Tak Sangka Jumpa Blogger Sarawak Di Majlis Berbuka Puasa Hilton Kuching

Beberapa hari yang lepas saya sempat berjumpa  dengan salah seorang blogger Sarawak sewaktu majlis berbuka puasa di hotel Hilton Kuching.Kebetulan saya bersama rakan sekerja dijemput bagi pihak media ke majlis tersebut.

Rezeki jangan ditolak.

Berbalik semula untuk kisah blogger.

Sejujurnya saya memang berimpian untuk berjumpa dengan seramai mungkin blogger yang ada di Malaysia dan Indonesia secara bersemuka.

Sebagai bukti ingin bergambar untuk tatapan pembaca blog ini.

Blogger yang saya maksudkan ialah Aliey Eyezie.Dia merupakan pemilik blog ntgravitysone.blogspot.com

Dalam pertemuan tersebut saya rasa macam kenal tetapi rasa kurang yakin.Kami tidak pernah bersua secara bersemuka melainkan beberapa kali chatting dalam Whatsapp.Itupun kira-kira tiga tahun yang lepas kalau tak silap ingat.

WAJIB BACA :   Sistem Bergilir Ala-Ala Poligami

Oleh kerana masa yang amat singkat, saya tidak sempat berbual panjang.Kami cuma mampu bertegur sapa seketika dan sempat bergambar buat kenang-kenangan dalam majlis tersebut.Malangnya gambar kurang terang la pulak.

Seperti kebiasannya, waktu berbuka puasa fikiran lebih terarah untuk makan dan bergegas pula untuk solat Maghrib.Tentulah sukar untuk  beramah mesra dengan orang lain.

Seusai majlis berbuka puasa saya dan rakan sekerja bergegas meninggalkan mereka kerana mengejar waktu untuk solat Isyak dan solat terawih di tempat yang berbeza.

Akhir kata saya menjamu mata pembaca semua dengan pelbagai gambar makanan yang dihidangkan semasa majlis berbuka puasa di Hilton Kuching tempohari.Paling elok layan selepas waktu berbuka tau! hehehehe

WAJIB BACA :   7 artikel yang tidak disukai pembaca seluruh pelosok dunia

 

Comments 9

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge