Ayat pikat wanita yang wajib lelaki cuba

Ayat pikat wanita ini wajib lelaki cuba sekiranya dalam usaha mencari jodoh. Jika sudah berpunya, artikel ini bukan untuk kalian baca.

Lebih baik lupakan saja atau kongsikan kepada rakan taulan kalian yang masih hidup bersendirian.

Ayat pikat wanita ini khas untuk mereka yang masih bujang. Dalam ertikata yang lainnya masih belum berpunya.

Perlu juga diingatkan, tidak ada jaminan untuk confirm jadi. Tapi kalau kalian tidak mencuba memang confirm tak akan jadi. Hehehehe.

Itu formula yang hampir semua boleh faham dan hadam.

Ada beberapa jenis ayat pikat wanita yang kalian boleh gunakan. Mrhanafi cuba kongsikan dengan ringkas dan santai seperti di bawah. :

Ayat pikat wanita

Ayat pikat wanita

1.Ayat sopan-santun

Wanita secara azalinya dilahirkan dengan sifat lemah-lembut dan mudah terasa dari segi emosi. Fizikal juga lembut namun hati mereka sangat waja dan penuh kasih-sayang.

Oleh itu wajar untuk memikat wanita dengan kata-kata yang lembut dan tersusun rapi. Guna ayat yang ada kiasan dan berbunga-bunga.

Pasti hati wanita teruja dan jiwa mereka terawang-awang dengan ayat power kalian.

Ada juga wanita yang tidak akan cair dengan lelaki yang bermulut manis umpama gula.

WAJIB BACA :   20 ciri pemimpin yang disukai ramai

Jom mrhanafi belanja satu ayat pikat wanita yang sopan dan penuh kiasan.

“Tak sangka kita boleh kenal hingga ke hari ini.

Yalahkan…perkenalan ini satu aturan Tuhan untuk kita saling bersama di dunia dan akhirat.

Percaya tak, Hawa dicipta untuk Adam dan awak pula ditakdirkan untuk saya sampai bila-bila.”

2.Ayat straight  to the point

Hanya lelaki yang betul-betul gentlemen (lelaki budiman) sanggup menggunakan ayat pembaris atau ayat straight to the point ini.

Risikonya cuma satu.

Lelaki itu akan digelar desperate (terdesak) atau gelojoh, kemaruk dan sewaktu dengannya.

Namun jika sesuai masanya, cara tersebut menjimatkan masa kepada lelaki mahupun wanita. Tak perlu menunggu lama kerana dapat jawapan segera.

Diterima atau ditolak.

Berikut adalah satu contoh mudah yang boleh kalian cuba

Sebagai jalan selamat, hanya guna pada wanita yang sudah lama kalian kenal atau sudah faham hati budi mereka.

Jika tidak, berpeganglah kepada pepatah ini agar hati tidak ‘koyak’ setelah mendapat respons yang tidak diingini.

“berani tebang pokok maka berani pula pikul batangnya”

Tentu kalian ingin tahu bagaimana contoh ayat pikat wanita yang direct to the point.

Nah…ini contohnya.

WAJIB BACA :   Buat duit tanpa modal

“Saya suka  awak dan harap awak juga ada perasaan yang sama”

“Kalau ditanya siapa yang saya sayang, tentulah awak orangnya”

“Jom kita couple”

3.Ayat romantis

Rata-rata wanita suka kepada lelaki yang romantis. Romantis bukan hanya kepada cara semata-mata. Romantis boleh tergolong juga untuk kata-kata yang indah didengar halwa telinga.

Kelemahan menggunakan ayat romantis ini ialah wanita mudah tergoda.

Hakikatnya tidak semua bersifat demikian. Wanita memang unik atau berbeza antara satu sama lain.

Apa yang terkeluar dari mulut bukan cerminan dalam hati.

Pendek kata, ia umpama pembohongan yang amat halus.

Mrhanafi bagi satu contoh ayat romantis untuk memikat wanita.

“ Awak sangat cantik bak bulan purnama, bagai bunga yang kembang sempurna dalam taman kayangan mimpi saya”

4.Ayat sense of humor

Tidak semua lelaki mempunyai sifat atau kemampuan berkomunikasi seperti  penceramah tersohor negara, Tuan Syamsul Debat. Beliau mampu membuat pendengar ketawa dan tidak kering gusi ketika berceramah.

Sejujurnya tidak perlu untuk jadi hebat seperti beliau. Memadai jadi diri sendiri untuk buat lawak sepontan.

Jika kena dengan wanita yang ceria dan suka berlawak memang cepat terpikat,

WAJIB BACA :   Melayan panggilan seorang scammer di pagi hari

5.Ayat pick up line

Ini trend zaman sekarang. Biasanya dilakukan oleh anak-anak muda termasuk orang tua dalam usaha memikat hati pasangan mereka.

Kelebihan ayat pick up line ini mudah dilafazkan secara spontan dan sifatnya lawak atau lucu.

Dalam masa yang sama ada mesej yang ingin dismpaikan secara tersirat berbanding tersurat.

Misalnya seperti berikut,

“Apa beza polis dengan saya, polis tangkap pencuri manakala saya tangkap awak kerana curi hati saya.”

” Apa beza sardin dengan awak, sardin ada ikan dalm tin manakala awak ada cinta dalam hati saya”

Kesimpulan

Ayat pikat wanita yang terbaik ialah  kejujuran, keikhlasan dan kesungguhan. Kadang-kadang tindakan jauh lebih berkesan daripada hanya berkata-kata.

Wanita memang boleh tergoda dengan kata-kata, tindakan, fizikal dan aura positif yang ada pada seseorng lelaki.

Apatah lagi kalau lelaki yang cuba memikat mereka ada pakej yang sempurna.

Pakej tersebut termasuk dalam kategori lelaki yang segak, kemas, gagah, bekerjaya, kewangan mantap, jaga adab, beragama dan akhlak terpuji.

Bahasa mudahnya seperti ahli perniagaan netcommerce

Jadi  jangan hanya berharap kepada satu strategi sahaja untuk memikat wanita kerana mereka adalah insan ‘unpredictable’

6 thoughts on “Ayat pikat wanita yang wajib lelaki cuba”

  1. Hehe.. teringat pulak masa bujang dulu. Saya suka nombor 2, straight to the point. Jangan buang masa. Malangnya, lelaki zaman itu agak slow, kalau tunggu, berjanggut la. Jadi kita yang kena gerak dulu. Nasib baik saya buat first move, terus nikah, dan jadi suami saya sejak 21 tahun yang dulu. Alhamdulillah.
    Nur recently posted…Rumusan Ogos 2022My Profile

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge