Rahsia untuk pikat hati wanita.

Berikut sebahagian cara untuk memikat hati wanita yang kita inginkan..

Saya sekadar berkongsi dan jangan pulak tanya saya berkesan ke tidak.

Nak tahu cuba atau tanya direct dengan wanita sendiri.

1.Ambil tahu tarikh lahir

Tarikh lahir sangat penting.Lelaki yang bijak perlu ambil berat perkara ini terutama kepada isteri atau bakal isteri.

Raikan hari lahir dengan memberi hadiah ataupun ucapan.Jika tak mampu sekalipun cukup dengan doa dari jauh.

Doakan panjang umur, murah rezeki dan dapat jodoh.

Mudah tak ?

Tunjukkan dengan keikhlasan dan kesungguhan.Pasti hati wanita akan lembut, sayang dan tergoda.

Cewah.

2.Ambil tahu makanan kesukaan

Terus terang sahaja siapa yang tidak suka makan.Semua orang suka makan walaupun kadang-kadang dinafikan atas macam-macam alasan.

WAJIB BACA :   Cara lupakan seseorang jika kena tinggal awek

Lelaki yang terbaik wajar mengenalpasti makanan kesukaan wanita yang diingin digoda.

Bila dah tahu.Apa lagi ajaklah untuk candle light dinner atau belanja makanan kesukaan mereka.Paling tidak tapaw je.

Tidak rugi untuk belanja orang makan.Dapat pahala dan dapat keseronokan.

Pahala kerana bersedekah dan sanggup berkongsi rezeki dengan orang lain.

Keseronokan kerana dapat lihat wanita yang digilai tu makan di depan mata.

Sekian sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge