Suara Orang Miskin

Orang miskin dipandang hina.Orang kaya dipandang mulia.Bukan setakat itu sahaja orang kaya akan disanjung dan dipuja.

Lain sungguh dengan orang miskin.Tentu kesian orang miskin.

Maafkan saya berbicara tentang orang miskin.Biar saya mewakili suara hati orang miskin sebab saya juga tergolong sebagai orang miskin.

Jadi saya layak untuk menulis tentang orang miskin.

Orang miskin makan tidak menentu.Pendapatan pula kadang-kadang ada.Namun kebiasaan tiada mencukupi.

Pendapatan inilah yang membezakan orang miskin dengan orang kaya dalam perseptif yang khusus.

Orang miskin pendapatan kecil,tidak mencukupi dan kekadang langsung tiada.

Nak beli makanan yang baik tidak mencukupi.

Nak beli pakaian yang menarik tidak ada.

Nak melancong memang tiada dalam senarai hidup mereka.

Kemiskinan logiknya dinilai dengan tidak memiliki rumah sendiri.Miskin kerana tidak mampu membeli kenderaan waima motosikal ataupun basikal.Apatah lagi untuk merasai memandu kereta baru atau terpakai.

Orang miskin tiada apa-apa  yang berharga.Mereka mungkin ada berjiwa yang kental dan semangat waja.Mereka gigih bergelut saban hari mencari sesuap nasi untuk melegakan rasa lapar dan dahaga seharian.

Ada yang berkerja makan gaji.Namun gaji tidak mencukupi.

Ada yang berniaga kecil-kecilan.Namun keuntungan sekadar untuk menyara diri.

Ada yang tidak mampu berbuat apa-apa atas sebab kesihatan.Mereka pasrah dengan belas kasihan insan setempat.

Inilah punca utama kemiskinan yang terus menghambat kehidupan mereka.

Entah sampai bila.

Bersyukurlah kalau kita tidak seperti mereka.Tunjuk dan buktikan kesyukuran kita dengan menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Paling tidak pun titipkan doa untuk kami orang miskin supaya mampu mengubah hidup menjadi lebih baik.

” Ya Allah bukakan pintu rezeki dari segenap penjuru sama ada di langit atau bumi untuk kami semua”.

Aamiin.

8 thoughts on “Suara Orang Miskin”

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: