Selamat datang 2024

Selamat datang tahun 2024 dan selamat tinggal tahun 2023.

Bak kata Ustaz yang saya hadiri kuliah maghrib semalam, berdamailah dengan takdir yang sudah berlalu setahun lalu.

Pesannya lagi, sambutlah tahun baharu ini cara sederhana.

Pada tahun 2024 inilah masa kita mengorak langkah semula dan mengatur kembali perancangan.

Saya sudah menggariskan lima azam utama.

1.Keimanan
2.Kebahagiaan
3.Kewangan
4.Kecergasan
5.Kerjaya

Dalam pada itu saya cuba untuk melakukan pencapaian peribadi dengan mensasar 1 juta selawat dalam setahun.

Lagi cepat lagi molek.

Saya perlu baca 2,379 selawat untuk 365 hari.

Jika saya baca selawat 10 ribu sehari cuma perlukan 100 hari sahaja.

WAJIB BACA :   Tujuan Nikah Yang Wajib Kena Tahu

Itulah azam tambahan tahun ini.

Inshaa Allah.

Selamat tahun baharu 2024.

26 thoughts on “Selamat datang 2024”

  1. Selamat Tahun Baru tuan!
    Tahniah atas azam utk capai sejuta selawat. Semoga segala azam dapat dipenuhi 🤲

    Reply
  2. saya baca beberapa Azam Abang, memang jadi terikut nak buat. contoh macam zikir , saya masih usaha utk trus lakukan. dan tahajud. pelan2, saya coba seminggu 2x utk tahajud, nanti kalo dah rutin saya naikkan jadi 3x. harap2 nantinya bisa setiap hari.

    pelan2 pengen juga seperti Abang yg jumlah nominalnya bisa besar.

    Reply
    • Alhamdulillah dan sekali lagi saya tidak sangka perkongsian begini boleh beri inspirasi kepada orang lain..

      saya doakan Fanny berjaya dan istiqamah untuk berbuat demikian..

      tidak mudah dan anggap ia satu cabaran untuk ditempuhi

      Reply
    • Selamat tahun baharu juak dengam ktk Kakmin….kmk tua gik hehehe

      Moga tahun baharu 2024 cipta banyak kejayaan yang hebat dan mantap

      Reply
  3. Azam saya buat 100 kali istighfar setiap kali lepas solat fardhu. Alhamdulillah anak-anak pun start baca sama sebab saya beritahu diorang pasal kelebihan istighfar ni, tapi macam biasa tetaplah ada masa yang tersasar juga. Semoga Allah ampunkan dosa2 saya yang dulu dan in shaa Allah saya nak jadi lebih baik..doakan saya ya 🙂

    Reply
    • Alhamdulillah…saya suka dengar orang mahu beristighfar dan moga konsisten samppai bila-bila

      semua kawan blogger saya doakan dalam kebaikan

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge