Sebetulnya bukan mudah.
Tengok dalam drama tv macam mudah.
Seorang lelaki dan seorang wanita bertentang mata.
Berbalas senyum.
Dalam hati berputik suka.
Dari suka menjadi sayang.
Dari sayang terbit cinta.
Bermulalah dari situ asyik terbayang-bayang.
Bukan salah seorang.
Tapi keduanya.
Saling suka, sayang dan cinta.
Maka inilah nama cinta pandang pertama.
Betul ke?
Saya pun tidak tahu.
Saya belum pernah melalui dan merasai pengalaman tersebut.
Yang saya selalu alami syok sendiri.
Contohnya begini..
Saya berkenan dengan seseorang tapi orang tu pulak belum berkenan dengan saya.
Saya kata,
ββit okay, belum tiba masanya. Biar saya penuhi misi team Siber Sukses sampai jadi.β
Janganlah rasa hilang martabat diri walaupun syok sendiri.
Jiran saya kata syok sendiri atau bertepuk sebelah tangan bukan isu besar pun.
Sakit tu tetap juga terasa.
Tepuklah sekuat hati sekalipun ia tak akan berbunyi kecuali tepuk ke dahi sendiri dan rasakan kesakitan tersebut.
Berbalik semula ke cerita cinta pandang pertama.
Jadi apa perlu buat kalau terjumpa cinta pandang pertama ?
Sudah tentu jumpa keluarga.
Nyatakan hasrat dan hajat.
Beritahu jujur.
Akui tanpa ada rasa prasangka.
Mungkin itu jodoh buat anda.
Mungkin sahaja.
Usaha dulu.
Tawakal kemudian.
Setelah semuanya lancar dan Allah izinkan terjadi maka cinta pandang pertama wajar dipateri dengan aqad dan kabul yakni nikah.
Noktah sampai di sini.
Betul…belum tiba seru bak kata orang tua2, jodoh akan sampai nanti…masa dan takdir yang akan menentukan
aamiin…
kalau bukan keperluan pelan-pelan ya ye..
in shaa Allah
the law of attraction…hehe…tak tau kenapa ada orang jatuh cinta pandang pertama..mungkin tertarik dgn rupa paras yg cantik/kacak..
ya…biasanya macam tu terutama kepada mereka yang mempunyai rupa paras yang menarik
Bertepuk sebelah tangan itu biasa terjadi pada kebanyakan orang.
itu adalah proses kehidupan untuk menemukan dengan orang yang tepat
Dalam drama memang terus terbit rasa suka lepas pandangan pertama sebab hero dan heroin muka komersial. Dalam real life, payah nak jumpa tuan..huhu
dalam drama memang begitu..
jarang ada yang betul atau