Mengikis sisa-sisa Anxiety Disorder

Anxiety Disorder merupakan satu gejala yang dahsyat.

Hanya mereka yang  sudah mengalaminya faham dan tahu bahawa Anxiety Disorder bukan perkara yang boleh dipandang enteng atau sebelah mata.

Dalam bahasa tempatannya, Anxiety Disorder (AD) merujuk kepada kecelaruan keresahan.

Istilah saja dah buat pening kepala..

Bayangkan sahaja bagaimana corak fikiran yang kucar-kacir dan berserabut.

Aktiviti harian tidak dapat diurus dengan baik.

Bahkan solat, zikir, selawat, istighfar dan bacaan al-Quran dilakukan dengan fikiran melayang-layang atau terawang-awang.

Kosong tanpa kehadiran hati.

Tidak khusyuk atau tidak fokus

Bukan hanya fikiran terganggu tetapi perasaan cemas, takut dan resah akan bersilih ganti.

Semasa AD akan timbul keinginan untuk tidur tanpa bangun-bangun dan ketika bangun pula seolah-olah tidak mahu tidur buat selama-lamanya.

WAJIB BACA :   Fokus Boleh Dilatih Untuk Berjaya

Itulah dinamakan kecelaruan fikiran.

Kacau-bilau dan kelam-kabut.

Mengikis sisa-sisa Anxiety Disorder

Mengikis sisa-sisa Anxiety Disorder

Menurut portal Mayo Clinic,  punca AD tidak dapat dikenalpasti dengan jelas dan tepat.

Ia seolah-olah misteri yang belum terungkai dan tersingkap oleh para pengkaji mahupun pakar dalam bidang tersebut.

Sebelum ini juga Mrhanafi ada menulis tentang isu tersebut dalam artikel Pengalaman kena anxiety disorder….kisah benar dan pengakuan jujur

Artikel ini susulan dan perkembangan terbaharu AD yang mrhanafi alami .

Alhamdulilah AD yang mrhanafi alami semakin berkurangan.

Mudahan terus pulih dan sihat seperti sedia kala.

Jika dulu setiap hari terkena AD.

Kini jarang-jarang.

Dalam seminggu ada berlaku dua atau tiga kali serangan sahaja.

WAJIB BACA :   Rahsia menulis dengan baik

Ketika serangan AD mrhanafi akan cuba bertenang dan sedaya-upaya mengawal fikiran.

Mengikis sisa-sisa Anxiety Disorder

Pendedahan kepada media sosial dikurangkan.

Akses telefon cuba dijauhkan sekali-sekala.

Mrhanafi elakkan dari termenung dan duduk diam.

Mrhanafi aktifkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti memasak dan bersukan di gym.

Jika rasa mengantuk layan saja dengan tidur walaupun sebentar.

Dengan tidur sebentar akan hilang rasa cemas dan fikiran berkecamuk.

Selain itu Mrhanafi buat jadual peribadi agar aktiviti harian lebih tersusun dan terurus.

Mungkin lain orang maka lain cara untuk mengatasinya.

Yang penting Anxiety Disorder jangan dibiarkan melarat atau semakin kronik sehingga terpaksa jumpa pakar perubatan.

Pesan Mrhanafi, ingat Allah dan perbanyakkan doa kerana itu talian hayat yang afdal untuk mengatasi apa jua permasalahan dan persoalan hidup.

WAJIB BACA :   Kisah Cinta Berprofil Tinggi Penuh Misteri

Mrhanafi percaya usaha mengikis sisa-sisa Anxiety Disorder akan berjaya juga akhirnya nanti.

In shaa Allah.

Comments 12

  • Saya kenal kawan yg ada masalah anxiety disorder (diagnosis hospital) dan satu lagi dia cepat prasangka buruk dgn org lain (contohnya dia rasa boss di tempat kerja menganiaya dia). Skrg dia tak bekerja (sbb bila ada masalah kecik pun akan trigger panic attack dan jugak selalu berprasangka dgn org2 di tempat kerja), cuma bergantung harap dgn org tua yg dah pencen. Keluarga dan kawan2 risau apa akan jadi bila org tua dah takde, tak tau macamana nak tolong dia supaya bangkit semula.

    • Ini merupakan kes pesakit AD yang sudah kronik..

      memaang sukar untuk sembuh melainkan melalui terapi yang insentif..

      marilah kita semua doakan yng terbaik dan pulih buat beliau

  • Perkongsian yang bagus.
    Moga Allah beri kesembuhan sepenuhnya untuk mrhanafi.

  • Amin. Semoga berjaya atasi.
    Saya agak terlebih fikir cetuskan AD ini.

  • Saya tiada pengalaman atau kenal kawan terdekat yang ada masalah AD ini, tapi tahu dari pembacaan di banyak tempat. Saya cuma boleh doakan supaya tuan admin akan kembali pulih seperti sebelumnya, moga ada aktiviti yang dapat membantu menghilangkan AD ini.

  • Dulu saya selalu kena AD sampaikan saya ingat saya tak normal macam orang lain. Tapi lepas kahwin AD saya dah makin berkurang, mungkin sebab ada sokongan suami. Suami orang pertama yang saya kenal tak terbeban dengan masalah AD. Saya pun tak sangka orang macam suami ni wujud sebab macam langsung tak stress pasal hidup. Tapi sebab dia cool je, jadi saya pun start jadi cool dan kurang kena AD.

    Semoga Allah permudahkan urusan tuan dan diberi kesembuhan total atau paling tidak, dikurangkan 99% masalah AD. Aamiin

  • Semoga pulih dari AD sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge