4 punca keluarga tidak bahagia

Punca keluarga tidak bahagia sentiasa menjadi polemik. Selalu diperdebatkan setiap masa. Dari golongan biasa sehinggalah kepada golongan elit.

Ada empat punca keluarga tidak bahagia menurut Ustaz Datuk Kazim Elias (Kazen). Saya kongsikan kembali dengan gaya dan cara yang berbeza.

Perkara utama saya kekalkan. Selebihnya digoreng sahaja.

Menurut Ustaz Kazen ada empat perkara yang menjadi punca kepada keluarga tidak bahagia. Mari kita lihat satu persatu.

Punca keluarga tidak bahagia

1.Semua benda isteri buat

Tanggungjawab utama isteri melayan suami. Apa yang berlaku pada hari ini, isteri layan semua perkara.

Dari kemas rumah, masak, urus anak dan mencari nafkah.. isteri sapu habis.

Wajarlah isteri keletihan. Mereka bekerja dari pagi hingga ke malam. Kerja pula tidak habis. Terus bersambungan setiap hari.

Dalam masa yang sama isteri dihendaki melayan keperluan bawah perut suami. Kalau isteri tak layan, suami pula tarik muka masam-masam manis.

Isteri yang stress dan letih tentunya kurang memberi layanan  kepada suami. Natijahnya hubungan suami isteri kurang berseri. Jadi hambar dan tidak bermaya.

WAJIB BACA :   Berapa harga jam Casio original ?

Salah siapakah ini semua ini jika membiarkan isteri buat semua perkara seakan-akan suami tidak wujud dalam dunia rumah tangga

2.Tidak memahami pasangan

Syarat utama untuk mencari pasangan hidup adalah serasi akhlak dan selari pemikiran.

Bukan perkara mudah namun bukan perkara mustahil untuk ditemui.

Pernah saya dengar ceramah dari seorang pakar kaunseling rumah tangga. Bakal suami dan bakal isteri wajar berkenalan minimum enam bulan untuk memutuskan ke jinjang pelamin.

Dalam tempoh perkenalan yang patuh syariat ini, kedua pasangan harus mencari keserasian.

Jika sukar temui keserasian, lebih baik jangan diteruskan kerana hubungannya nanti sukar untuk bertahan lama.

Hanya keserasian yang mantap membolehkan suami isteri boleh memahami pasangan masing-masing.

Isteri dan suami mempunyai karakter yang sangat berbeza. Perbezaan yang wujud wajar difahami untuk mencari titik persamaan.

Seandainya salah seorang ‘keras kepala’ dan seorang lagi ‘keras hati’, saya akui amat sukar untuk memahami pasangan masing-masing.

Kesudahannya keluarga tidak bahagia.

3.Tidak reda keadaan pasangan

Lumrah manusia untuk menyukai kelebihan berbanding kekurangan. Ada suami isteri cuba ‘membetulkan’ keadaan pasangan. Mereka akan menemui kegagalan.

WAJIB BACA :   Tip memikat wanita yang mesti dirahsiakan

Rasa tidak puas hati dan perasaan kesal akan dipendam. Proses menjeruk rasa dan perasaan berlarutan bertahun-tahun.

Lama-kelamaan meledak bagaikan gunung berapi memuntahkan lava. Rumah tangga akan berantakan dan penghujungnya penceraian.

Puncanya tidak reda dengan pasangan. Namun perlu dilihat penyebab juga. Jika kelemahan suami seperti isteri merangkul ‘biawak hidup’ tiada makna untuk diredai.

Sama juga dengan isteri, andainya perangai isteri seperti ‘pisau cukur’ kepada suami tiada makna juga untuk diredai.

Namun jika manusia seperti ‘ biawak hidup’ dan ‘pisau cukur’ mampu dihadap dengan kesabaran saya percaya rumah tangga boleh pergi jauh.

Cuma tiada jaminan untuk menikmati bahagia.

Lainlah masing-masih mula sedar diri. Mulai insaf dan memperbaiki diri sendiri.

4.Tidak menyenangkan hati pasangan

Kesilapan terbesar dalam perkahwinan adalah ‘take granted’.

Apabila sudah berkahwin suami dan isteri yakin bahawa mereka ada ikatan sampai sampai mati. Sudah boleh buat sesuka hati baik yang disukai atau kurang disenangi.

Sebenarnya tidak. Pada suatu masa, hati suami atau hati isteri akan berubah. Perubahan yang pahit setelah tiada lagi perasaan terhadap pasangan.

WAJIB BACA :   Amalan tarik duit dengan minda

Ironinya ada suami atau isteri kurangkan menyenangkan pasangan sepanjang ikatan perkahwinan meteka.

Ada isteri yang terlalu cuai. Suami tidak suka.

Ada suami yang terlalu pemarah. Isteri tidak gembira.

Kemelut emosi berlaku. Dibiarkan berlarutan maka rumah tangga retak menanti belah.

Pihak yang menjadi mangsa tentulah anak-anak. Mereka dihadapkan masalah orang tua yang sepatutnya boleh dielakkan.

Boleh diperbaiki jika kedua-duanya sanggup membuang ego jauh-jauh dari terus bersarang dalam jiwa.

Kesimpulan

Demikianlah empat punca keluarga tidak bahagia. Ada banyak lagi yang boleh pembaca senaraikan.

Namun bagi saya, topik ini bukan suatu yang seronok untuk ditulis.

Saya berharap pembaca yang sudah mengalami keruntuhan rumah tangga harap bersabar, tabah dan terbuka hati menerima ujian begini.

Jika ada rumah tangga yang kini dalam proses menuju kehancuran seboleh-bolehnya bermuhasabah diri. Akui kesilapan dan perbaiki kelemahan sebelum terlambat.

Kepada mereka yang belum lagi menemui jodoh masing-masing, teruskan berdoa dan berikhtiar. Pasti ada padanan jodoh yang tepat.

Nilaikan jodoh dengan kata hati nurani dan bukan dengan telunjuk emosi yang didasari nafsu semata-mata.

Jangan dilalui jalan yang sama seperti keluarga sudah  berantakan dan bercerai-berai. Kesilapan mereka adalah iktibar dan pedoman yang  amat berguna.

Semoga bermanfaat.

21 thoughts on “4 punca keluarga tidak bahagia”

    • saya setuju dengan pendapat ini..

      inolah dinamakan reda dengan pasangan masing-masing.

      baik atau buruk perlu terima selagi tidak menyalahi hukum syariat

      Reply
  1. dari kesimpulan artikel mengenai ketidak bahagiaan keluarga tersebut diatas memang sering terjadi lebih kepada tidak adanya kurang saling pengertian diantara suami dan istri

    Reply
  2. Teman setuju dengan point yang admin lontarkan dalam entry nie… Kadang-kadang kita lupa, kita bina rumahtangga bersama… so, segala-galanya perlu di lakukan bersama-sama jugak la… Takkan sorang-sorang pulak kan…

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge