Kewajipan membayar hutang

Hari ini saya pergi awal ke masjid untuk menunaikan solat Fardu Jumaat.

Pertama nak cari tempat letak kereta yang mudah.

Kedua nak dapat pahala yang lebih berbanding datang lambat.

Alhamdulillah.

Dua perkara tersebut dapat saya laksanakan. dengan taufik dan hidayah Allah.

Topik Khutbah Jumaat kali berkisar kepada kewajipan membayar hutang.

Berhutang jika dalam keadaan berkeperluan.

Berhutang bukan kerana menuntut nafsu.

Roh orang yang berhutang akan tergantung selagi waris atau hutang belum dilunasi.

Sebab itu jika berhutang, niatkan untuk membayar.

Sebaik-baiknya kawal perbelanjaan agar tahap kewangan kita tidak terjerumus ke zon untuk berhutang.

Begitulah pesanan khatib semasa khutbah Jumaat pada 19 Januari 2024.

WAJIB BACA :   Mengapa Saya Peluk Agama Islam ?

8 thoughts on “Kewajipan membayar hutang”

  1. ukur baju di badan sendiri
    kalau tak mampu, usahakan
    sampai dapat
    bukan buat hutang

    yg berhutang, sila jgn buat-buat tak faham tak nampak
    jgn nnt dah meninggal, meninggalkan beban kpd waris
    utk langsaikan hutang tertunggak
    tak takut seksaan kubur ke?

    Reply
  2. Krn itu, jangan sampai lah meninggal di saat masih ada hutang yaa. kalo pun ada membuat hutang, better bagi tahu juga spouse, at least kalo ada apa2, dia bisa tahu dan ikut melunaskan.

    takuuut masalah hutang piutang ini. makanya sebisa mungkin saya selalu coba ingat, ada tak di masa lalu yg saya meminjam tp lupa bayar. terkadang kalo ingat, langsung nak kontak temen yg dimaksud.

    Reply
    • Hutang adalah permsalahan sejagat.

      ada hutang yang bagus dan tidak bagus.

      tapi sebaiknya hutang mesti dibayar walau susah dan payah sekalipun

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge