Artikel Tanpa Sentuhan Actionable SEO

Hari ini penuh bersejarah.Saya memecah tradisi yang sekian lama tidak pernah dibuat iaitu membeli ebook.Saya sangat perlu kepada  ebook Actionable SEO hasil sentuhan ajaib tuan Wan Yusof Wan Jefferi.

Ikutkan hati saya perlu khatam dan telaah dulu ilmu SEO dalam ebook tersebut.Namun saya cuba menungkah arus.Saya menulis artikel ini sebelum saya mengkaji ebook tersebut.

Tujuannya untuk split test keatas diri saya.Sebelum dan selepas.Anggaplah artikel ini testimoni yang ikhlas hati tanpa sebarang kepentingan pun.

Dalam artikel ini saya akan menunjukkan kelemahan trafik blog saya.Agak malu juga sebenarnya.Bayangkan menjadi blogger sejak 2009 dan ini sahaja pencapaian trafik blog saya.

WAJIB BACA :   Peluang Kerja Di Singapura Pasti Ada

Saya bongkarkan supaya blogger yang senasib dengan saya jangan lemah semangat dengan trafik umpama melukut tepi gantang hidup segan mati tak mahu.

Dalam artikel ini saya abaikan kata kunci,tag dan meta tag.Bahkan kepanjangan artikel cuma 150 patah perkataan.

Saya abaikan backlink.Saya tidak berharap untuk berada di halaman utama Google.Saya pasrah kerana artikel ini  masih mentah.

13 thoughts on “Artikel Tanpa Sentuhan Actionable SEO”

  1. untuk pengetahuan bro, kebanyakkan banyak blog kena macam ni, saya pun sama, trafik blog saya tahun lepas 2000un sehari, masuk tahun ni terus 1300uv sehari, dan start 2 bulan lepas cuma 800uv sehari,

    bila di check baru saya sedar, bukan pasal seo pun bro, tp pasal update algorithm terbaru google pada engin carian mereka.

    Google update algorithm mereka kasi mana mana blog jadi rank rendah dan hilang trafik jika ada 2 benda ni iaitu ada banyak link affiliate dan penulisan artikel iaitu bilangan perkataan rendah

    mereka nak galakkan blogger tulis untuk pembaca dan bukan buat duit semata mata dan tulisan lebih panjang lebih dianggap berkualiti

    saya ada satu blog yg affiliate semata mata, awal tahun 900uv sehari, lepas tu drop jadi 500uv sehari, dalam sebulan ni cuma 250uv sehari, sedihhhh

    Reply
    • ya..memang betul tu..

      penukaran algorithm terbaru google memberi cabaran kepada blogge untuk menghasilkan konten yang asli dan berkualti untuk pembaca..

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge