Seawal pagi saya dan anak bongsu sudah bergerak dari Kota Samarahan ke pusat ujian kelayakan kemasukan di sekolah Tunaz.
Tunaz ialah SMK Agama Tun Ahmad Zaidi yang berada di Jalan Sultan Tengah.
Sekolah ini merupakan sekolah kluster agama yang menjadi buruan ramai ibu bapa.
Syukur juga kerana ada kesedaran ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang berpaksikan agama.
Berbalik saya kepada cerita kejadian pada 20 Januari 2024.
Pada mulanya anak tidak mahu ujian tetapi saya jelaskan inilah satu cara dapat pengalaman untuk berada di sekolah lain.
Dalam masa yang sama, saya katakan padanya bahawa ujian ke Tunaz sebagai underdog.
Bukan satu tekanan dan bukan juga desakan.
Walaupun saya tahu persaingan sangat sengit dan rata-rata ialah murid dari sekolah rendah agama dan madrasah.
Kalau lulus bersyukur dan kalau gagal tidak apa kerana sudah mencuba.
Sekitar jam 11 pagi, mereka habis ujian.
Seperti kebiasaan saya akan tanya anak begaimana prestasi menjawab ujian.
Katanya ujian Sains dan Matematik sangat mudah tetapi ujian bahasa Arab agak susah.
Dari situ saya sudah jangka bahawa kemampuannya dalam aliran agama tidak setanding kakaknya sudah lepas sekolah agama dulu.
Sekiranya anak saya lulus ujian Tunaz nanti, dia akan menjalani ujian saringan kedua dalam Tilawah pula.
Berdasarkan info yang saya dapat, Tunaz hanya akan ambil 180 orang pelajar sahaja.
Sedangkan calon yang menduduki ujian pada hari ini sekitar 900 orang seluruh Sarawak.
Moga kita doakan kejayaan yang baik-baik buat mereka semua.
Aamiin.
Ada rezeki insya Allah dapat.
Ya betul tu ..
In Shaa Allah
Sekarang ni musim ujian/IV utk anak² ke Form 1 sekolah² terpilih… Semoga ada rezeki utk anak tuan 🤲
Aamiin…terima kasih atas doanya..
Memang tidak dinafikan….nak masuk sekolah pun bersaing hehhehe
Anak bongsu tu…. yaaaaannnggggg…. Pakai jam tu kan?
wah…pandai la uncle meneka jawapan betul
semoga Allah hantarkan tempat yang terbaik untukmu dik.. ameeeeennn
Aamiin dan terima kasih atas doanya
Semoga ada rezeki untuk anak tuan.
Tapi SBP sudah dalam tangan, jadi ada kelegaan di situ.
In shaa Allah..
tapi mahu ada pilihan yang banyak juga
terima kasih atas rezekinya
Insya allah boleh tu
Kalau mudah tentu 900 orang tu dapat masuk semua
All the best utk si bongsu anak ayah, kan? hahaha
betul…tujuan ujian untuk menapis kepada pelajar yang betul-betul layak sahaja.
terima kasih atas sokongan moral
Semoga sukses. InsyaAllah dapat dengan izinNya.
Perkembangan terkini….dia tidak berjaya dan saya pun reda kerana sudah berusaha dan bukan rezeki
Alhamdulillah bt anak2 bakal pemimpin
In shaa Allah…mereka generasi akan datang dan menjadi pemimpin masa depan
Nang rami calon tahun tok… anak kmk ria lepas saringan 2 dan berjaya dpt offer tp nya awal madah nya nk masuk kolej.. ikut jak katanya… semoga ada rezeki si bongsu ktk ke tunaz… kmk rasa thn tok calon makin rami sbb sidak dari mattary & sriti pun ada mohon sia juak
Embiak bila ada pilihan…akan berubah pendirian sidak
Oak..ramai tahun tok…sidak mok ambil 180 orang pelajar
calon jak 989 orang