Percayalah kata-kata bahagia itu sederhana. Entahlah boleh percaya atau tidak. Jadi untuk mengetahui kesudahannya maka teruskan bacaan hingga ke akhirnya.
Pada suatu hari yang mendamaikan.
Mrhanafi terdengar satu kenyataan.
Kaget dan terpana seketika.
“Kesian oh kesian. Urat gembira sudah putus. Urat lawak juga sudah putus”
Ya, benar.
Apabila hilang nikmat gembira dan tercabut emosi lawak ternyata sungguh lain rasanya.
Ia bagaikan sebuah lukisan yang berwarna pada mulanya tetapi setelah luntur menjadi hitam dan putih.
Umpama tahi cicak.
Ada putih dan ada hitam.
Putih pada kanvas seperti kosong.
Hitam pada kanvas seperti kelam.
Kita tinggalkan dulu kata-kata sastera seperti puisi.
Tak larat untuk mencoret lebih panjang menjela.
Kita pergi topik bicara.
Kata-kata bahagia itu sederhana
Bahagia itu mahal harganya.
Bahagia boleh pada kata-kata sahaja.
Bahagia juga boleh dengan tindakan.
Cuma yang terbaik kalau bahagia secara tuntas melalui kata-kata, tindakan, perasaan dan pemikiran.
Bahagia ada pada orang kaya.
Bahagia juga ada pada orang miskin.
Lantas bahagia bukan hak ekslusif golongan tertentu.
Tapi ingat.
Dunia adalah sementara.
Maka wajar juga menikmati bahagia secara bersederhana.
Ini ada kaitannya dengan soal kata-kata bahagia itu sederhana
Mrhanafi lanjutkan kisah bagaimana rasa menghadapi kecelaruan emosi dan kecamukan fikiran.
Mudah-mudahan sebagai nostalgia pada suatu ketika.
Memang pada dasarnya semua kita mahu bahagia dan sihat luar serta dalam.
Namun pada satu masa, ujian dan cabaran itu tidak boleh terkecuali dalam hidup seseorang.
Mrhanafi tidak menghadapi ujian besar mana pun.
Masih ada bisnes, kerjaya, keluarga dan kehidupan dalam paras sederhana.
Tapi perasaan kadang-kadang kalah.
Kalah kepada kecenderungan fikiran pesimis.
Risau tentang hari esok.
Khuatir pada perkara yang belum pasti berlaku dan terjadi.
Akibatnya pemikiran jadi letih.
Hati tersadai layu kerana merasakan kehidupan terlalu berat untuk diteruskan.
Pelik tapi benar.
Ia cuma fatamorgana yng sukar ditamsil dengan logik kata-kata.
Jika keadaan berterusan maka sukar untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna dan ceria.
Apatah lagi untuk percaya kepada pegangan “kata-kata bahagia itu sederhana”
Sekian…
Moga kita semua tabah, kuat dan sabar dalam meniti usia kehidupan yang semakin menua.
tabah dan bersyukur dgn apa yg ada ., aminn
In sha Allah itu yang terbaik
bahagia luas ertinya.. cari bahagia sendiri
ya…bahagia juga sifatnya subjektif
Yes…. “Less is more”
kan…itu yng sebaiknya
moga kita diberi kekuatan, ketabahan menempuh hari esok.
aamiin dan semoga apa yang kita doa Allah makhbulkan..
bahagia setiap orang berbeza tapi saya percaya permulaan bahagia adalah dengan bersyukur dengan apa kita ada. Masih bernafas, masih punya rumah untuk berlindung, ada makanan untuk teruskan kehidupan.
alhamdulillh itu yang terbaik sebenarnay
yg pasti manusia x boleh melobi semua kebahagiaan yg ada dlm dunia ni
ya….ada kebahagiaan yang disimpan untuk akhirat
almarhumah ibu saya bilang, bahagia itu tergantung kita. Jika kita bersyukur maka Allah tambah nikmat bagi kita, jika kita terus mengeluh maka kesenangan pun hilang
ia itu betul…sepatutnya berstyukur akan menerbitkan rasa bahagia