Lelaki hensem memang menjadi idaman wanita seluruh dunia.Tipulah kalau wanita tak nak dengan lelaki hensem samaada sebagai suami mereka, anak lelaki ataupun ayah mereka.Mungkin juga kepada adik beradik seibu dan sebapa.
Bangga tak kalau anda menjadi lelaki hensem Malaysia ?
Namun kehenseman seorang lelaki bukan terletak kepada wajah atau paras rupa semata-mata .
Hensem seorang lelaki adalah pakej penuh untuk kesihatan terbaik,akhlak terpuji dan kewangan terurus.Barulah padan dan padu sebagai sebahagian dari ciri lelaki hensem. Betul tak kawan-kawan ?
Admin tahu ada dikalangan pembaca memang dikategorikan lelaki hensem di Malaysia.
hahahaha…harap-harap begitulah kan..
Setuju atau tidak setuju admin terpaksa mengakui kelebihan lelaki hensem ialah ambil berat tentang penampilan diri.
Masih ingat tak kisah lelaki buncit yang sanggup menyahut cabaran untuk memikat awek cun?Lelaki itu telah mengamal senaman keras,minum teh hijau dan terbaharu makan beras Basmathi.
Teh hijau beliau minum satu uncang sehari.Dia tidak mahu minum berlebihan kerana bukan masalah obesiti.Dia cuma untuk mengurangkan perut buncit.Ala-ala lelaki hensem Korea.Mereka sentiasa kelihatan six pack pada bahagian perutnya.
Sebab itu mereka digilai sebagai lelaki hensem di Korea.
Perkara biasa zaman sekarang jika anda lihat ramai lelaki setia dengan imej perut buncit.Lain orang lain caranya dan memang tidak adil untuk bersangka buruk kepada orang yang berperut buncit.
Mereka terpaksa rela sedemikian rupa akibat penangan isteri masing-masing.Isteri yang masak memang sedap.Mahu tidak mahu terpaksa juga makan dengan berselera siang dan malam.Menu malam pula ada istimewa tersendiri.Tidak hairan jika badan sentiasa berisi.hahahaha.
Mereka yang masih bujang pula terkena penangan masakan ibu.Admin sendiri akui masakan ibu sendiri sangat sedap sehingga tiada sesiapa pun boleh menyainginya setakat ini.
Lagilah sedap makanan jika dimakan bersama nasi yang berkualiti tinggi.
Sebab itulah ada lelaki hensem mula memilih beras Basmathi sebagai santapan hariannya.Beras Basmathi agak mahal.Sekilo boleh mencecah Rm13 dan ada yang lebih mahal daripada itu.Kalau nak beli untuk 10KG memang melayang RM130.
Beras ini memang rendah kalori dan cukup sesuai untuk dimakan oleh mereka yang ingin menjaga badan atau mengidap diabetes.
Biarpun beras ini tidak sesedap beras wangi namun kurang berkanji.Tekstur nasi pula keras dan padat.Makan banyak namun tidak menyebabkan lebihan kalori pada seseorang.Cuma perlu berjimat makan nasi dari beras Basmathi kerana harganya yang mahal.huhuhuhu.
Kalori yang tidak digunakan sepenuh oleh badan akan bertukar menjadi lemak.Lemak yang berlebihan pula menjejaskan kesihatan seseorang.
Perut buncit sudah pasti.Penyakit pula satu hal.Pengambilan nasi berlebihan juga peuyumbang kepada gejala diabetes.Paling menakutkan risiko diabetes boleh menyebabkan kompikasi mata buta.
Ngeri tu!
Berikut adalah testimoni yang diceritakan lelaki itu kepada admin.Sayangnya lelaki itu tidak mahu dianggap sebagai lelaki hensem selfie.Sebab itu tiada gambar sebagai bukti yang sahih.
Difahamkan perut buncit lelaki tersebut sudah berkurang 30 peratus.Bagaimana kalau sudah tiga bulan?
Fulamak..dah dekat six pack juga jika susuli latihan ABS atau workout di gimnasium.
Perkembangan ini sangat positif dan menurutnya lagi perut six pack dalam perancangan.Moga-moga menjadi kenyataan.
Jika menjadi kenyataan dapatlah lelaki ini dikenali sebagai lelaki hensem Sabah biarpun berasal dari Sarawak.
Lelaki itu masih berimpian untuk memiliki peralatan memasak tanpa minyak.Katanya, tidak guna juga jika muka sahaja hensem tetapi enggan untuk mengubah cara masakan tanpa minyak.
Tak lain dan tak bukan tentulah Volten Air Fryer adalah pilihan yang paling disarankan untuk tujuan tersebut.
Pembaca yang ingin tahu berkaitan VAF ini amat digalak untuk membaca satu artikel berkaitan >>> memasak tanpa minyak
[Kemaskini 13 Disember 2019]
Teman memang ambik Beras Basmathi Pusa King… Perut pun tak buncit… slim je gitu… cuma six pax semakin menghilang… 🙁
IzNy recently posted…Petua : Untuk menghalau kutu beras
six pack aka wujud apabila ada senamnan dekat perut…
bukan senaman bawah perut sahaja hahahaha
Pasal, lelaki buncit tak hensem tapi nampak lawah macam bos.
Tapi yakin nak cuba teh Pasal nak buat perut style sispack 😁
kalau dah berpunya tak hensem pun tak per..
kalau hemsem…isteri boleh tak senang duduk nanti
wohoooo…. air fryer tu mmg sgt menggoda, sya pun tgh mengumpul duit utk membeli air fryer kt umah
ya…
ada juga yang berhrag murah namun kualiti dan fungsi tiada jaminan puas hati
air fryer memang cara terbaik untuk memasak tanpa guna minyak
ya…saya sudah pasang impian untuk membelinya
sepertinya bro hanafi akhir-akhir sangat mintain dengan kesihatan
jalan dan makan recently posted…Ayam Penyet Sambal Lamongan
demi penampilan yang lebih awesome Mas..
kalau lelaki tak hensem berkesan tak? hehe
berkesan juga..
saya buat statement untuk sedapkan hati je
hahaha..ada juga ya Lelaki Sabah tu..
Barang berharga semua pun nak beli..berimpian..InshaAllah ada rezeki dapat beli kan
hahahaha..
saja-saja tu Tuan.
Chik Tie pun guna beras basmathi, sebab duduk berdua. Kalau beli yang beras biasa ada yang 5kg. Jenuh nak habiskan. Beli yang basmati ni ada yang pack kecik. Senang sikit nak simpan, dan lebih sedap.
Chik Tie recently posted…Makan di mana: Nasi Kerabu Ayam Percik
lidah saya beras Basmathi tidak sedap kecuali buat nasi Briyani..
hahaha
Sedap sgt beras basmathi ni. Nk tnya teh hijau tu 1uncang boleh buat utk 1 jug @ 1 gelas je?
Kauthar mohd recently posted…11 Kebaikan Zinc Plus. Kini Kembali Dalam Pasaran
kalau saya 1 uncang untuk satu gelas sahaja..
kalau buat satu jug…kurang pekat
ada seorg hamba allah ni, penah suruh sy makan beras basmathi ni kalau nk trn kan paras kolestrol. sy cuma sempat mkn 2 bungkus (beras) je pastu stop…sbb x tahan…mahal nau haha… teh hijau tu mmg hari2 sy minum tanpa gula
tak makan beras basmathi pun tak kalau macam awak tu..
still slim dan steady.
teh hijau boleh amalkan sebab murah sikit.
Biarlah buncit bro..asalkan bini sayang hahaha
Elih Japahar recently posted…Cara Menjadi Agen Insurans Takaful
hahahaha…
itulah yang terbaik jika ada isteri sayang dalam apa jua keadaan pun kita
teh hijau baik utk anit-oksida…suka produk matcha…aiskrim matcha..
jom la amaikan minum teh hijau..
semoga kita semua sihat-sihat belaka