Tabiat pinjam duit dengan orang kaya bukan tindakan bijak dan terhormat. Malah tabiat meminjam duit itu sesama keluarga dan sanak-saudara antara perbuatan yang terdesak dan terpaksa.
Paling wajar cuba elak sedaya upaya yang ada.
Solusi terbaik jadilah orang kaya dan jutawan dengan menceburi sembilan industri yang bakal dibongkar selepas ini.
Potensi kalian jadi orang kaya amat tinggi.
Mungkin kalian pulak bakal dijadikan bank.
Table of Contents
Pinjam duit dengan orang kaya
Ya, bank tempat pinjam duit dengan orang kaya kerana kalian kini sudah berubah status kehidupan.
Baiklah.
Kita teruskan perkongsian ini dengan ringkas dan santai sahaja sambil menyelit isu pinjam duit dengan orang kaya
Ilmu ini telah disampaikan oleh Dan Lok dalam Youtube beliau.
Dan Lok merupakan orang kaya yang berasal dari China dan pemilik Closers.com
Tidak dapat dipastikan adakah beliau ada buat pinjam duit dengan orang kaya sebelum jadi kaya hehehe.( gurau).
1.Perkhidmatan kewangan
Antaranya jadi tauke bank mestilah kaya.
Mungkin terlalu skeptikal.
Orang yang berada dalam industri kewangan seperti peunding saham, perunding kewangan, agen takaful dan sebagainya boleh kaya.
Menurut Dan Lok, orang yang berada dalam industri kewangan seperti buat duit melalui duit.
Kata orang kampung jadikan duit beranak-pinak.
Lagi banyak duit lagi kayalah jawapnya.
2.Dunia teknologi
Inilah lubuk kekayaan yang sangat pantas dan cepat.
Mereka yang terlibat dalam bidang teknologi seperti pengasas Facebook, pemilik Amazon, Google dan Apple antara orang yang terkaya dalam dunia.
Malah sesiapa yang menjadi pencipta konten di Youtube dan Tiktok turut berpeluang menjadi jutawan.
Cuma pencipta konten di blog belum terserlah lagi keupayaan menjadi orang kaya.
Kita lihat, tunggu dan doakan sahaja.
3.Penjagaan kesihatan
Benar sama sekali kesihatan adalah kekayaan yang belum ramai orang sedari.
Tetapi perlu diakui jual ubat, vaksin dan suplimen akan melonjakkan seseorang jadi orang kaya.
Terbaharu produk VPRO10 whey protein bakal meletup di pasaran dalam segmen kesihatan.
Ramai orang di seluruh dunia ingin hidup lebih panjang.
Logiknya siapa yang mahu mati cepat.
Kesedaran untuk hidup lebih panjang meningkatkan permintaan kepada bisnes farmasi, penjagaan orang tua dan produk suplimen itu sendiri.
Sesiapa yang terlibat dalam industri penjagaan kesihatan sila bersedia untuk jadi orang kaya.
Biarpun ramalan kemelesetan ekonomi dunia 2023 mencemaskan namun perbelanjaan dalam bidang kesihatan sukar untuk dielakkan.
4.Hartanah dan pembinaan
Populasi dunia dijangka terus meningkat.
Pada tahun 2025, penduduk dunia akan mencecah 8 bilion dan pada tahun 2050 pula penduduk dunia terus bertambah menjadi 10 bilion orang.
Permintaan kepada keperluan asas seperti tempat tinggal akan terus meningkat.
Harga rumah dan harga tanah semakin melambung.
Sesiapa yang ada memiliki aset dalam sektor ini akan terdedah untuk menikmati hidup yang kaya-raya.
Sekarang ini, sesiapa yang menjadi tauke bangunan atau taman perumahan sudah kaya dan harta berlipat kali ganda.
5.Bidang pendidikan
Industri pendidikan adalah peluang perniagaan yang sangat besar.
Ilmu pengetahuan semakin kritikal untuk membina kemahiran, keupayaan dan persaingan.
Teknologi berkembang maka ilmu pengetahuan terheret sekali.
Semakin ramai perlu belajar dan mengikuti latihan untuk kemajuan diri.
Bahkan Dan Lok sendiri sudah tercebur dalam industri ini sehingga ,menjadikan beliau jadi orang kaya juga.
6.Rekreasi dan hiburan
Ingat lagi fenomena filem pecah panggung, iaitu Mat Kilau yang memungut hampir RM100 juta.
Ini bukti nyata industri hiburan boleh mengkayakan mereka yang terlibat.
Bukan itu sahaja, saluran tv suatu ketika boleh menjana pendapatan jutaan ringgit baik melalui iklan dan langganan ( tv berbayar).
Taman tema tidak kurang juga boleh menghasilkan pendapatan lumayan kepada pengusaha.
Ini kerana manusia amat cenderung kepada hiburan berbanding perkara lain seperti ibadah.
Ada yang sanggup bayar harga tiket ribuan ringgit untuk pergi ke konsert artis kegilaan mereka.
Tapi sayang ceramah agama yang percuma di masjid atau surau selalunya sunyi untuk dihadiri.
7.Sektor pengangkutan
Manusia adalah makhluk yang suka bergerak dan berhubungan antara satu sama lain.
Mereka mahu travel dan melancong ke sana dan ke mari.
Semua ini memerlukan pengangkutan yang lancar, selesa dan selamat.
Airasia jadi pilihan utama suatu ketika dahulu
Industri automotif juga berkembang pesat.
Ramai yang mahu beli dan guna kenderaan sebagai pengangkutam ke tempat kerja, sekolah atau pasar raya.
Kepesatan perniagaan online juga menyebabkan perkhidmatan kurier, e-hailing dan sebagainya seperti cendawan selepas hujan.
8. Industri tenaga
Sebut sahaja minyak dan gas, ramai yang terbayang pekerja mereka mempunyai pendapatan lumayan.
Sebaliknya pemilik syarikat yang terbabit dengan industri tenaga ramai yang sudah kaya.
Ini belum termasuk industri tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar, angin dan air.
Potensi dan peluang bisnes sangat luas.
Pada masa yang akan datang kereta elektrik juga menjadi pilihan ramai.
Semakin tinggi permintaan itu selari dengan pertambahan manusia itu sendiri.
Lubuk dan peluang menjadi kaya juga tinggi.
9.Sektor makanan
Harga makanan sudah pasti sentiasa naik.
Jarang-jarang yang ada turun harga.
Malah manusia menjadikan makanan adalah keperluan paling utama untuk berbelanja.
Jadi tidak hairan sesiapa yang ada melakukan bisnes makanan waima di tepi jalan sekalipun ada potensi menjadi orang kaya.
Orang sentiasa makan.
Tidak kira apa musim.
Musim darurat atau masa aman sejahtera, manusia tetap mahu makan.
Makan dan makan untuk terus hidup.
Sesiapa yang terlibat dalam bisnes makanan atau suplimen bakal berdepan dengan tolakan untuk menjadi kaya.
Kesedaran manusia semakin baik untuk hidup dalam keadaan lebih sihat pada masa kini dan masa akan datang.
Penutup
Pada suatu hari nanti budaya pinjam duit dengan orang kaya mungkin jadi kes terpencil.
Semakin ramai orang kaya maka semakin sedikit orang jadi miskin.
Itupun sistem ekonomi Islam menjadi pegangan.
Kalau sistem kapitalis dn sosialis berterusan maka kekayaan yang terbina akan menjurangkan darjat dan kasta dalam masyarakat.
Semoga ada manfaat.
betul ramai yg lebih sggup beli tiket mahal drpd penuhkan masjid
hiburan itu best…majlis ilmu atau ke masjid itu berat hehehe
Bila dah kaya perlu keluarkan zakat pulak. Harapnya ramai org2 kaya di Malaysia menyumbang banyak zakat.
Zakat inilh yang membantu masyarakat Islam agar tidak berada dlam kemiskinan selamanya..
lagi ramai orang kaya lagi bagus terutama dalam sumbangan zakat
uncle selalu pinjam duit bini… hehehehe
yang penting tak lupa bayar uncle hehehehe
Perkongsian yang menarik..
terima kasih dan semoga ia ada manfaat buat kita semua
buat apa sahaja dgn bersggh2 dan ikhlas. insya allah keberkatan akn dtg dan kita x perlu meminjam2 lg
betul….sungguh-sungguh itu ialah kata kuncinya
p/s sihat ke tu?
in shaa Allah…dan alhamdulillah.
adalah sihat sikit
Saya pilih untuk pinjam duit dengan Arrahnu. Sebab tu jangan kedekut untuk beli emas 916 untuk isteri 😛
pilihan yang bijak kerana emas dan duit berpisah tiada..
duit boleh beli emas dan emas boleh janakan duit
skrg ramai bt duit dengan hiburan dr jenis yg lain
kerana hiburan adalah lubuk buat duit kepada mereka yang mahu berbuat begitu
tengok pada senarai tu…sektor sektor ni la yang kurang terjejas atau nk buang pekerja kalau berlaku recession pada sesebuah negara
Belang Tarung recently posted…Kelebihan dan Keuntungan Sertai dan Kongsi Link Program Affiliate Marketing
sebetulnya begitu bro…
tidak dapat dinafi lagi