Jurulatih eUsahawan Sarawak Edisi Kenyalang 2017

Keputusan sudah diumumkan. Senarai untuk jurulatih eUsahawan Sarawak edisi Kenyalang 2017 sudah diketahui.

Mrhanafi ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang terpilih sebagai jurulatih eUsahawan bertauliah dari MDeC.

Mereka yang tidak terpilih diharap menerima keputusan dengan hati terbuka.

Reda.

Paling penting sekali jangan berputus asa untuk mencuba peluang lain.  Pasti ada peluang yang lain pula.

Satu pintu sudah tertutup maka ada sembilan pintu lagi ada terbuka untuk anda cuba

Jurulatih eUsahawan Sarawak

Jurulatih eUsahawan Sarawak

Mrhanafi difahamkan Jurulatih eUsahawan kali ini diberi penghargaan istimewa.

Sijil pentauliahan mereka akan disampaikan dalam majlis yang gemilang penuh bermakna.

Biarkan mrhanafi mengelamun sebentar.

Nama trainer dipanggil untuk naik ke atas pentas. Percikan flash kamera jurugambar tak henti-henti.

WAJIB BACA :   Cabaran Tulis Blog Guna Handphone

Mata tetamu yang hadir tidak berkelip untuk menatap wajah Trainer eUsahawan  Sarawak.

Terdengar bunyi tepukan begitu bergemuruh sekali.

Beberapa orang Trainer yang baru ditauliah terus ditemuramah para wartawan media tempatan.

Cerita kejayaan mereka masuk akhbar.

Jelas terpamer senyum gembira biarpun menggalas amanah berat.

Mereka ada misi untuk membantu usahawan Sarawak melalui platform digital.

Dah.

Khayalan berhenti di sini.

Kita sambung kembali ke dunia sebenar.

Sebelum ini mrhanafi ada menulis dua artikel berkaitan eUsahawan.

Jika ada masa boleh  baca melalui paotan di bawah.

1.Dua Lagi Langkah Untuk Jadi Jurulatih Bertauliah.

2.Tamat 7 Hari Kursus eUsahawan Trainer 2017

Kesimpulan.

Nampaknya rezeki mrhanafi tidak berpihak sebagai jurulatih eUsahawan. Mrhanafi tidak lulus ujian TOT yang berlangsung tempohari.

WAJIB BACA :   Selamat Hari Gawai Dayak 2017 Dan Alkisahnya

Maknanya mrhanafi tidak layak untuk menjadi tenaga pengajar dalam bidang ini.  Mrhanafi tetap bersyukur  dan reda dengan apa jua keputusan.

Mungkin rezeki saya dalam platform lain.

Rezeki kita tak tahu kan kecuali anda ceburi bidang netcommerce

Mrhanafi faham bahawa perancangan Allah itu lebih baik.

Jumpa lagi dan doakan mrhanafi sebagai trainer dalam lapangan yang lain pula.

“JUST MOVE ON”

  • Kemas kini 1/7/2022

Comments 18

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge