Mencari cinta sejati rupanya bukan mudah.Cinta sejati dalam perkongsian ini merujuk kepada teman perkongsian hidup yakni cinta sesama mahluk.
Ya benar ada cinta yang lebih agung yakni cinta kepada Allah SWT.
Cinta bukan untuk orang muda semata-mata.Cinta juga bukan permainan anak-anak remaja.Cinta adalah penyatuan dua hati untuk saling menyayangi tanpa syarat.Tanpa melihat harta benda dan paras rupa.
Mencari cinta sejati adalah seperti lagu Cakra Khan.
Sejujurnya admin sebak menghayati lagu ini.
Suka dan teruja biarpun tidak sehensem penyanyi tersebut.
Tatkala kini admin rasa sepi dan keseorangan.
Bukan sepi kerana tiada kawan-kawan
Bukan keseorangan kerana hidup menyendiri.
Tetapi kehilangan cinta dari seseorang.
Orang yang pernah kita sayang beralih rasa.
Orang yang pernah kita cinta berubah hati.
Salah siapa?
Tiada salah sesiapa kerana admin tahu belum terjumpa cinta sejati.
Jika ada cinta sejati mana mungkin sanggup berpisah biarpun sejuta halangan dan sejuta rintangan dihadapan.
Admin redha dan terus berusaha mencari cinta sejati…
InsyaaAllah jodoh sudah ditentukan ya, tinggal ikhtiar mencarinya
yalahkan..tengah mencari lagi la nie
hahahaha..
sebetulnya saya memang suka lagu Indonesia.
lirik dan lagunya bisa menyentuh kalbu
In shaa Allah, akan bertemu yg lebih baik…
aamiin..
terima kasih tuan
Cinta sejati sesama makhluk Allah pastikan jumpa, sekarang masih sama-sama saling mencari
pepatah Indonesia mengatakan “kalau jodoh tak kan kemana, asam di gunung garam di laut bertemu dalam belanga”
Pepatah itu pun popular di Malaysia..
thank give some feedback
La Tahzan. Dont be sad. Its ok… You are lucky. Tuhan sedang beri masa dan ruang untuk kalian yang kehilangan cinta manusia untuk merasa cinta Ilahi.
They plan…and Allah plans surely Allah is the best of planners.Quran 8:30
ya..
betul.
sebaik-baiknya plan ialah plan yang buat untuk kita Allah SWT
In shaa Allah
Cinta anugerah ilahi. Tidak wajar diketepikan. Namun sebagai hamba Allah, cinta hakiki wajar diutamakan.
ya..betul tu.
cinta hakiki wajar untuk diutamakan
Dimatamu sufian suhaimi pernah gagal juga bro….tapi surat cinta untuk starla virgoun belum sampai lagi suratnya dekat peti surat aisyah projector band bro… 😀
p/s: Pasti perit dan sukar apabila kita kehilangan orang yang kita sayang…tapi mintak sangat2 dijauhkan daripada kita kehilangan petunjuk dan rahmat dari-NYA….In sha allah bro pasti boleh…cuma sedikit masa diperlukan utk mencari cinta sejati dunia dan akhirat….ameen
aamiin..
terima kasih atas doa dan sokongan..
boleh dijadikan azimat untuk menguatkan hati
doa spesifik kemudian percaya yang doa itu pasti termakbul. insya Allah.
aamiin..
itulah yang sebaiknya
Hai Mr Hanafi. Lama dah tak singgah blog ni.
Kabare?
Tajuk entri ni catchy. Terasa rindu nak bermunajat malam ni.
Ngee
Farah Alina recently posted…Buat Duit Dengan Bisnes Online
Hai Farah..
Saya sihat sahaja.
Alhamdulillah.
terima kasih kerana memberi perhatian
Believe in God’s plans.. Apa yang kita rancang kan tak semestinya yang terbaik. Semoga jumpa la yang sejati itu 🙂
Wan Syahida recently posted…Buat Duit Dengan Mobile Spa Selepas SPM
aamiin dan terima kasih kerana bagi sokongan moral
in shaa Allah..
terima kasih bagi perhatian.
saya amat menghargainya
kesedihan itu betul betul terasa.
Bermadah sungguh..percaya dgn ketentuan dan perancangan yang maha Esa..
Elih Japahar recently posted…Jawatan Kosong Pembantu Operasi N11 Dan Pembantu Awam H11 – 219 Kekosongan
in shaa Allah.
saya amat percaya dengan Qadak dan Qadar Allah SWT
Saya pernah rasa jugak,kebanyakan orang ada pengalaman ini. Sabar je lah. Sampai masanya cinta tu akan datang juga.
in shaa Allah.
bawa bersabar
thanks for concern
Mama doakan yg baik2 buat mrhanafi ye
aamiin dan terima kasih atas perhatian
Cinta sejati adalah cinta kepada Pencipta dan RasulNya kan?Cinta yang perlu dicari
Noriza Rahman recently posted…Kenapa Teh Pahit ni Best Sangat!
moga kita dalam kekal rasa cinta kepada Allah dan Rasulnya..
aamiin
Assalamualaikum. Selamat pagi Sabtu. Ibu singgah blog walking. Semoga cuti huung minggu ini membawa keberkatan dalam diri tuan.
Kasih ilahi sejati dan kekal abadi
Ibu Zaid recently posted…Makan sedap di Shah Alam? Aduh laparnya! Ini 10 Tempat best lazat & bersih.
wsalam..
terima kasih sudi singgah
semoga kita semua mendapat keberkatan ..
aamiin..