Penantian untuk permohonan SBP Tingkatan 1 sudah terjawab

permohonan SBP Tingkatan 1

Permohonan SBP tingkatan 1 sudah diketahui bermula 1 Mac  hingga 18 Mac 2024. Sudah tentu ramai ibu bapa tertunggu-tunggi dan kini boleh menarik nafas lega.

Boleh semak keputusan di https://spskt1.moe.gov.my/

Alhamdulillah…dengan penuh rasa syukur kepada Allah SWT, anak bongsu saya berjaya ditempatkan di Sekolah Menengah Sains Kuching (SAINSKU) antara tiga sekolah berasrama penuh (SBP) aliran sains di Sarawak.

Permohonan SBP Tingkatan 1

permohonan SBP Tingkatan 1

Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA) dan Sekolah Menengah Sains Miri

Anak bongsu saya ada memohon tiga buah sekolah yang lainnya tetapi tidak berjaya, iaitu Tunaz dan Kolej Sarawak manakala MRSM pula sebagai calon simpanan sahaja.

WAJIB BACA :   Admin Group WhatsApp Boleh Ditangkap

Kejayaan menempatkan diri di SBP suatu rezeki besar.

permohonan SBP Tingkatan 1

Mana tidaknya daripada 124,237 calon yang memohon hanya 9,650 akan ditawarkan ke SBP aliran sains dan 9,368 pula SBP aliran agama.

Itu baru persaingan untuk ke sekolah dan belum lagi ke universiti.

Bagaimana pula dengan alam pekerjaan?

Lagilah sengit dan mencabar.

Hanya rezeki dan usaha sahaja yang membezakan kejayaan dan kesudahan hidup mereka.

Doakan kejayaan anak-anak kita dalam mendepani cabaran yang mendatang.

Comments 16

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge