Lemas Dalam Rindu

Rindu pada kedamaian.Rindu pada ketenangan.Rindu pada kebahagiaan.Macam lirik lagu la pulak.Sedar tak sedar sudah tiga kali saya menyebut rindu yang mengocak emosi.

Hebat penangan emosi sehingga saya lemas tidak bermaya.Terkapai-kapai mencari semangat baharu dalam lautan hati yang saban hari membanjiri ruang hidup ini.Kerinduan yang bertandang, tenggelamkan diri sehingga lemas dalam rindu.

” kalau lemas dalam air mati la jawapnya kecuali pandai berenang.Tak pandai berenang boleh belajar la jawapnya ”

Saya bagaikan pungguk rindukan bulan.Biarpun ia cuma permainan kata orang tua-tua.Jika dihadam dengan kata hati memang ada kebenarannya.

Andainya masa mampu diundur , saya memperbetulkan kembali kesilapan lalu.

WAJIB BACA :   Dua tanda amaran kewangan dalam bahaya

Silap tidak menjadi orang kaya.

Silap tidak menjadi orang berjaya.

Silap tidak menjadi manusia yang berguna.

Kesilapan bukan pengakhiran tetapi satu pengajaran.Ada harga yang dibayar dengan keringat dan air mata.Kesilapan ini telah menghilangkan apa yang ada dan sesuatu yang berharga.

Tentunya sebuah keluarga yang dalamnya dihiasi gelak ketawa dan senyum manja.

Segala-galanya sudah berlaku dan akan berlalu.Yang tinggal saya keseorangan dan kesepian dalam menghitung sisa-sisa hari yang berbaki.

Kebahagiaan itu tinggal kenangan yang mengusik jiwa.Kenangan lalu menjadikan saya lemas dalam rindu.Sampai bila akan berlaku saya tidak tahu.Apa yang saya tahu saya perlu dan mesti mengorak langkah untuk berjuang dan bangkit semula.

WAJIB BACA :   10 cara nak kuruskan badan bagi remaja menurut Khairil Azib

Berjuang demi kembalikan sesuatu yang hilang,musnah dan hancur agar tidak lagi lemas dalam rindu dengan suatu yang sudah berlaku.

Saya belajar pasrah.

Saya menekuni tabah.

Saya berlapang dada dengan ujian kehidupan kerana saya tahu tiada sesuatupun yang kekal abadi kecuali Allah SWT.

Saya akur dengan tuntutan dan pesanan dalam Al Quran.

“Allah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 2 dan 3 maksudnya: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang berdusta,”

Sesungguhnya benar kata-kata Allah.

WAJIB BACA :   Cara Mudah Memahami Hukum Tarikan Yang Terbukti Wujud

12 thoughts on “Lemas Dalam Rindu”

  1. kalaulah boleh undur balit masa kan. banyak benda mok dibetulkan. tapi apakan daya. redha ajak lah.

    btw, you should write a book! best penulisan ktk tok.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge