Team kami sudah berada di booth Suara Sarawak selama dua hari sempena Pameran Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019.Memang jujur dikatakan mencabar hati,perasaan dan minda.
Biasalah orang yang sudah bekerja di belakang tabir, kena pula berada di barisan hadapan.Mau tak gelabah dibuatnya.
Saya dan team Suara Sarawak memang beruntung.Begitu juga dengan 39 booth pelbagai agensi kerajaan yang lain.Kami berada dalam khemah yang berhawa dingin.
Sungguhpun begitu saya tetap merasai cabaran berada di booth pameran.
Bunyi bising yang hiruk pikuk.Muzik yang bertali arus tanpa henti.Suara DJ yang terngiang ngiang di telinga.
Kelibat pengunjung yang datang tanpa henti walaupun tak semua singgah di booth kami, memang terasa sibuk juga.
Letih melayan karenah pelbagai ragam manusia.Teruja melihat manusa berbondong-bondong dengan pelbagai gaya dan rupa.
Dari semua peringkat umur.Ada muda dan tua.Sebaya dan sebagainya.
Melihat keadaan ini saya mula sedar betapa payah dan mencabar kepada mereka mencari rezeki menggunakan khemah di kawasan terbuka.
Panas bahang matahari adalah keperitan buat mereka.
Sejuk tempiasan hujan adalah kebiasaan buat mereka.
Semua ini demi mencari rezeki agar mulut yang terbuka ini dapat merasai nikmat sesuap nasi.
Dalam perjalanan hidup saya, berada di booth pameran bukan sesuatu yang baharu.
Saya pernah berbisnes menggunakan kaedah klasik ini.Biarpun bukan yang terbaik tetapi hasilnya lebih baik daripada tiada berbuat apa-apa.
Sekurang-kurangnya apabila berada di booth orang sedar kewujudan jenama kita secara nyata.
Soal membeli atau tidak bukan keutamaan kerana objektif asal kewujudan booth pameran adalah untuk menghebahkan jenama kita kepada orang ramai.
Lagi ramai yang tahu, maka lagi bagus untuk jenama dan bisnes itu sendiri.Ada kesan segera dan kesan jangka panjang yang bakal dinikmati suatu ketika nanti.
p/s: Kepada mereka yang masih belum berkunjung ke booth 24 Suara Sarawak jomlah singgah biarpun sekali.Kunjungan anda amat kami nantikan dengan rasa berbesar hati dan penghargaan yang tinggi.
p/s/s : Jom like Suara Sarawak
orang sarawak ka?
aok la..
benar ya
Semoga mendapat sambutan yang baik untuk pameran kali ni. InsyaAllah. Amin.
in shaa Allah…
usaha tangga kejayaan
mmg mencabar kalau jaga booth nih, kalua ramai yg singgah rasa seronok lah tp bila dh takde org singgah tp kene juga tunggu situ, rasa mcm alahai lamanya n bosan heheheh
tau tak pe.
dah nama kerja..
terpaksa mahu atau tidak hehehe
Pernah buka booth, perasaannya berbeza, gembiranya berbeza lagi dapat kawan2 yang berniaga yang sporting
Semoga dipermudahkan urusan!
Ani Haryani recently posted…Stim Ikan Siakap
ya betul tu.
alhamdulillah.
memang begitulah perasaan saya dekat situ
Di sine booth ya berlangsung?
Nursafiena recently posted…Kisah satu malam Part I
kawasan waterfont..
dekat dengan jambatan darul hana
Oh, patutla semua ayat artikel best je, rupanya kerja kat bahagian penulisan ye..
Zarini recently posted…Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Ke-23 Dilancar bagi Pencarian Chef Muda Berbakat
hahahaha..
tak delah..
saya baru je dapat kerja nie..
kerja part time je
wah bertambah hansem admin tu
hihihi
hahahaha…
yelah tu
hakikatnya tidak begitu
pengalaman berniaga warung makanan pada konvo UM 26 thn lps tetap terpahat dalam kenangan…
alhamdulillah..itu kenangan terindah
aok.. semoga berbaloi hasil pengorbanan
in shaa Allah.
memang betul tu
tahniah dapat buka booth, satu pelaburan besar juga tu. masa dan duit. apapun semoga jenama tuan menjadi terkenal suatu hari nanti.
hahahaha…
ini bukan jenama saya.
ini adalah jenama syarikat korporat
Selamat bertugas…
yep..
terima kasih
semoga terus sukses Suara Sarawak.
di zaman internet ni, cabaran tinggi nak ajak orang ramai baca suratkhabar fizikal..
ya..
cabaran paling utama ialah anak-anak muda
orang otai..memang akan memilih suratkhabar sebagai bahan bacaan
Menarik ni.. klu dekat mmg pasti akan singgah. Teringin juga nak ke Sarawak juga nanti.
jom la datang ke Sarawak tuan..
cuti-cuti Malaysia begitu
bila dah kena keje kt booth ni 1 je yg kena tahan. kaki lenguh…
betul tu.
kena tahan dengan kebosanan jika tak suka berada dikhayalak ramai