Iftar merujuk kepada berbuka puasa.Di Sarawak iftar adalah sungke.Memang jauh sungguh bunyinya tetapi maksudnya tetap sama iaitu makan selepas habis tempoh berpuasa.
Bulan Ramadan bulan yang mulia.Satu bulan yang mentarbiahkan kita agar lebih bersabar dan lebihkan ibadah kepada Allah SWT.Kalau boleh terus istiqamah beribadah dalam bulan-bulan yang lain pula.
Sehingga ke hari ini ( artikel ditulis) saya belum lagi ke bazar Ramadan untuk keperluan iftar.Ada pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan.
Sebab utama kerana saya nak jimatkan perbelanjaan.Benda boleh jimat mengapa nak boros.Pada bulan ini saya hendak kos sara hidup saya dikurangkan.Lebih kurang lebih baik.Lebih jimat lebih berhemat.
Dalam bulan Ramadan ini banyak memberi ruang dan peluang untuk saya berbuka bersama para jemaah di masjid.Di rumah saya berbuka seorang diri.Tak best kerana nikmat makan tidak begitu terasa.Mana tahu lepas raya nanti ada jodoh la pulak.Aamiin.
Berbuka di masjid banyak kelebihan.Mudah untuk berjemaah solat Mahgrib dan seterusnya solat Isyak serta berterawaih.Kebetulan pula masjid ada menyediakan dua hidangan yang mencukupi untuk para jemaah menjamu selera.
Hidangan pertama untuk majlis berbuka puasa seusai sahaja azan Maghrib berkumandang.Menu ringan seperti kurma, kuih muih, bubur dan buah buahan ada disediakan.Minuman pula sedap sedap.Air sejuk atau air panas semuanya ada.
Hidangan kedua selepas para jemaah mengerjakan solat Maghrib.Pada ketika ini menu yang berat kerana ada nasi, lauk ikan dan sayur.Memang cukup untuk mereka yang berada di masjid ketika itu.Tidak nampak pembaziran kerana jumlah pemakan lebih ramai dari jumlah pemberi makan.hahahaha
Proses penjimatan belanja sangat berkesan pada bulan Ramadan.Malah pembaziran makanan boleh dielakkan jika iftar di masjid.Makan beramai-ramai waktu iftar dengan kuantiti makanan yang mencukupi memang menyelerakan.
Selamat berpuasa semua.
Selamat berpuasa Mr. Hanafi.
Ialah kalau Mrs. A single pun dengan umur yang dah veteran macam ni. Mrs. A pun akan buat benda yang sama kot. Berbuka di masjid lebih meriah dan terbuka minda.
Semoga beroleh berkatNYA selalu.
Mrs. A recently posted…Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri
aamiin…
mungkin inilah kelebihan single kot..
dulu masa kahwin…saya selang seli.
ada masa bersama keluarga dan ada masa berbuka puasa di masjid sahaja
kwn2 lelaki yg bujang pun biasa cerita time bln puasa selalunya mereka berbuka di masjid je, time sahur baru mereka masak atau mkn kt mamak ngn kwn2… mudah jd org bujang…
klu ddk sorang mmg kdg lbh mudah berbuka di masjid, blh sekali nk solat magrib, isyak n terawih… klu nk beli juadah kt bazar pun beli utk sorang mkn je… tak membazir rasanya… mmg semua pilihan di tangan kita
ya memang betul…
pilihan di tangan sendiri.
boleh beli untuk makan sendiri…
cuma nikmat makan tidak sama bila makan beramai-ramai
Di masjid ney ya?
sebetul suro jak..
suro mahmudi di rah mami cendul ya..
tauk ka ktk ?
masak sendiri, cara terbaik utk berjimat cermat..
kalau ada keluarga besar, lagi laa.. wajib masak sendiri..
Hairul Hissam recently posted…Cara Lulus Interview Temuduga Dari Pengalaman. Akak Nie Jual Roti Banyak Betul
betul bro..
masak memang menjimatkan belanja.
yang tak jimat masa jelah
kalau dulu, buka puasa sy kalau boleh nk mkn mcm2 smpi senak perut. laa ni, nasi sepinggan pun dah memadai…
tu maksudnya awak dah semakin kurang muda..
normal la tu
Yup, teman setuju dengan tuan admin… Sehingga kini, teman masih lagi tidak menjejakkan kaki di bazar / bazir Ramadhan. Tak perlu kot… Makan sekadar perlu untuk berbuka dan kemudian meneruskan solat.
ok la kan
tapi kalau semua tak nak pergi bazar susah la nak bisnes pulak
selamat berpuasa mr H.. tak perlu membazir barulah berkat kan
alhamdulilah..
kita buat apa yang patut..
moga ramadan ini lebih baik dari tahun sebelumnnya..
in shaa Allah
Alhamdulillah, resepi yang sedikit dikongsi bersama patutnya di bulan yang mulia ini. Tapi macam biasalah kalau dah pergi bazar rambang mata
kan…
berkongsi itu indah sebenarnya.
cuma ramai yang tak sanggup hahahaha
Betul bos… Pergi join iftar di masjid-masjid atau surau-surau… Boleh jimat kos berbuka puasa selama sebulan… Di Samping dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T…
Anuar recently posted…Syukur Alhamdulillah…. Dapat Bonus Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2019
tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah itu lebih utama
Betul tu tuan.. Ramadan tahun ni pun kat area masjid rumah saya bnyk yg sponsor.. makanan meriah. Selain tu, inilah masa merapat ukhwah sesama kariah juga.
kan…
jika ada keluarga boleh buat selang seli..
di rumah dan di masjid.
baharulah terasa nikmatnya