Kisah Cinta Berprofil Tinggi Penuh Misteri….Izinkan mrhanafi mencurah isi hati atas lembaran artikel blog .Maafkan juga mrhanafi kerana menggunakan sedikit bahasa rojak yang kurang selesa untuk dibaca oleh pencinta bahasa rasmi negara ini.Kita abaikan soal bahasa sebaliknya kita fokus kepada kes cinta yang agak misteri.Atas naluri seorang lelaki maka mrhanafi nak kongsikan secebis kisah cinta insan yang berprofil tinggi.
Is (bukan nama sebenar) dan Su (nama gelaran) sudah lama mendirikan rumahtangga.Lebih kurang sedekad yang lalu.Mereka bercinta tak lama.Mungkin kerana jodoh, hubungan Is dan Su telah disatukan sebagai suami isteri yang sah.
Kedua suami isteri ini bekerja.Mereka dikurniakan beberapa cahaya mata sebagai penyeri keluarga.Taraf hidup mereka sangat sederhana dan berjaya memiliki rumah serta kereta sendiri.Pendek kata keperluan asas mereka sudah dipenuhi.
Beberapa tahun kemudian tatkala anak-anak semakin membesar Is membuat onar dalam keluarga.Is semakin dingin dengan Su.Hubungan Is dan Su bukan seperti suami dan isteri.Mereka bagaikan teman yang tak mesra.Hidup segan tetapi mati tak mahu.Pinggan tak rentak dan nasi tak dingin.
Su merupakan insan penyabar dan penyayang orangnya.Kesilapan Su diakui kerana tidak menyediakan keselesaan hidup kepada Is.Gaji Su tak banyak mana.Tambahan pula pangkat Su dalam kerjaya tak tinggi pun.Su faham bahawa gaji kecik cuma satu permulaan ke arah kehidupan yang lebih baik.Lagipun Su tengah berusaha sedaya upaya menambah pendapatan dengan kerjaya sebagai penulis online.
Is pula seorang insan panas baran dan tegas orangnya.Is tidak mengaku kesilapan.Sebaliknya Is menunding jari bahawa ketidakharmonian rumah tangga mereka disebabkan Su yang mempunyai pendapatan rendah dan langsung tidak mencukupi.Is sangat stress dan kecewa.Tambahan pula Is semakin menjauh diri dari sejadah.
Hari demi hari terus berlalu.Is kekal dengan sikap dingin kepada Su.Pernah suatu ketika Su meluahkan ketidakpuasan hati kepada Is.Apa yang berlaku suasana keruh menjadi-jadi.Is dengan jujurnya akui tiada feel lagi dengan Su.Namun Su masih berfikir panjang.Su bawa bersabar kerana soal hati tidak boleh diselesaikan terburu-buru.Lebih mengejutkan Su apabila Is meminta dilepaskan.
Su mengucap panjang.Su terkenang wajah anak-anak apabila tidak sebumbung dengan Is.Demi kebajikan anak-anak Su tetap dengan pendirian untuk terus ‘bersama’ biarpun Su dan Is bagaikan orang asing dalam rumah sendiri.Su kesunyian kerana hilang layanan dari Is.Kehidupan Su bagaikan malam tanpa bintang dan siang tanpa mentari.
Makan minum Su sendiri yang uruskan.Tak pelah.Su masih sihat walfiat.Su juga berhendak sesuatu barang yang berada dibawah perut.Ternyata memang sukar.Kadangkala berbulan-bulan baru dapat.Kiranya nasib baik kalau dalam sebulan dapat sekali.Bila dah dapat pun Is buat antara nak dengan tak nak sahaja.Sekali lagi Su makan hati berulam jantung.Jiwa terganggu dan emosi terluka.
Namun Is nampaknya semakin bahagia.Is bertemankan telefon.Is ada seseorang tempat meluah hati dan perasaan.Is ada teman pengubat kesunyian dan kerinduan.Is bergayut lama-lama dekat telefon tanpa peduli anak-anak di tepi.Is hanyut dan asyik melayan teman dalam telefon.Is tidak peduli kerja-kerja rumah lagi jika asyik dengan teman hati yang penuh misteri.
Su terpaku.Su bagaikan boneka.Su hilang kata-kata dan suara.Su tiada kekuatan.Su hanya berdoa dalam hati jika Su dianiaya maka mohon Allah SWT kurniakan kekayaan dan rezeki yang melimpah ruang agar Su boleh mencari pengganti yang jauh lebih baik.Su nak bertaubat dan mengambil pengajaran paling bermakna bahawa cinta yang terbaik ialah cinta yang mendekatkan hambanya kepada Si Pencipta.
Ada tak pembaca yang menitis air mata membaca coretan ini.Kisah Is dan Su adalah rekaan semata-mata.Jalan cerita mereka memang ada berlaku dalam kehidupan suami isteri pada zaman dahulu sehingga sekarang.
Mrhanafi nak ingatkan sekali lagi kepada kaum isteri jangan mengutamakan orang lain selain dari suami.Biarpun ibubapa sendiri kerana redha Allah terletak pada redha suami.Ini tidak bermaksud isteri boleh melupakan ibubapa.Sama sekali tidak.Cuma status isteri itu telah meletakkan suami pada tempat tertinggi selepas Allah SWT dan Rasulullah saw.
Jika masih engkar juga maka suami tiada pilihan lain selain melepaskan setelah beberapa sesi perbincangan dan kaunseling oleh pihak yang berkaitan.Mungkin apa yang kita tidak suka itu baik untuk kita kerana jodoh ada hikmah dan rahsia tersendiri.
Terima kasih kerana sudi membaca dan apa kata lanjutkan bacaan pula ke .
Kagum tengok gambar dekat atas tu… Tapi macam tak kena jer bila duit belanja sendiri berkali ganda lebih banyak daripada duit untuk Bini… hehehe
Anuar recently posted…Rezeki hari Jumaat itu pasti, kalau………
gambar tu…adalah perhiasan sahaja tuan..pelik juga kan..
itulah yang sebaiknya..semoga mereka yang menghadapi cabaran rumahtangga begini tabah dan kuat semamgat..
masalah rumah tangga merupakan asam garam kehidupan…bertabahlah bagi yang menerima dugaan…
Pendapatan Pasif Vending Machine recently posted…Kegagalan saya dalam mengusahakan mesin air tin (can vending machine).-pengalaman saya sendiri dan rakan2.
ujian mesti dihadapi dengan tenang…
susah kalau ada perbezaan darjat nih sebab akan wujud salah faham bila didatangi ujian.
Ira recently posted…L.A.T MAGIC SESSION – EAST NORTH REGION 2016
harap jangan ada yang begitu..