Saya tak nak cakap banyak.Sebab saya tahu takaful kurang popular.Saya faham ramai yang belum arif ilmu takaful.Saya akui saya pun masih belajar. Kita sama-sama belajar.
Maksud takaful
Takaful berasal dari perkataan Arab iaitu “kafala” yang bermaksud saling menjamin. Jadi secara mudahnya join takaful dah saling membantu sesama ahli.
Ahli yang terkena musibah akan dibantu oleh ahli yang lain melalui sumbangan dinamakan Tabbaru’.
Tabbaru’ = Derma
Setakat ini fahamkan. Mudah dan tak perlu runsingkan fikiran.
Jenis-jenis takaful
Ada dua jenis.
1.Takaful keluarga
2.Takaful Am
Kalau ada masa.Tak janji.
Saya akan kongsi cerita jenis jenis takaful dengan lebih lengkap.
Cuma dalam artikel ini saya nak sentuh sedikit berkaitan takaful keluarga.
Apa yang bermain dalam fikiran pembaca sekarang jika saya kata keluarga?
Ya, sudah tentu wajah orang tersayang dalam keluarga.
Mereka mungkin isteri atau suami.
Anak-anak atau cucu cicit.
[Awek atau skandal tak masuk list lagi tau !]
Mereka ini amat kita sayang. Kita tak nak mereka hidup susah sekiranya berlaku musibah terhadap kita.
Paling penting kita TIDAK mahu membebankan mereka. Masa hidup beri beban.
Masa tiada lagi-lagilah membebankan.
Oh..TIDAK MAHU BEGITU.
Bagaimana nak buktikan kasih sayang kita kepada mereka?
Tak lain dan tak bukan.
Kita mencarum dalam takaful dan itulah dimaksudkan takaful untuk keluarga.
Termasuk :
1.Hayat
2.Pendidikan
3.Pelaburan
4.Kesihatan
5.Simpanan.
Ada kurang jelas tak?
Nanti kita clarify satu persatu.
Kita tinggalkan dulu.
Ada satu fakta yang mengejutkan.
Jeng..jeng..jeng.
Kurang dari 15% daripada 30.1 juta orang Malaysia yang mencarum dalam takaful keluarga.[sumber :LIAM 2015]
Mesej yang saya cuba sampaikan ialah kesedaran takaful di negara ini rendah.
Puncanya mungkin:
1.Kurang pendedahan
2.Pendapatan kurang stabil
3.Fikir tentang jangka pendek
4.Belum ada ilmu power untuk jimat duit
Kesimpulannnya.
Takaful adalah satu instrument kewangan yang sangat bagus.
Konsep asas untuk membantu masyarakat dalam urusan kewangan peribadi dan keluarga.
Dalam takaful ingat perkara ini.
Tiada konsep paksaan atau memperdayakan.Nanti rezeki tak berkat.
Elakkan misleading.
Salah faham sahaja boleh goncang dunia.
Jika tidak diperbetulkan sampai bila-bila akan keliru.
Saya bagi contoh diri sendiri.
Habis la kalau join takaful duit hangus jika tiada musibah.
Namun saya tidak sedar bahawa takaful ada dana istimewa.
Takaful ada DANA tau!
Mula-mula saya tidak tahu pun takaful ada dua dana.
1.Dana Risiko [PRF]
2.Dana Pelaburan[PIF]
Bagaimana kedua-dua dana ini berfungsi akan saya kongsikan pada penulisan masa yang datang.
Kalau saya rajin.Tak janji tau.
Untuk memastikan tidak ketinggalan saya syor pembaca silakan untuk follow:
1.Fanpage Facebook
2.Group Whatsapp
Itu sahaja.
Nanti kita sembang lagi.
Kalau rasa nak share saya ucapkan berbilion terima kasih.
Didoakan mereka share itu kaya raya dan sihat walfiat.
Nice sharing tuan…kdg2 mmg ada yg x faham apa tu takaful tp lepas baca entri ni boleh faham dah..
Elih Japahar recently posted…Jana Pendapatan Sehingga 5 Angka Dengan Involveasia
in shaa Allah..
boleh berbuat bakti sedikit.
sesiapa yang ada kemampuan please ambil takaful demi kepentingan masa depan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga.. mcm2x boleh berlaku tanpa kita expect. hari tak selalunya cerah..
tepat sekali bro…
mampu dalam pengurusan kewangan..
itu sangat penting.
Takaful ini persediaan sebelum ada kecelakaan, masa sihat la nak mohon takaful, dah sakit tiada gunanya.
Ikhwan recently posted…Sewa Beli Kereta Proton Untuk Pemandu Uber
itulah…
semoga ramai ada kesedaran…
jika belum mampu boleh atur semula perbelanjaan
Perlunya ada ‘perlindungan’…yang patuh shariah. Pendedahan kepada orang ramai amat penting tentang takaful
perlu terutama kepada yang mampu dari segi kewangan..
terdesak jika mereka yang memang terdesak dalam income
nak buat macam mana belum rezeki.
takaful ini ikut keperluan…kalau ikut kehendak, kita akan ambil yang paling mahal, lepas tu tak larat nak bayar
siti hazreen recently posted…Tips Pemilihan Takaful
sebab itu perlu berbincang dan menyatakan sejujurnya fakta kepada perunding takaful..
mereka akan menawarkan pakej yang sesuai dengan kemampuan
Saya juga antara yang tak faham takaful ni. Selalu serah pada en laki sahaja. Terima kasih tuan berkongsi maklumat ringkas ini.
Noor aziana mohd salleh recently posted…Ekzema Berair Setelah Berhenti Krim Steroid
sama-sama..
tak sangka juga ada manfaatnya ..
ya..memang tidak dinafikan
nak harap duit simpanan sayang sungguh..
jadi lebih baik mencarum dalam takaful dengan medical kad..
tak sakit ..
boleh bantu peserta lain dengan konsep tabbaru’
PENJELASAN BERMNFAAT
oh..ya..terima kasih
Terima kasih tuan.byak manafaatnya.terbaik
sama-masa.
moga-moga banyak lagi dapat manfaat