Alhamdulillah baru-baru ini saya diterima menjadi penulis sambilan akhbar Suara Sarawak.Pada mulanya tidak yakin untuk menggalas tanggungjawab ini.Namun setelah diberi penerangan, akhirnya saya bersetuju.
Saya akui belum mempunyai skill penulisan yang bagus.Penulisan dalam blog ini pun seperti tempat latihan.Saya berlatih mengarap idea dan menyusun ayat supaya sedap dibaca.Kadang kala merapu juga.
Kesan nyata dari menggalas tanggungjawab ini tentunya kekangan masa saya untuk berada dalam dunia blogger sebagaimana biasa.
Menulis untuk akhbar sangat berlainan dengan menulis dalam blog.Dalam akhbar perlu melalui etika dan prosedur tertentu.Dalam blog kita boleh belasah sahaja kerana pembacanya tidak sama.
Akhbar adalah bahan cetak dan rasmi.Penjagaan bahasa menjadi keutamaan.Kandungan artikel lebih berisi dan lebih bermanfaat untuk pembaca.
Sehingga ke saat saya ini, terdapat 5 artikel sudah diterbitkan.Ada dua lagi artikel yang sedang diproses untuk diterbitkan secara berkala.
Untuk kejayaan kecil ini, saya anggap hasil bantuan rakan-rakan blogger dan pembaca yang sering mendoakan kejayaan saya.Mungkin doa dalam bentuk komen dan lintasan hati anda.Saya ucapkan terima kasih dan sokongan tersebut amatlah saya hargai.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi dan maafkan saya kerana sudah memperlahankan rentak dalam dunia blogger kerana tuntutan kerja hakiki serta komitmen sebagai penulis sambilan akhbar.
tahniah!! lately tok salu juak dah muncul di fb suara sarawak tok.. suk dpt nemu blogger serawak yg aktif koh
in shaa Allah
kalau ada rezeki boleh la jumpa nanti
tahniah dan selamat maju jaya!
anies recently posted…Ke Majlis Pelancaran Siri Doraemon @ KLIBF 2019, PWTC
alhamdulillah dan terima kasih
Alhamdulillah, tahniah! Semoga terus maju jaya..
terima kasih dan moga awak pun sama
Terbaik Tn Hanafi..boleh share macam mana dapat jobs ni hehe
Elih Japahar recently posted…Buat Duit RM1 Hingga RM200 Hanya Jawab Survey Vase
terima kasih Bro Elih.
in shaa Allah…akan diceritakan dalam blog nanti
Tahniah. Semoga dipermudahkan semua urusannya..
terima kasih dan alhamdulillah
Wah selamat pak, semoga sukses selalu.
Dari penulis blog menjadi penulis di surat kabar, hebat.
tak juga hebat…
itu semua rezeki dari Allah
Tahniah…
terima kasih..
Alhamdulillah. Tahniah tuan. Semoga lebih banyak artikel hasil garapan tuan diterbitkan pada masa akan datang. InsyaAllah. Amin.
aamiin…
harapan memang begitu hendaknya
terima kasih atas sokongan
Tahniah bos, dpt job baru. Langkah awal menjadi wartawan dan journalist pula nnti hehe
encikhafiz.my recently posted…Prosedur Perkahwinan Negeri Selangor 2019
terima kasih bto…
but blogger still best tau !
wah tahniah tuan =)
alhamdulillah..
terima kasih
tahniah.. semoga terus sukses ye
aamiin dab terima kasih semua..
tahniah atas pencapaian…
terima kasih bro…
best eh.. Partime jak ka?
aok
parttime jak.
sebab kmk masih suka kerja yang dipolah kinek tok
Alhamdulillah, tahniah tuan.. menarik ni. Semoga mencurah2 idea menulis berkongsi inspirasi kpd pembaca dan terus maju bersama Suara Sarawak… aamiin. Salam sukses buat tuan!
alhamdulillah..
rezeki semua ini dari Allah tuan.
saya hanya berusaha dan buat yang terbaik
Tahniah, all the best!!
terima kasih tuan..
aamiin
alamak… td tu nama sya bkn nurfarahin… hehehe
silap lak
ye ke..
tak pe.
boleh diperbetulkan
wahhhh… tahniah, moga terus suskse ya…
hahhaha…
pakai nama baru
terima kasih semua