Memandu seorang diri jam 1 pagi

Ini kisah benar dan tidaklah begitu seram sebenarnya. Saya memandu seorang diri ke lapangan terbang untuk menjemput isteri yang balik dari Kuala Lumpur jam 2.30 pagi.

Keadaan jalan raya sunyi-sepi.

Hanya sekali-sekala kereta yang melimpasi saya.

Saya memandu perlahan.

Orang lain memandu sangat laju.

Saya memandu perlahan kerana mata tidak begitu terang.

Alhamdulillah…saya selamat sampai ke lapangan terbang jam 2.11 pagi.

Suasana di lapangan terbang meriah tetapi tidaklah sibuk

Seolah-olah malam itu tidak perlu buat mereka.

Namun kami semua ada tujuan tersendiri.

Bukan saja-saja untuk bersengkang mata.

Dari kejauhan saya ternampak seorang pekerja pembersihan bersungguh-sungguh buat kerja.

WAJIB BACA :   Kerja Sambilan Di Rumah 2017 Versi Kemaskini

Ya. dia seorang gadis muda mungkin sebaya dengan anak saya yang kedua..

Cantik dan berbeza sungguh dengan rakan pekerja yang lain.

Dalam hati berbisik sesuatu…hidup ini keras dan bekerjalah dengan apa-apapun janji halal.

Mungkin ramai dalam keheningan dinihari begitu, masih lena diulit intan atau segelintir resah gelisah menanti hari siang.

Sebab siangnya banyak kerja menanti.

16 thoughts on “Memandu seorang diri jam 1 pagi”

    • aok…sebab mok ambik tiket yg murah

      lagipun awal tahun…memang demand tinggi

      setakat drive jarak dekat boleh lawan gik rasa mengabtuk mun ada

      Reply
  1. Tak mengantuk pula ya masa drive tu?

    Saya penah drive jam 4.00AM dari KL balik ke kampung lepas dapat berita ayah saya meninggal jam 3.30AM. masa tu bulan puasa. Jalan memang sunyi tapi disebabkan ada lampu jalan so saya taklah rasa takut sangat. 5.00AM berhenti kat R&R utk bersahur dan solat subuh. 7.30AM sampai kg. sampai lambat sebab kereta saya kena langgar…

    Reply
    • Masa memandu tidak la rasa mengantuk pulak…sebab dah tidur dulu

      kesian juga saya dengar kisah Anies…tapi benda ni sudah berlalu

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge