Apakah cara hilangkan stress kerja ?….mungkin ramai nak tahu

Apakah cara hilangkan stress kerja? Mungkin ramai yang nak tahu dan jika begitu keadaannya maka inilah artikel yang bisa menjawab soalan kalian berkaitan stress.

Diakui stress adalah simptom yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tidak kira umur, jantina, kedudukan dan sebagainya.

Stress ini merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami seseorang ketika tuntutan atau tugas tidak dapat dipenuhi ataupun bebanan kerja diluar kemampuan.

Ada stress yang ringan dan sederhana. Ia bagus untuk meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan.

Stress yang berlebihan dan berlarutan akan memberi impak negatif kepada kesihatan manusia.

Punca stress ada pelbagai. Ada yang mudah dikenali pasti dan ada juga yang komplikated keadaannya.

Secara dasar stress amat berkait rapat dengan masalah dan ketidakmampuan diri menghadapi cabaran hidup atau pekerjaan.

Menurut portal Myhealth,  stress boleh dikawal dan diatasi dengan beberapa cara yang berikut. Dalam artikel ini mrhanafi kupas dan hurai dengan lanjut lagi .

Cara hilangkan stress kerja

cara hilangkan stress kerja

1.Bertenang dalam semua keadaan

WAJIB BACA :   5 kerja lepasan SPM gerenti dapat

Satu perkataan yang skema. Sudah tentu stress lawan kepada tenang. Tentulah apabila stress memang sukar untuk bertenang.

Bayangkan setiap masa dan ketika ada gangguan emosi dan mental.

Walau bagaimanapun, belajarlah untuk bertenang dalam 1 jam sehari. Masa 1 jam boleh ditambahkan menjadi 2 jam dan seterusnya.

Ada pelbagai cara untuk bertenang atau dapat ketenangan. Antaranya solat, meditasi, zikir, berselawat atau membaca al-Quran.

Terpulang kepada ajaran agama dan fahaman spritual masing-masing. Kerana tujuan utama untuk dapat ketenangan ketika berhadapan dengan stress.

Teori ini seperti mudah. Hanya dengan bertenang maka stress dapat diatasi.

Realiti tidak sedemikian. Kalau tidak masakan ramai yang sanggup berhenti kerja, MC dan sentiasa cuti untuk lari daripada tekanan kerja.

2.Bernafas dalam-dalam

Tarik nafas dengan panjang dan dalam yang semampu boleh. Mekanisme ini boleh memberi ketenangan kepada fikiran.

Ketika stress jantung biasanya berdebar-debar dan cara kita bernafas juga pendek-pendek.

Ini mengakibatkan kadar kemasukan oksigen berkurangan ke dalam badan. Otak memberi isyarat kepada badan untuk mengaktifkan sistem lawan atau lari.

Hormon kortisol dan hormon endorfin akan dirembeskan dalam keadaan yang banyak.

Jika keadaan ini berterusan, akan menyebabkan badan mengalami banyak gangguan.

3.Bermonolog dengan diri sendiri

Cipta dialog atau skrip yang positif dalam usaha memberi motivasi kepada diri.

WAJIB BACA :   Kuatnya Getaran Positif

Baca skrip ini berulang-ulang agar boleh terakam dalam minda separa sedar.

Sebagai contoh,

“Saya sabar dan kuat. Saya boleh atasi dan hadapi apa jua cabaran dan dugaan”

“Pasti ada kejayaan dan kebahagiaan menanti, tunggu saja masanya nanti”

Ada banyak lagi dialog monolog yang kalian boleh cipta berdasarkan situasi sebenar.

4.Bercakap dengan orang yang dipercayai

Jangan simpan seorang diri. Takut stress atau tekanan menjadi-jadi.

Cari seseorang yang boleh dipercayai sebagai tempat untuk meluahkan segala masalah yang dihadapi.

Jika kalian seorang pekerja, cari penyelia atau pihak atasan.

Beritahu masalah tadi dan ceritakan dengan jujur.

Mereka boleh selesaikan secara profesional dengan rundingan, saranan dan idea yang lebih baik.

Orang kata, jangan cakap belakang. Ada masalah cakap depan-depan sebagai pekerja yang berani dan berhemah tinggi.

5.Berfikiran secara mindfulness

Istilah mindfulness mungkin kurang popular atau difahami oleh orang kebanyakkan.

Dalam bahasa mudahnya, mindfulness merujuk kepada minda sedar yang terkawal.

Otak manusia ada keajaiban yang sangat hebat dan menakjubkan.

Otak boleh menerawang masa depan dan mengimbas masa silam.

Kecenderungan otak ketika stress mudah mendekati emosi negatif.

Otak secara automatik membuat penilaian yang bertentangan dengan realiti.

Sebab itu kawal keadaan dengan mindfulness. Sentiasa sedar dan jangan biarkan fikiran bebas lepas.

WAJIB BACA :   Benarkah kata kata hidup ini keras kawan ?

Ikat fikiran pada realiti atau masa kini. Jauhi kepada overthinking yang belum tentu boleh berlaku.

6.Bersukan dengan konsisten

kasut sukan murah

Pilih sukan yang digemari atau diminati. Lakukan dengan konsisten sebagai terapi minda dan jiwa.

Bersukan dan bersenam sudah tentu badan akan berpeluh.

Minda pula akan dialihkan daripada asyik memikirkan masalah yang dihadapi.

Bersukan juga memberi kita peluang untuk berinteraksi dengan orang lain secara sihat.

Kesannya stress boleh diasingkan daripada minda buat sementara.

Ketika minda lebih tenang, fikiran boleh berfungsi lebih waras.

7. Beriadah dengan alam semula jadi

Cari masa untuk keluar dari rumah dan menikmati pemandangan hijau.

Nikmati hembusan angin pantai atau kedinginan air terjun. Dengari kicauan burung di hutan.

Sekarang ini banyak pusat riadah yang bagus untuk mendapat ketenangan fikiran dan kedamaian jiwa.

Memang masalah tetap ada dan solusi belum ditemui tetapi perlu ingat juga idea untuk mengatasinya akan terbit setelah dapat ketenangan.

Perlu juga fahami dengan berada di luar rumah maka kesempatan tersebut untuk melakukan cara 2 dan 3 dengan lebih efektif.

Kesimpulan

Cara hilangkan stress kerja yang mrhanafi kongsikan ini mungkin berkesan kepada sebahagian orang manakala sebahagian lagi memerlukan pakar kaunseling.

Yang penting cuba dulu dan atasi perlahan-lahan.

Jangan dibiarkan berlarutan kerana ianya boleh mendatangkan keadaan yang lebih kronik dan serius lagi.

Selamat tinggal stress dan selamat datang ketenangan.

Comments 4

  • Saya suka salah satu ayat Encik Hanafi di atas, “Otak manusia ada keajaiban yang sangat hebat dan menakjubkan”. Saya setuju sangat-sangat.
    Kita tuan kepada fikiran kita, dan kita boleh pilih apa yang kita nak rasa hari ni, nak rasa happy ke, nak rasa stress. 🙂
    Nur recently posted…Kasut baruMy Profile

    • terima kasih kerana bersetuju dengan statement tersebut…

      itu memang kebenaran yang ramai tidak sedari

      • kalo dulu saat masih kerja di salah satu foreign bank, salah satu yg management terapkan untuk staffs, work life balance, menyediakan banyak fasilitas bersantai di kantor, dan staffs wajib ambil cuti.

        Krn management percaya, lingkungan kerja yg sehat, selalu bisa meningkatkan produktifitas karyawan. tapi memang ga semua perusahaan punya konsep seperti itu. rata2 kalo perusahaan lokal, ga usah tanya lah, yang ada dia mau staff kerja sekeras mungkin ga peduli stress atau ga 😅.

        saya beruntung pernah kerja di company asing yg sangat memperhatikan kesejahteraan karyawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge