3 cara tenangkan hati…semua orang boleh buat !

Cara tenangkan hati ini memang patut dicuba oleh sesiapa sahaja.Terutama kepada mereka yang berdepan dengan kemelut emosi yang kacau-bilau atau hati yang berkecamuk lagi remuk.

Mrhanafi pernah cuba dan hasilnya boleh tahan walaupun bukan yang terbaik

Mrhanafi faham dan sedar bahawa ianya bukanlah solusi tuntas.

Namun lebih baik situasi tersebut berkurangan dan beransur hilang.

Walaupun mungkin akan datang lagi atau berulang kerap kali.

Hanya orang yang pernah mengalaminya tahu betapa perit, sakit dan sukar.

Orang yang tidak tenang berpunca daripada banyak perkara.

Mungkin ada masalah yang belum selesai.

Mungkin ada urusan kerja yang belum dibereskan.

Jika mampu cantaslah masalah hingga ke akar umbi. maka itu yang sangat dianjurkan.

WAJIB BACA :   Februari 2022 datang untuk diharungi penuh harapan

Baiklah kita terus kepada cara tenangkan hati

Cara tenangkan hati

cara memikat hati perempuan

Cara pertama : Jalan kaki

Aktiviti jalan kaki cukup sederhana.

Dengan berjalan kaki di tempat yang tenang dan damai akan mententeramkan hati.

Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan perlahan-lahan.

Lakukan sambil berjalan kaki.

Boleh dilakukan di taman dan di jalan-jalan yang selamat untuk berbuat demikian.

Paling tidak dalam gym atas threadmil.

Cara kedua: Tidur sebentar

Tidur adalah terapi yang sangat bagus.

Apabila tidur, fikiran boleh berehat sebentar.

Segala masalah yang melingkari minda akan dihentikan buat sementara.

Cuma kekangan berlaku jika mata sukar untuk dilelapkan.

Situasi ini tidak semua orang dapat mengalaminya.

Cara ketiga: Dirikan solat

WAJIB BACA :   Mencari Pasangan Hidup

Solat bagi orang Islam adalah tuntutan yang wajib yakni solat fardu lima waktu.

Selain itu ada solat sunat sebagai pelengkap kepada solat wajib.

Dengan mendirikan solat, hati boleh jadi tenang dan tenteram.

Itupun dengan syarat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan tawaduk.

Dalam solat juga terhimpun amalan lain yang membawa kepada ketenangan hati seperti membaca ayat al-Quran, zikirullah dan berselawat ke atas Rasullullah.

Kesimpulan

Cara tenangkan hati yang mrhanafi kongsikan ini adalah pandangan peribadi.

Ada yang lebih baik lagi.

Jika ada yang lain, jomlah kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

Comments 22

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge