Harga jam Casio original memang berbeza berbanding harga jam dari jenis copy ori, OEM dan tiruan.
Jam jenama ini memang terkenal dengan mutu dan kualiti yang boleh dipercayai.
Selain tahan lasak, jam Casio ada nilai tersendiri yang menjadikan pemiliknya ada aura dan kehebatan gaya yang sukar ditandingi.
Pendek ada pemakai jam Casio original sudah terbukti sebagai individu yang bakal berjaya atau dalam proses kejayaan
Hanya peminat Casio saja yang faham apa maksud yang saya cuba sampaikan.
Harga jam Casio original
Harga jam Casio original bermula RM50 dan ke atas.
Lagi tinggi maka lagi baguslah kualiti dan ketahanannya.
Berdasarkan sejarah dari Wikipedia, syarikat Casio telah diasaskan pada 1946 oleh Tadao Kashio di Jepun.
Syarikat multinasional ini bukan sahaja mengeluarkan jam tetapi pelbagai peralatan elektronik yang lainnya.
Pernah guna mesin kira-kira Casio ke?
Dalam industri jam, Casio telah mengeluarkan jam G-Shock dan G-Baby.
Harga jam yang original ini bermula dari RM200 dan rata-ratanya sekitar RM500.
Bahkan ada yang sudah mencecah RM18,500.00 untuk jenis MRG-B5000BA-1.
Jam Casio G-Shock original ini made in Japan. Memang patut harga kayangan sebegitu.
Alhamdulillah saya ada kejayaan di permulaan tahun 2023 dengan beli jam Casio original berharga RM70 di Lazada.
Model yang saya dapat ialah W-215H-2A yang berwarna biru.
Mungkin ada yang tanya bagaimana rasa dan penilaian saya terhadap jam Casio tersebut ?
Jujurnya masih belum berada pada tahap puas hati tahap tinggi.
Feeling seperti perlu jam yang jauh lebih baik daripada itu.
Perasaan ini tidak mampu untuk disembunyikan.
Namun saya wajar bersyukur dahulu kerana jam Casio sudah pun dibeli.
Tidak perlu disesali kerana pilihan tidak semestinya selalu tepat dan betul.
Kadang kala ada kesilapan dalam membuat percaturan.
Kini masa untuk menikmati manfaat memakai jam Casio original sebanyak yang boleh.
Ingat, masa itu amat bernilai dan harga jam adalah signifikan kepada jam itu sendiri.
Seandainya sudah ada rezeki lebih , bolehlah cari lagi jam Casio original jenis G-Shock yang berharga atas RM500.
Doakan saya berjaya dalam perniagaan digital 2023 dan anda juga berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi.
Aamiin.
entry ni ada kaitan dgn Gerard Pique ke… Shakira?😂
hahahaha..tiada kaitan
saja nak tulis artikel seperti promosi sikit
lps ni cerita pasal kereta Twingo pulak hahahahha
mudahan saya ada idea untuk menulisnya dan cerita Twingo antara yang menarik juga
mun gi jepun, mesti ada kawan2 yang ncarik jam casio original tok..nasib juak sik obses..mun sik, mesti sanggup berabis duit..
bagi peminat sangat berbaloi untuk pergi Japan dan beli jam kedak tok.
tambah gik mun mampu dari segi kewangan hehehe
Ibu hanya ada satu saja koleksi jam Casio GBaby yang ayah Aqil beli waktu hari lahir ibu tahun 2020.. Hingga hari ni jam tu masih bertahan.. Memang mahal 600 lebih harganya tapi berbaloi ibu guna sampai sekarang.. Tak pernah ganti bateri lagi masih tahan.. 😉
Bateri jam Casio boleh bertahan hingga 10 tahun dan biasanya 7 tahun pun ok..
malah waktunya juga sukar nak lari hehehe
casio ni ada penggemar tersendiri….
jam lejen uncle…tapi lebih popular G-shock
Saya dahulu pernah pakai jam Casio. Memang seronok. Sayang hilang di tempat wuduk.
Eloklah beli yang tidak berapa mahal dahulu.
kalau mahal dan hilang memang menangis tak berlaku
Aamiin….semoga Mr Hanafi berjaya dlm perniagaan digital 2023.
Saya pernah intai2 Casio G-Shock sbb design menarik hati, tapi x sanggup beli kalau hanya utk tengok masa. 2 thn lps husband belikan Fitbit. Design biasa2 ja, tapi blh tengok masa, steps, monitor kualiti tidur, dll. Alhamdulillah, stkt ini masi bertahan.
Zurainny Ismail recently posted…Bolehkan Majikan Memaksa Pekerja Mengambil Cuti Tahunan?
Memiliki jam Casio G-Shock yang ori jadi satu keperluan kepada mereka yang ada aktiviti lasak…
sekarang fungsi jam sama seperti telefon pintar…pelbagai.
namun saya tetap suka jam khusus untuk melihat waktu kerana waktu itu sangat berharga umpama nyawa
Saya dulu masa sekolah rendah, arwah tok pernah belikan jam casio, sebab cemerlang dalam periksa.
Semoga Encik Hanafi berjaya dalam perniagaan yang diceburi.
Nur recently posted…Balik kampung
Jam Casio memang lejen dan sesiapa yang pernah pakai akan rasa aura lejen tersebut hehehe…terima kasih ya atas doanya
tak mampu nk beli yg rm18k
Itu untuk golongan yang kaya…cukuplah guna jam bawah RM1K
In Bangladesh, the Watch Prices in bd varies widely depending on the brand, quality, and features. For budget-friendly options, locally made or lower-tier international brands, such as Casio or Titan, can range between BDT 1,000 to BDT 10,000. These watches are generally simple in design and offer basic functions like timekeeping, water resistance, and occasionally, a date display.
Thank you for info