh berjaga seperti biasa.
Amalan tidur begini dilakukan sollafus soleh.Mereka berjaga malam untuk mengingati Allah.Siang bekerja macam biasa dan tidur sebentar menjelang waktu zohor.
Kini kebanyakkan kita tidak begitu.Malam tidur banyak.Siang pun tidur sama banyak.Secara tak sedar masa tidur lebih banyak berbanding masa berjaga.
Secara peribadi mrhanafi tidak menggalakkan anda tidur siang sama seperti tidur malam.Tidur malam lebih nikmat dan penuh rehat.Tidur siang cuma boleh sekali sekala jika dah terpaksa.
Akhir kata tidur siamg hanya apabila keadaa memerlukan dan bukan satu tabiat setiap hari.
sekarang saya kerja sendiri, lepas makan tengahari saya kerap tidur petang 🙂
Ikhwan recently posted…10 Tips Didik Anak Bersolat
untunngnya tuan bekerja sendiri..masa ditentukan sendiri
sebagai ibu, susah tidur siang juga, malam apatah lagi kalau ada baby
Raihanah Ahmad recently posted…Tunku Jalil, Kanser dan Kepentingan Antioksidan
utamakan baby dulu..nanti mereka dah besar baru dapat utamakan diri sendiri pulak
betul tu, tidur siang sebelum zuhr (qailulah) banyak manfaatnya.
yalah..memang tidak dinafikan tidur siang ada juga kebaikannya
Kalau bekerja sendiri memang senang nak aturkan masa tidur…tetapi kalau bekerja dengan majikan, boleh take nap 20 min la semasa waktu rehat
Noriza Rahman recently posted…Awet Muda dan Sihat di Usia Emas
tulah..mesti bijak atur masa untuk aktiviti tidur nie..
tak boleh berlebihan nanti gaji tak berkat pulak dah!
bila badan letih mmg wajib tdo skjb siang hari..
tidur sianng memang boleh merehatkan badan
ciktom susah nak lelap tidur tengahari…wlpn bagus…
tidur ptg plk xboleh nanti mau sakit kepala jadinya..
cik tom recently posted…Tabung Misi Perbelanjaan Raya dan Kecemasan
jika tak biasa ..lebih baik jangan tidur siang
Tertidur baca entri ini 🙂
ha..ha..ha…terasa lawaknya