Tips hadapi kemelesetan ekonomi 2023

Kemelesetan ekonomi 2023 bakal berlaku dan melanda negara kita menurut pakar ekonomi. Ia merupakan satu lagi ujian dan cabaran besar selepas serangan pandemik Covid-19 pada awal tahun 2020.

Semua akan terkena.

Kemelesetan ekonomi 2023 ini akan menyebabkan kadar inflasi meningkat berkali ganda.

Kos hidup menjerut leher golongan B40 dan bahang turut terasa kepada golongan M40.

Golongan T20 pula hanya kena sipi-sipi tetapi jumlah dan nilai kekayaan mereka akan merosot.

Yang pasti kemiskinan terus bertambah pada golongan terbawah dalam strata masyarakat di Malaysia.

Dijangka akan berlaku krisis makanan, hutang tidak terbayar dan hilang pekerjaan menjadi ketakutan ramai orang.

Ekonomi runtuh akan mengheret kepada masalah sosial yang runcing dan genting.

Jamie Dimon, CEO JPMorgan Chase, berkata kemelesetan ekonomi global dan Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan terjadi dalam pertengahan 2023.

Tiga negra ekonomi terbesar di dunia iaitu Amerika Syarikat, China dan Eropah mengalami pertumbuhan yang sangat perlahan.

Kita perlu bersedia.

WAJIB BACA :   Cinta sejati masih wujud lagi ke ?

Kalau bukan sekarang bila lagi.

Jadi dalam artikel yang ringkas ini jom kita pelajari tips hadapi kemelesetan ekonomi 2023.

Kemelesetan ekonomi 2023

kemelesetan ekonomi 2023

1.Buat simpanan kecemasan

Buat simpanan wang untuk enam bulan hingga setahun.

Simpanan kecemasan ini wajar diletak dalam instrumen kurang risiko seperti ASB,Tabung Haji dan Fixed Deposit.

Pastikan simpanan ini mudah dicairkan kerana ia mungkin digunakan dalam situasi yang luar jangka seperti hilang pekerjaan atau perniagaan lingkup.

Paling tidak wang tersebut dapat menyara hidup dari terus melarat ketika zaman kemelesetan.

Cabaran terbesar ialah kepada golongan yang tiada pendapatan yang mencukupi untuk disimpan.

Keadaan kewangan mereka berada di tahap defisit atau negatif.

Tiada cara yang ampuh lagi untuk mengatasinya selain daripada dekat kepada Allah SWT dan mencuba bisnes netcommerce ( contoh )

2.Elakkan membuat pinjaman baru

kemelesetan ekonomi 2023

Buat hutang atau pinjaman dari institusi perbankan pada masa kini meletakkan diri dalam kancah bahaya.

Kesan daripada hutang begini menyebabkan aliran tunai dalam tangan menguncup.

WAJIB BACA :   Pickup line: Orang lama versus orang muda

Aliran tunai mengecil maka kemampuan untuk menyimpan pula semakin terhad.

Risiko lainnya ialah hilang kemampuan untuk membayar hutang jika hilang pekerjaan atau bisnes jatuh bangkrap.

Dalam masa sukar begini wajar kita belajar untuk bersabar.

Bersabar dengan sikap berbelanja hanya kepada keperluan dan melupakan kemahuan.

Tiada lagi istilah berbelanja kerana mampu.

Sebab pada masa akan datang atau tahun 2023 keadaan belum menentu.

Boleh jadi semakin baik dan boleh juga semakin teruk.

Jika ada keinginan untuk menukar kepada kereta baharu sedangkn kereta lama masih bagus wajar tahan dulu.

Seandainya tidak mampu menahan diri untuk memiliki kereta baharu, jangan pulak panik dan gelisah tidak tentu arah.

Masih ada jalan pilihan.

Jalan yang disarankan ceburi bisnes netcommerce kerana platform ini menyediakan kereta percuma kepada mereka yang layak.

3.Mempelbagaikan sumber pendapatan

kemelesetan ekonomi 2023

Pendapatan tunggal yakni duit gaji dari hanya satu pekerjaan memang belum mencukupi.

Lebih-lebih lagi kepada golongan pekerja yang hanya mendapat gaji bawah RM3000 sebulan.

WAJIB BACA :   Cara nak jadi kaya menurut UAD

Mereka sangat ‘struggle’ untuk survival.

Senario lebih mendesak dan kritikal jika hanya seorang sahaja yang bekerja dan tinggal pula di bandar metropolitan.

Ditambah lagi anak yang ramai lebih dari dua orang.

Bagi golongan peniaga pula, mereka tidak wajar berharap dan bergantung kepada satu jenis perniagaan semata-mata.

Lebih baik cari pelbagai sumber pendapatan sebagai sandaran.

Usahakan dan cari yang terbaik dalam mendepani isu begini.

Setakat ini bisnes netcommerce diakui mampu memberi sumber pendapatan kedua kepada mereka yang berusaha.

Lebih baik berusaha keras daripada sekadar berpeluk tubuh dengan mengharap keajaiban yang belum pasti terwujud.

Kesimpulan

Kemelesetan ekonomi 2023 bukan penamat kepada kehidupan.

Hidup tidak boleh pesimis sebaliknya optimis kepada pelbagai jangkaan dan dugaan.

Ingatlah, Allah akan bersama orang yang sabar dan kepada sesiapa yang sentiasa mengingati Nya baik masa senang mahupun masa susah.

Jom kita bersedia menghadapi kehidupan tahun mendatang dengan tabah, tenang dan sabar setiap masa.

18 thoughts on “Tips hadapi kemelesetan ekonomi 2023

  1. harus semangat dan menahan diri supaya ga boros ya bang. saya masih berharap walaupun 2023 diprediksi gelap, tapi semoga tidak sejelek 2008 yang lalu.

    pos-pos keuangan mau saya review juga, mana yang bisa ditahan, mana yang tetap harus ada.

    investasi kali ini saya pilih yang lebih aman. kalau sebelumnya saya lebih suka invest di saham atau peer to peer lending (P2P), 2023 mungkin lebih fokus ke obligasi pemerintah dulu dengan imbalan lebih pasti.

  2. jangan tambah hutang. esp yg baru bekerja. kalau boleh buat simpanan. dan jgn mudah terpedaya dgn cara hidup org lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge