Jika kita ada dua tanda ini maka amaran kewangan dalam bahaya dan siren kecemasan sudah dibunyikan. Semak, baca serta hadam bersama perkongsian ini.
Ia sebagai persediaan kita dalam menghadapi kemelesetan ekonomi dunia tahun 2023.
Sedang mrhanafi layan Reel Facebook, terhidang dua video pendek.
Kebiasaanya mrhanafi gemar lepak di Short Youtube untuk cari ilmu sambil berhibur hehehe.
Tanda amaran kewangan
Dalam video pertama ada seorang akak muda berkongsi pandangan mengenai kewangan.
Menurutnya ada dua tanda yang menunjukkan tahap kewangan kita dalam bahaya.
Tanda pertama, perbelanjaan melebihi pendapatan.
Contoh pendapatan RM5000 tetapi belanja RM5500 sebulan.
Maknanya berlaku defisit kewangan.
Kita menjadi orang miskin walaupun ada pendapatan RM5000 sebulan kerana aliran tunai menjadi negatif sebanyak RM500.
Tanda kedua pula ialah tiada simpanan kecemasan walaupun dalam sebulan gaji.
Sedangkan jumlah yang dicadangkan sebagai tabung kecemasan ialah tiga bulan gaji.
Yang terbaik antara enam bulan gaji sehingga 12 bulan gaji.
Misalnya gaji kita ada RM5000 sebulan maka tabung kecemasan ialah RM15,000 untuk tiga bulan.
Lagi tinggi lagi baguslah.
Selesai mesej dari video pertama.
Dalam video yang kedua pula, ada seorang abam muda berkongsi pandangan bagaimana untuk mengatasi kemelut defisit kewangan, dan menambah tabung kecemasan.
Cara pertama tentulah buat duit.
Jika pendapatan utama masih negatif maka usahakan sekuat kudrat untuk mencari pendapatan sampingan.
Banyak pilihan dan peluang buat duit terbuka luas sekarang ini.
Sama ada untuk membuat netcommerce atau menjadi content creator di media sosial.
Pilih ikut kemampuan, minat dan kecenderungan bidang masing-masing.
Asalkan objektif utama iaitu buat duit untuk menambah pendapatan yang halal lagi berkat.
Cara kedua pula simpan duit agar mencukupi untuk tabung kecemasan.
Setelah tabung kecemasan kewangan semakin baik wajar beralih kepada instrument pelaburan yang selamat dan rendah risiko.
Misalnya ASB, Tabung Haji dan emas.
Mesej nyata daripada kedua video itu mengajak kita semua agar bersedia dan mampu bertahan dalam menghadapi kemelesetan ekonomi akan datang.
Janganlah kita hanya bertawakal tanpa usaha dan reda tanpa doa.
Dalam masa yang sama kita sebaiknya sentiasa optimis dan bertekad meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.
Bagus beri peringatan kepada semua.
Nota ingatan kepada sesiapa sahaa yang perlu perkara tersebut
yg gaji kecil pun kdg x beringat jg. berselera T20. x sedar poket bocor
Lain orang lain cara….harap mereka beringat sebelum kena dan sedar akan hakikat pada keadaan akan datang
betul tu
ya….peringatan buat kita semua
Takut hidup zaman. Nie…. Sangat mencabar
Cara nak hilangkan ketakutan dengan banyak berdoa dan usahakan untuk cari duit lebih.
ada duit lebih wajib menabung walaupun sedikit
perbanyakkan juga amalan murah rezeki hehehe
Saya pun ada juga baca tentang ramalan ekonomi meleset tahun depan.
Memang bagus kalau kita ada simpan emas. Boleh juga guna bila terdesak.
Dengarnya, harga makanan akan naik lagi. Saya plan nak tanam sayur sendiri. Asal dapat lepas untuk makanan keluarga sendiri, dah ok sangat. 🙂
Nur recently posted…Terengganu trip
bagus menyimpan dan menabung untuk masa depan…kita tidak pasti apa yang bakal berlaku nanti
idea untuk menanam sayur atau berbudi pada tanam…moga direalitikan kerana ia satu cara terbaik untuk jimat perbelanjaan rumah
beneeeer, setuju dengan point di atas. pilihan hanya ada 2 sebenarnya, kurangi pengeluaran, atau tambah income.
kalo memang pengeluaran tak bisa dikurangi, mau ga mau ya cari tambahan kerja untuk generate more income.
lalu, kurangi lah hutang-hutang. lunaskan dulu kalo perlu. fokus ke pelunasan hutang. baru setelah itu pikirkan bagaimana nak mengumpulkan emergency cash. jangan pikir soal investasi kalo emergency cash saja tak ada.
saya sendiri bakal mengurangi pengeluaran yg tak perlu. tapi syukurnya untuk emnambah income, kami masih ada rumah dan apartemen yang saat ini tengah di rental orang lain. income dari rental rumah dan apartmen bisa disimpan atau invest.
advice terakhir, biasakan membeli dari pelaku usaha lokal, agar perekonomian negara trus bergerak.
fanny_dcatqueen recently posted…LIBURAN SINGKAT DI TAKENGON? 5 OBJEK WISATA TAKENGON INI BISA JADI PILIHAN
satu nasihat yang sangat bagus dan terbaik
tiada cara lain lagi selain cadangan yang awak jelaskan tersebut.
mogaianya memberi manfaat kepada merekia yng memerlukan
terima kasih untuk perkongsian yang berguna ini.
sama-sama .
moga ianya bermanfaat untuk kita semua
Ramalan mengenai keadaan kewangan tahun depan nmpk x memberangsangkan. Oleh itu, kita kena sentiasa berusaha untuk menabung sebanyak mungkin, dan jaga kesihatan.
Zurainny Ismail recently posted…6 Things to Remember Before Quitting Your Job to Run Your Own Business
Sebaik-baiknya buat persediaan dari sekarng..
sebelum terlambatdan menyesal
semoga rezeki yang ada ni mencukupi dan kita tak sampai meminta2 dan berutang
aamiin dan insha Allah.
Bila fikirkan simpan pun tak cukup, tak menyimpan pun tak cukup. Lebih baik menyimpan walau sedikit.
Sekurang-kurangnya apabila terjadi kecemasan, ada simpanan yang boleh terus boleh digunakan. Jadi tak terus tambah hutang.
Zaini recently posted…5 Mainan Kanak-Kanak Yang Unik dan Menarik
ya betul tu tuan…memang tidak dapat dinafikan..
mahu atau tidak terpaksa jimat belanja dan usahaka untuk menyimpan juga