5 Strategi Bagaimana Orang Kaya Bermula

Saya selalu tertanya-tanya bagaimana orang kaya bermula dan menjadi senang lenang.Saya terus mencari dan mencari.Pantang mendengar perkataan kaya, mewah, hidup senang dan sewaktu dengannya pasti saya berminat.Saya teruja untuk mengkaji dan terus mengkaji.

Baru-baru ini saya ada mendapat rezeki yang hebat dan power.Bukan rezeki berbentuk duit tetapi rezeki ilmu yang termahal harganya.

Untuk mendapat ilmu sebegini, selalunya kita kena bayar ratusan atau ribuan ringgit.Baik melalui ceramah, seminar atau pembelian buku-buku yang berkaitan.Alhamdulillah saya mendapat secara percuma dan saya anggap ilmu tersebut tidak ternilai harganya.

Sejujurnya, saya sangat teruja untuk berkongsi dengan pembaca blog ini pula.Mudah-mudahan ada di kalangan pembaca boleh mendapat manfaat secara maksimum.Mana tahu ada dikalangan kita boleh menjadi orang kaya dan lebih kaya setahun dari sekarang.

In shaa Allah.

Untuk makluman, perkongsian ini dari Ustaz Hakim Mohd.Nor semasa live session di Facebook bersama Tuan Afnan Rosli.Kini video tersebut sudah dipadamkan atas sebab-sebab tertentu.

Siapa Ustaz Hakim Mohd. Nor ?

Beliau merupakan usahawan tersohor yang cukup kaya namun sangat merendah diri.Pernah mengorbankan 100 ekor lembu secara diam-diam di 40 buah negara.Kini menjadi CEO kepada pertubuhan NGO yang aktif iaitu Serantau Muslim.

Bagaimana Orang Kaya Bermula ?

Orang belum kaya wajar mengetahui ilmu ini.Orang sudah kaya sudah pasti mahu kekal kaya dan memang mengaplikasi ilmu ini.

Tiada yang terlalu sukar.Tidak juga terlalu senang.Apa yang penting percaya dan yakin untuk istiqamah dalam memburu impian menjadi orang kaya.

Jom kita kaji dan hadami bersama-sama:

1.Ikhtiar cari duit

Inilah topik asas untuk jadi kaya iaitu kemampuan untuk mencari duit.Ada cara logik dan ada cara tidak logik.Kaedah cari duit boleh melalui bekerja makan gaji, bekerja sendiri ataupun menjalankan perniagaan.Suri rumah juga boleh mendapat duit.

Yang penting cari duit dengan cara yang halal dan berkat.Bukan melalui penipuan atau penganiayaan terhadap orang lain.

Cara begini memang logik.Ada kerja dan ada gaji.Ada untung dan ada duit.

WAJIB BACA :   Jalan-jalan Cari Perempuan

Lagi banyak dapat duit lagi bagus untuk mencapai impian jadi kaya.

Bagaimana pula dengan cara tidak logik untuk cari duit ?

Memang ada dan susah untuk percaya.Sebab itu dikatakan cara tidak logik.Antaranya cari duit dengan bersedekah.Selepas bersedekah lakukan pula dengan berdoa.Semasa berdoa lakukan dengan penuh perasaan.

Rasai dan hayati seolah-olah sudah memiliki.

2.Bijak urus duit

Setelah mendapat duit sama ada banyak atau sikit, perlu diurus dengan bijak.Ramai yang tersangkut dalam bab ini termasuk saya sendiri.Puncanya kerana terlebih belanja atau memang pendapatan tidak mencukupi untuk menampung kos hidup.

Setiap perbelanjaan duit wajib direkod dengan teliti.Tujuannya supaya kita tahu ke mana duit itu pergi.Lagi detail lagi baik biarpun tindakan ini seperti leceh dan kurang menyeronokkan.

Bak kata Tuan Azizi Ali, kalau bukan kita nak buat kerja leceh begitu, kita nak harap siapa lagi.Itukan duit sendiri.

Oh ya.

Formula mudah untuk mengurus duit adalah dengan menyimpan.Sebelum berbelanja sisihkan duit pendapatan kepada tabung simpanan.Ramai sifu kewangan mengelarkannya sebagai bayar kepada diri sendiri dulu sebelum membayar kepada orang lain.

Dalam ajaran Islam sendiri menyarankan agar kita menyimpan duit selama tujuh tahun sebagai persediaan tujuh yang berikut.Pedoman ini ada dijelaskan dalam al Quran melalui Surah Yusuf.

Berapa banyak perlu menyimpan terpulang dengan keperluan empunya diri.Ada yang menyarankan dalam 10 peratus daripada pendapatan.Kalau lebih tinggi lebih baik.

Selepas itu bahagikan perbelanjaan kepada duit dapur, duit minyak, duit anak-anak sekolah dan sebagai.Lebih mudah gunakan sampul surat.Asingkan duit tersebut dan jangan campur aduk.

Pada masa ini kemahiran asas mengira sangat penting.Setakat tolak, tambah, bahagi dan darab cukup memadai dalam usaha kita mencapai impian orang kaya.

3.Perlindungan duit pendapatan

Istilah tepatnya ialah protect duit dengan mencarum dalam takaful.Orang selalu pesan.Sediakan payung sebelum hujan.Sebelum musibah berlaku bersedia dengan perlindungan pendapatan.

Mungkin kita tidak tahu dan mahu perkara buruk berlaku.Namun suratan takdir telah menetapkan kita pergi menghadap Illahi terlebih awal atau kecacatan ilat.Pada masa itulah wang dari caruman takaful boleh menjadi sumber pendapatan.

Dengan adanya takaful sudah tentu tidak mengganggu duit simpanan yang telah diusahakan sekian lama.Kita ada sumber pendapatan lain untuk menyara kehidupan selepas ketidakupayaan mencari rezeki akibat musibah.

WAJIB BACA :   Rezeki buatmu tapi ujian buatku

Setidak-tidaknya para waris yang dicintai dapat manfaat terbaik setelah ketiadaan kita nanti.

Sama juga dengan fungsi kad perubatan.Ada masanya kita diuji dengna sakit atau kemalangan serius.Masuk hospital dan segala perbelanjaan dibiayai menggunakan kad perubatan.

Sebaik dan semoleknya wang caruman takaful untuk perlindungan pendapatan dan kad perubatan tidak melebihi 10 peratus dari jumlah pendapatan.Caruman takaful menggunakan kaedah tahunan atau bulanan.Terpulang kepada empunya diri.

Selain daripada itu, kita wajib juga menyediakan Tabung Kecemasan selama enam bulan atau lebih pendapatan bulanan.Jika dapat dua tahun lagi bagus.

Tabung Kecemasan ini bertujuan untuk menyara kehidupan sekiranya ada perkara yang tidak diingini.Mungkin hilang pekerjaan atau bisnes jatuh merudum.

Dalam tempoh minimum enam bulan kita boleh survive hanya menggunakan wang tersebut.Wang dalam Tabung Kecemasan jangan diusik sama sekali melainkan ada keperluan sangat mendesak.Sebab itu dinamakan tabung kecemasan.

Tabung ini akan menimbulkan rasa jaminan kewangan untuk kita menjalani kehidupan seharian.Hidup lebih tenang.

Persoalannya ramai yang sukar untuk mengisi Tabung Kecemasan sekiranya aliran tunai kurang mantap.Mungkin disebabkan corak pengurusan kewangan peribadi yang tinggi dan kurang berhemah.

Contohnya ada kereta yang mahal dan kos penyelengaraan juga tinggi.Menurut Ustaz Hakim Mohd. Nor pemilikan kereta didatangkan dengan dua pakej.Kos penyelenggaraan dan kos gaya hidup.

Tentu agak sukar menemui orang yang berkereta mewah tetapi duduk makan di gerai tepi jalan.Ramai orang yang begitu untuk menjaga imej.Sayangnya trend begini menyukarkan kita mempunyai Tabung Kecemasan.

Kalau sudah lama kaya, lain cerita la ya.

aplikasi istighfar

4.Proses gandakan duit

Orang kaya akan kekal kaya atau bertambah kaya kerana mereka faham proses menggandakan duit.

Duit ini bekerja untuk mereka.Antaranya melalui pelaburan sama ada di ASB, Tabung Haji, Simpanan Tetap, pemilikan saham dan sebagainya.

Proses menggandakan duit boleh difokuskan dalam bidang properti seperti rumah dan hartanah.Boleh juga dalam bangunan seperti lot kedai dan sebagainya.

Hartanah ada jenis-jenis tertentu seperti rumah subsale, rumah under construction dan rumah lelong.

Topik ini panjang dan sila rujuk kepada mereka yang mahir untuk mendapat khidmat nasihatĀ  dan pandangan profesional.Pembaca juga boleh membaca buku yang berkaitan supaya lebih faham dalam bidang pelaburan hartanah.

WAJIB BACA :   Bina Kerjaya Sebagai Telco Networker

Ini belum lagi termasuk dalam pelaburan emas, saham dan sebagainya.Pendek kata pelaburan adalah cara menggandakan duit.

Oh ya.

Tersilap percaturan menyebab duit menguncup dengan pantas juga.Mungkin lebih cepat dari proses pengembangan duit itu sendiri.

Berhati-hati dengan Scammer yang selalu mengintai peluang dan niat jahat mereka.

Proses menggandakan duit amat besar potensinya jika dilaburkan dalam bisnes.Begitu juga amat pantas untuk menjatuhkan seseorang yang sudah berada di atas.

Pengalaman orang terdahulu patut dijadikan iktibar dan jangan berburu-buru dengan gelojak nafsu untuk menjadi orang kaya.

5.Keperluan wariskan duit

Apa yang saya sudah sentuh sebelum ini yakni maut dan ajal bila-bila datang menjemput.Demi memastikan kita kaya di dunia dan kaya juga akhirat tentulah wajib untuk buat sedekah jariah.

Kita mati tetapi pahala tetap berjalan sehingga hari kiamat.Antaranya buat pembahagian hibah terhadap segala kekayaan yang kita miliki.Buat hibah atau hadiah kepada isteri, anak-anak, rumah kebajikan, badan amal dan sebagainya.Sebetulnya lagi ramai yang mendapat manfaat lagi bagus.

Semasa kita hidup lagi buat wasiat sama ada menggunakan sistem faraid atau sistem hibah agar waris yang ditinggalkan boleh mendapat bahagian masing-masing.

Dalam takaful itu sendiri ada proses untuk hibahkan pendapatan kita.Misalnya hibah 10 juta untuk isteri dan anak-anak atau 10 juta lagi hibah kepada badan kebajikan.

Yang penting jangan letak kekayaan pada hati tetapi letak pada tangan.Ya.Tangan yang ringan untuk memberi dan terus memberi tanpa rasa takut miskin.

Amalan ini seperti kita deposit duit untuk digunakan semasa berada di akhirat nanti.Jadikan kita orang kaya selama-lamanya.Prosesnya bermula di dunia namun berkekalan di alam sebelah sana.

Kesimpulan

Penerangan saya berkaitan bagaimana orang kaya bermula akan berakhir di sini.

Beginilah kekayaan yang sebenarnya.Kita menjadi kaya untuk memenuhi konsep sebaik-baiknya manusia ialah mereka yang paling banyak memberi manfaat dan nilai kepada kehidupan orang lain.

Semoga sesiapa yang membaca dan berkongsikan artikel ini, saya doakanĀ  anda menjadi kaya raya di dunia dan akhirat.

Aamiin.

p/s: Sebelum berpisah apa kata layan dulu video dalam 10 Cara Pikat Awek Cun Yang Gerenti Baik Punya

Comments 14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge