Lama betul saya tak membebel kata motivasi untuk diri sendiri .Itupun sejak kehilangan blog saya yang satu lagi.Saya tidak renew domain walaupun saya sayang blog tersebut.
Saya sayang kerana niche motivasi.Saya suka kata motivasi sebagaimana orang mengantuk disorongkan bantal.
Terlalu mengantuk, habis kertas kerja saya kotor akibat air tertumpah.
Apa akan jadi.
Kita tidur dan kita lena diulit mimpi.
Tersedar dari mimpi.Rupanya mimpi buruk.
Oh.Inilah kehidupan.
Sedih dan terkilan.
Nak nangis!!
Tapi saya hanya boleh nangis pada bahu seseorang.
“i need your shoulder”
Tapi bahu wanita sahaja.Wanita pun bukan sebarangan.
Wanita itu sah sebagai isteri.
Fikir balik.
“Laki-laki mana boleh nangis”
hahahaha.
Ini cerita lama.
Saya belum berjaya untuk mempertahankan apa yang saya ada.
Kini.
Saya cuma ada satu blog sahaja.Dengan blog yang satu ini saya nak merangka hala tuju yang baru.
Penulisan sama tetapi isi berbeza.
Berbeza segmentasi.
Berbeza lakaran cerita.
Belum berjaya bukan berakhirnya impian.Mungkin kejayaan tertunda yang akan diberi pada suatu masa nanti.Harap bersabar dan mudah-mudahan artikel ini memberi manfaat.
Tak banyak.
Sikit sikit pun jadi.Kecil-kecilan pun jadi.
Itu baru dinamakan kejayaan.
Secara realiti kita ada kejayaan kecil.Hari-hari kita melalui kejayaan kecil.
Sayangnya kita melupakan kejayaan kecil kerana teruja memikirkan kejayaan besar yang belum tercapai.
Lantas kita kecewa.Bimbit-bimbit putus asa mula berputik dalam hati.
Baca-baca betul. Bukan mati putik.Bukan juga mati pucuk.
Hebatkan orang dahulu.Masalah manusia dikaitkan dengan tumbuhan.
Kasihan pada tumbuhan.
Ok.
Kita balik pada topik artikel ini.
Saya akan menulis artikel blog yang lebih fokus.Tujuan untuk saya lebih faham sesuatu topik kerana tuntutan kerja saya berbuat demikian.
Terdapat pelbagai bentuk penulisan telah saya cuba.
Sebelum ini saya nak menulis tentang Storytelling.
Ala macam satu cerita.
Kita baca.
Kita syok.
Tak menjadi sangat.Sentuhan kecundang.
Selepas itu saya menukar topik kepada copywriting.
Ya agak menjadi.
Ramai yang wasap untuk minta tunjuk ajar.Saya bukan pakar.Belum pun buat sales giler-giler kentang.
Nak cakap pun segan.Takut cakap tak serupa bikin.
Sekarang macam >> nightmare.
Kalau.
Kalau..
Kalau…
Ya.
Kalau impian jadi eUsahawan Trainer tak kesampaian maka saya redha.
Adalah hikmah dan adalah sebabnya.
Itu sebab kita perlu duduk tepi padang sambil muhasabah diri.
Kesimpulan.
Saya nak jadi diri sendiri.Saya nak jadi penulis blog yang memberi inspirasi kepada diri sendiri.
Kalau untuk orang lain pun apa salahnya.
Nanti sekejap!
Ada tak, pembaca nak sarankan saya untuk tulis topik apa?
Itu sahaja.
Tak perlu share.Tak penting sangat.
Boleh sahaja Follow Page Mohd Hanafi Abdullah seperti di bawah :
pencapaian kecil sikit sikit, akan jadi pencapaian yang besar, yang boleh dibanggakan
Dila recently posted…Pengedar Vivix Shaklee Sungai Buloh
ya..begitulah yang sebaik..
sikit-sikit dan lama-lama jadi bukit
Kalau kita set matlamat terlalu besar sampai minda sedar kita pun ragu ragu untuk capai
memang kita cepat rasa down
sebab dah berlaku banyak kali dalam hidup saya
nak set matlamat biarlah
1. small and believable
2. specific
3. consistent
4. take a lot of action
lagi banyak kali kita cuba, lebih tinggi peluang untuk kita jumpa masalah. dan lagi tinggi peluang untuk berjaya
Mazni Azmi recently posted…Tekanan Darah Tinggi 10 Cara Menurunkan Dengan Berkesan & Selamat!
wow..
terima kasih kerana memberi komen yang berinfomatif..
saya suka ..
pembaca juga akan suka
Kejayaan kecil perlu di hargai
barulah kejayaan besar akan hadir
sebab syukur itu mengundang rezeki
Mama Hakim recently posted…18 Panduan beli @ Bina rumah. Kediaman tak panas & Duit tak rugi!
satu pendapat yang bernas..
terima kasih kerana sudi berkongsi
kadangkala niche yang terbaik adalah niche yang kita suka dan boleh tulis berkenaan tu selama 100 tahun.
Niche mana pun kalau tak minat, rasenya akan kecundang jugak..buktinya..
Pengalaman saya sendiri..huhu..
thehaikal recently posted…Throwback Berblog Setahun Yang Lepas
ada benarnya..
niche yang kita suka mudah untuk ditulis
Belum berjaya tak apa. Asalkan setiap langkah kita, makin mendekatkan kita kearah kejayaan yang kita mahukan tu 🙂
sabree hussin recently posted…MYDIN – The Untold Story
ayat tu win juga…
langkah tersebut mendekatkan kita ke arah kejayanan yang kita mahu.
Betul…jika belum mengecapi kejayaan, kena teruakan usaha dan usaha. Bukan berputus asa. X kecapi kejayaan x bermakna gagal selamanya
hebat semua ini…
terima kasih kerana sudi berkongsi
Betul. Tidak kecapi kejayaan bukan bermakna kita gagal selamanya. Sepatutnya kita kena berusaha dan terus berusaha tanpa jemu utk mengecapinya
Alhamdulilah..
pesanan yang hebat nie.
bukan rezeki..
perkara biasa..
lepaskan sahaja..hehehe
Nak sarankan topik apa? Kalau Mr Hanafi cerita pasal makanan & tempat pelancongan Sarawak pun okey juga. Hari ada tgk kt TV Hafiz Suip makan bubur pedas. Cam sedap je bubur tu. huhu. GV teringin nak ke sana suatu hari jika ada rezeki lebih. huhu.
Galaksi Viral recently posted…ALEXA.COM : GLOBAL & MALAYSIA RANK
ya memang teringin juga saya nak bercerita tentang makanan dan tempat pelancongan di Sarawak..
itu boleh fikirkan nanti..
terima kasih kerana bagi cadangan yang bernas.
Sama2x Mr Hanafi. Terbaik. 😀
Galaksi Viral recently posted…ALEXA.COM : GLOBAL & MALAYSIA RANK
ya..itu yang sebaiknya
Selagi boleh melangkah, kita kena teruskan usà ha sehingga berjaya.
Semoga terus berjuang tuan hanafi
Noriza Rahman recently posted…Serlahkan Keanggunan Wanita bersama Set Kecantikan Kulit Berseri
terima kasih sis/puan/mom/
tak tahu nak panggil apa..
saya ok jer hehehe
Setuju dengan ayat mrhanafi.. Belum berjaya bukan berakhirnya segala impian. Tiada alasan berputus asa selagi hayat masih ada.
Gum Arabic Al-Manna recently posted…Al-Manna Ameer Bukan Ubat Rawat Penyakit
yalah kan…
menerima kenyataan memang perit..
tapi itulah kehidupan..
tidak semudah mimpi