3 blog pilihan untuk Januari 2024

Bulan Januari berbaki lebih seminggu lagi untuk berakhir dan akan menyusul bulan Februari.

Bagaimana dengan azam rakan-rakan semua ?

Sendiri tahu dan sendiri jawaplah ya.

Dalam tahun ini saya akan buat content khas untuk blog dan blogger.

Ia dinamakan blog pilihan untuk bulan tersebut.

Saya bagi dua penilaian tentang kekuatan dan satu lagi kelemahan secara peribadi dan secara jujur.

Mohon maaf jika terasa hati dan saya berusaha untuk memberi maklum balas secara membina dan positif.

Jom kita lihat blog yang menjadi pilihan untuk bulan Januari 2024

1 https://me-soul-searching.blogspot.com/

Kekuatan blog ini kerana bloggernya suka blogwalking dan memberi komen dalam blog dilawatinya.

WAJIB BACA :   Secebis Kisah Sedih Di Pagi Hari Raya Aidiladha 2018

Bahasa yang digunakan cukup mudah dan sangat ringkas.

Namun kelemahannya belum ada iklan adsense.

Tiada iklan pun tiada masalah cuma tiada pendapatan dari situ sahaja.

2.https://blogbeginsatforty.blogspot.com/

Dua perkara menarik dengan blog uncle ialah gambar selfie setiap hari dan caption yang ringkas.

Rasanya tidak ramai yang sanggup berbuat demikian kerana kekangan masa serta idea.

Kelemahan pula dengan template yang klasik yang kurang menyengat.

Secara peribadi lebih molek jika blog uncle ditampilkan dengan template yang lebih modern dan mobile friendly.

Mungkin dalam masa yang sama sesuai juga cita rasa uncle sebagai golongan otai.

 

 

3.https://aniesandyou.blogspot.com/

Siapa yang tidak kenal dengan blogger yang suka travel dan jalan-jalan ini.

WAJIB BACA :   Lelaki Kiriman Tuhan sebagai tagline blog

Kekuatan blog ini kerana penulisan yang tidak skema dan menggunakan bahasa orang muda.

Bukan itu sahaja, kontennya banyak gambar dan suka membiarkan gambar berbicara.

Walaupun begitu ada satu kelemahan blog ini iaitu tiada perkara yang boleh saya komplen hahahaha

Kesimpulan

Itulah blog yang saya senaraikan untuk bulan Januari 2024.

Kita tunggu bulan Februari pulak.

Siapa yang menjadi mangsa seterusnya hehehe.

Comments 37

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge