Kes Studi 2 : Mencari Niche Blog

Saya tengah bersembang di restoren dengan kawan.Pada masa itu timbul idea untuk mencari niche blog.Dia kata kalau nak tulis blog perlu ada niche.

Saya tanya balik.”Niche itu apa?”

Perbualan kami terhenti seketika.Kami membisu seribu bahasa.Tiba-tiba pelayan restoren yang cantik dan manis melintas kami dua.Kami buat tak endah.Dia pula tak kisah.

Akhirnya dia bersuara.”Niche seperti pigeon hall.Banyak lubang seperti peti surat.”

mencari niche blog

Saya mengganguk kepala.Saya angguk kepala bukan tanda faham tetapi blurr.

Selang beberapa waktu kemudian,barulah saya faham bahawa niche ditafsirkan sebagai spesifik topik.Misalnya topik mencari duit online maka itulah sahaja ceritanya.Dari sekecil-kecilnya isu sehinggalah kepada sebesar-besarnya perkara.

WAJIB BACA :   Laptop Uzur Buat Hal Lagi

Kelebihan blog yang ada niche ialah pembaca senang nak dapat apa yang mereka nak tahu.Mungkin solusi masalah.Mungkin juga nak hiburan.Itu terpulang kepada mereka sendiri.

Akhir kata.

Boleh tak pembaca bagi pandangan,niche apa yang sesuai untuk blog mrhanafi.com ?

Sekian sahaja.

Salam hormat

–mrhanafi–

 

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

4.Sebarkan konten ini

24 thoughts on “Kes Studi 2 : Mencari Niche Blog”

  1. Cuba bukak statistik trafik. Lihat indikator seperti
    – keyword apa paling banyak masuk dalam blog ni?
    – Posting apa yang paling banyak klik dan view
    – Jika blog ni buat sale, produk apa yang paling banyak menyumbangkan sale
    – Kemudian, topik apa yang selesa ditulis? (memandangkan blog ni guna nama sendiri, penting juga untuk tulis something yang kita selesa dan banyak ilmu. ia sama ada akan menaikkan nama sendiri atau menjatuhkan nama sendiri jika topik tidak dipilih dengan baik)

    seterusnya, akan jumpalah beberapa topik atau niche yang sesuai.

    Balas
  2. Hm.. saya baca blog ni bro banyak nak buat pasal cari duit online.. mungkin itu niche sesuai kot..
    tapi elok pakai domain yang ada kaitan

    Balas
  3. Ikut keghairahan menulis ke arah mana, kemudian fokus ke arah tu. Bila konten dah ke satu arah (niche), lama-lama akan jadi kekal kepada niche tersebut.

    Sekadar pandangan

    Balas
    • saya susah nak terarah kepada satu perkara..

      dari segi senangnya nmenulis artikel adalah berbentuk cerita ringan yang berlaku dengan kehidupan kita sendiri

      Balas
  4. Mungkin boleh ke arah motivasi atau buat duit online.. atau tengok entri2 mana yg selalu mendapat kunjungan dan fokus sebahagian penulisan sekitar itu… sekadar berkongsi 🙂

    Balas
  5. GV suka kalau Mr Hanafi fokus kepada berita2x motivasi atau cerita2x teladan yang boleh memberikan kita tersenyum bila membacanya. hihi. Okey tak Mr Hanafi ? 😀

    Balas
    • ok juga..

      saya sebenarnya nak tulis cerita yang kreatif..

      cuma penulisan begini memang mencabar..

      cerita motivasi boleh dipertimbangkan..

      apapaun terima kasih bro GV

      Balas
  6. duluuu saya sempat menulis blog dengan niche campur campur. kebanyakan curhat 😄. tapi itu tak saya buka utk public, private saja. baru lah kemudian terpikir nak buat Niche traveling dan kuliner, sampai skr. rasanya memang hanya Niche ini yg cocok utk saya.

    pernah sekali ada blog review buku. tapi memang saya tak pandai mereview buku 🤣. yg ada spoiler pula hahahah. dah hilang pun blog nya.

    Balas

Leave a Comment

Entri Popular

Komen Terkini