Tercapai hajat berselawat 20K sehari

Selama beberapa hari yang lepas saya mencuba untuk capai sasaran berselawat 20k sehari. Kebiasaannya hanya dapat 10K hingga 15K setiap hari.

Alhamdullillah pada hari ini bersamaan 22 Januari 2024 dengan izin dan taufik serta hidayah daripada Allah SWT saya berjaya capai 20K selawat.

Ini merupakan rekod bacaan selawat peribadi yang terbanyak setakat ini dalam masa sehari.

Mungkin ada tertanya-tanya bagaimana saya mencapainya ?

Apakah bacaan selawat yang saya lazimi sehingga mampu sebanyak itu ?

Biar saya jelaskan.

Mana tahu ada yang ingin mencuba dan mengikuti jejak langkah berselawat setiap hari.

Sasaran berselawat 20K sehari bukan mudah sebenarnya.

Cabaran utama ialah perasaan bosan dan sibuk dengan hal-hal lainnya.

WAJIB BACA :   Siapa Julia Perez Yang Sebenarnya

Dalam mencapai sasaran selawat 20K sehari  bahagikan masa kepada lima bahagian mengikut lima waktu solat.

Ketika waktu Maghrib dan Isyak usahakan untuk capai 8K selawat sehingga Subuh.

Waktu Subuh sehingga Zuhur jumlah selawat hendak mencapai 12K.

Daripada waktu Zuhur sehingga Asar selawat tersebut hendaklah sudah cecah 16K.

Manakala waktu Asar sehingga masuk waktu Maghrib jumlah selawat hendaklah genap 20k.

Dengan genap lima waktu maka cukup 20K selawat pada hari tersebut.

Cara berselawat boleh saja sambil buat kerja harian dan paling bagus baca seusai mengerjakan solat.

Cara tersebut lebih khusyuk dan fokus.

Yang pasti tak ramai yang sanggup berbuat demikian kerana banyak bisikan halus untuk segera berhenti.

WAJIB BACA :   Kisah Affin Kenyalang dan cerita cermin mata

Betul tak ?

Bacaan selawat yang saya lazimi memang ringkas dan pendek saja iaitu Selawat Jibril | صلوات جبريل

 

Kesimpulan

Ramai yang saran untuk baca selawat dalam angka 1000 setiap hari walaupun tiada hadis menyatakan jumlah sedemikian.

Tapi berselawat lagi banyak lagi bagus.

Cuma cabaran saya dan mungkin juga kita semua untuk kekal istiqamah hingga akhir hayat.

Wallahualam.

39 thoughts on “Tercapai hajat berselawat 20K sehari”

  1. Allahuakbar…tahniah en hanafi…Linda juga masih bertatih nak memperbanyakkan dan melazimi selawat…doakan mudahan berjaya…aamin

    Reply
  2. Ammi juga amalkan selawat jibril setiap hari. Kami ada kumpulan mengaji yg niatkan selawat jibril ini buat Rasullullulah dan para syuhada di bumi Palestin. Setiap minggu ktia kumpulkan jumlah selawat para ahli kumpulan.

    Targetnya 70k selawat seminggu.

    Ammi sendiri nak dapatkan 1000 selawat yg pendek ni pun susah sbb bila telinga dah dicucuk earphone hmmmm..terus hanyut

    Reply
    • Itu perkara biasa Ammi.

      sebab itu ada yang buat secara berjemaah agar kekal motivasi

      Misalnya bacaan Yasn malam Jumaat di masjid…kalau tidak ramai yang hanyut oleh godaan makhluk syaitan

      Reply
    • Terima kasih dan saya doakan Fiza juga dapat melakukan apa-apa amalan sebagai bekal untuk ke sana.

      dunia sekarang banyak sangat dugaan dan cabaran

      Reply
    • Betul uncle…memang senang kalau guna digital

      kalau jenis yang lama kita tidak pasti berapa jumlah kalau kiraan yang sangat banyak

      Reply
  3. kemarin itu saya sempat capai target, tapi di saat itu saya memang lagi ada masalah sedikit, dan Krn itu betul2 mohon pada Allah utk dimudahkan segalanya. termasuk dengan zikir banyak.

    tapi setelah hajat berhasil dicapai, zikir selanjutnya tak capai target 😔. memang yaaa, terkadang kita tuh ingat tuhan, tapi di saat susah . setelah itu, langsung agak malas2an untuk trus konsisten berzikir, ngaji dll.

    itu yg saya nak coba ubah di tahun ini.

    Reply
    • Batul tu Fan.

      zikir, solat dan ngaji buat secara ikhlas tanpa harap apa-apa pujian manusia atau ganjaran daripada Allah..

      dengan cara itu kita lebih istiqamah dan jujur pada diri sendiri.

      soal hasilnya biar Allah SWT yang tentukan

      Reply
  4. Bagusnya, ada bahagi-bahagikan mengikut setiap waktu solat. Itulah yang sebaik-baiknya. Rancangan hidup based on waktu solat. Saya setuju, part yang bisikan halus lepas solat tu. Memang kuat betul dugaan, dunia, dunia… huuu… special tasbih digital Encik Hanafi, sampai 5 angka. Saya punya old fashion sikit, masih jenis tekan tekan di bahagian atas, dan 4 digit je. 🙂

    Reply
    • terima kasih..

      mungkin lepas ini saya nak buat review tasbih pulak

      supaya semangat orang nak berzikir atau berselawat semakin subur

      Reply
  5. Alhamdulillah…
    bukan senang tu
    saya nak buat 1000 tu pun
    kena ujian menguap
    dah surrendeer
    adehhh lemah betul imannya

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge