Betul ke jiwa tenang itu mahal ? Tepuk dada tanya diri sendiri.Tidak semua manusia dikurniakan jiwa dan hati yang tenang.
Ramai yang alami jiwa yang sebaliknya.
Banyak sebab dan punca kepada jiwa yang bergelora.
Mungkin kerana bencana alam seperti yang berlaku di Jepun.
Ada gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter di Semenanjung Noto dalam wilayah Ishikawa pada 1 Januari 2024.
Berita tempatan pula ada melaporkan dua saspek melepaskan tembakan jarak dekat menyebabkan kecederaan tiga orang lelaki di sebuah kedai kopi bandar Sibu Sarawak pada 1 Januari 2024.
Dua kejadian ini boleh menyebabkan jiwa orang lain tidak tenang jika berada di tempat mereka.
Sekarang dapat bayangkan tak bahawa jiwa tenang itu mahal harganya.
Hanya orang yang terpilih dan berusaha ke arah itu mendapat nikmat jiwa tenang begini.
Antara usaha yang boleh dilakukan tentulah mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan berzikir, beristighfar, berselawat dan membaca al-Quran serta solat.
Moga kita semua beroleh jiwa yang tenang.
Inshaa Allah.
Jiiwa susah nak tenteram boleh kata sekarang ni kes bunuh makin banyak terjadi..
jiwa jadi kacau bila kita dgr berita yg tak sedap di hati ..
puncanya kerana kita banyak sangat terdedah dengan media sosial
kurang inshaa Allah situasi akan jadi lebih baik
btul tu…jiwa yg tenang mmg mahal…kalo keje pn nk tenang2 je..stres2 kan tk tenang jiwa susah juga
mamatisya recently posted…wordless wednesday #598
sebab itulah berusaha untuk jadi orang yang tenang selalu
setuju banget! semakin dewasa semakin sulit untuk menenangkan jiwa karena terlalu banyak masalah 🙁
itulah lumrah kehidupan
tiada masalah maka tiada kehidupan
caranya bertabah dan sabar selalu
betul tu.. jiwa tenang sangat mahal… sekarang belajar untuk sentiasa tenang walaupun dikelilingi oleh suasana bising, hiruk pikuk dan pekik lolong anak2.. 😀
perlu latihan dan kuasai fikiran
hati minta dengan Allah untuk sentiasa tenang
real. to get a peace of mind is never easy. semoga sentiasa diberikan ketenangan jiwa pada tahun ini, untuk sentiasa redha dan percaya kepada kehendakNya. aamiin.
Aamiin dan mudahn kita semua beroleh ketenangan jiwa dan hati dalkam tahun mendatang
Saya teringat komen kat aps X smlm. Ada someone komen yg dia nak bunuh diri. Dah beberapa kali percubaan bunuh diri dia buat tp tak menjadi. Puncanya dia dibuang kerja dan skrg memikul byk komitmen. Dia ckp dia dah solat berdoa dan mcm2 lagi. Dia minta bantuan rakan2 kat X.
Sy faham perasaan dia tu sbb sy jg pernah lalui. Tapi tak laa smpi nak bunuh diri. Ketenteraman jiwa amat perlu dalam hal ni. Jgn mudah ikut kata hati. Slowly keluar seketika daripada masalah yg dihadapi. Dan pada sama, jgn pendamkan perasaan. Minta bantuan keluarga, rakan or orang ramai.
Hidup ini penuh dengan ujian..sesiapa yang sabar dan tabah menghadapinya akan dapat ganjaran pahala yang besar
memang susah mendapatkan jiwa yg tenang. apalagi kalau hidup dalam wilayah yang tak aman, atau bisa jadi Krn dia sendiri yg tak nak mendekatkan diri kepada Tuhan. terkadang juga orang yg tak suka bersyukur dengan nikmat, selalu merasa kurang, iri dengan sukses orang lain, jiwanya pun jadi tak tenang.
jadi memang penting untuk selalu mendekatkan diri pada Allah.
jadi setujulah kan…jiwa yang tenang itu mahal
Moga kita kita semua beroleh ketenangan fikiran dan perasaan