Iftar Boleh Jimat Mengapa Boleh Boros

Iftar merujuk kepada berbuka puasa.Di Sarawak iftar adalah sungke.Memang jauh sungguh bunyinya tetapi maksudnya tetap sama iaitu makan selepas habis tempoh berpuasa.

Bulan Ramadan bulan yang mulia.Satu bulan yang mentarbiahkan kita agar lebih bersabar dan lebihkan ibadah kepada Allah SWT.Kalau boleh terus istiqamah beribadah dalam bulan-bulan yang lain pula.

Sehingga ke hari ini ( artikel ditulis) saya belum lagi ke bazar Ramadan untuk keperluan iftar.Ada pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sebab utama kerana saya nak jimatkan perbelanjaan.Benda boleh jimat mengapa nak boros.Pada bulan ini saya hendak kos sara hidup saya dikurangkan.Lebih kurang lebih baik.Lebih jimat lebih berhemat.

WAJIB BACA :   Aktiviti Blog Bulanan Wajib Kena Buat

iftar

Dalam bulan Ramadan ini banyak memberi ruang dan peluang untuk saya berbuka bersama para jemaah di masjid.Di rumah saya berbuka seorang diri.Tak best kerana nikmat makan tidak begitu terasa.Mana tahu lepas raya nanti ada jodoh la pulak.Aamiin.

Berbuka di masjid banyak kelebihan.Mudah untuk berjemaah solat Mahgrib dan seterusnya solat Isyak serta berterawaih.Kebetulan pula masjid ada menyediakan dua hidangan yang mencukupi untuk para jemaah menjamu selera.

Hidangan pertama untuk majlis berbuka puasa seusai sahaja azan Maghrib berkumandang.Menu ringan seperti kurma, kuih muih, bubur dan buah buahan ada disediakan.Minuman pula sedap sedap.Air sejuk atau air panas semuanya ada.

Hidangan kedua selepas para jemaah mengerjakan solat Maghrib.Pada ketika ini menu yang berat kerana ada nasi, lauk ikan dan sayur.Memang cukup untuk mereka yang berada di masjid ketika itu.Tidak nampak pembaziran kerana jumlah pemakan lebih ramai dari jumlah pemberi makan.hahahaha

WAJIB BACA :   Penglipur Raya Aidilfitri 2019 Yang Mengusik Jiwa

Proses penjimatan belanja sangat berkesan pada bulan Ramadan.Malah pembaziran makanan boleh dielakkan jika iftar di masjid.Makan beramai-ramai waktu iftar dengan kuantiti makanan yang mencukupi memang menyelerakan.

Selamat berpuasa semua.

iftar

Comments 20

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge