Perut buncit adalah fenomena biasa.Kebiasaannya menyerang kaum lelaki.Tidak terkecuali juga kepada kaum wanita.Bahkan fenomena perut buncit tidak mengira sama ada seorang itu gemuk atau kurus.Malah kanak-kanak pun boleh dihinggapi perut buncit.
Bahasa mudahnya perut buncit sangat popular dalam masyarakat masa kini.Namun begtu ada seorang lelaki yang tidak suka dengan perut buncitnya.Biarpun ada yang menganggap perut buncit adalah lambang kebahagiaan dan kesenangan.
Bagi lelaki tersebut semua itu adalah auta.Mitos zaman moden yang bertujuan menjaga hati ramai pembuncit diluar sana.
Beginilah ceritanya…
Admin dengan rasa teruja ingin berkongsi dengan pembaca bagaimana lelaki perut buncit ini sanggup menyahut cabaran untuk kempiskan perut buncit dalam masa tiga bulan.Objektif utamanya selain menjaga kesihatan ialah untuk memikat gadis cun.
Waceh!
Dengar khabar jika cabarannya berjaya maka ganjarannya adalah menyunting gadis cun menjadi isteri.Gambaran dalam fikirannya jelas.Gadis cun akan diganding bersama dengan lelaki ini yang berbadan sasa.
Menurut imaginasinya…
Kedua mempelai bagaikan pinang dibelah empat.Sama padan.Sama menawan.Pesona dan aura mereka mencetus fenomena.
Putaran masa seakan-akan dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada mereka berdua menyatakan perasaan cinta dan kasih suci tidak berbelah bagi atas pelamin yang dihias indah.
Bahagianya melimpah-limpah ke Jannah.
Fulamak…
Ramai jejaka mula terinspirasi.Mereka ingin seperti lelaki ini.Serius menjaga kesihatan dan meninggalkan gaya hidup tidak sihat.
Ramai gadis mula menteladani.Mereka ingin seperti gadis itu.Fokus menjaga akhlak dan meninggalkan kebiasaan kurang elok.
Itu baharu mukadimah…
Dalam bahagian berikutnya lelaki itu cuba menjelaskan kepada admin bagaimana dia melaksanakan cabaran untuk kempiskan perutnya.
Table of Contents
Cabaran pertama : Kesedaran yang mendalam
Kesedaran untuk kempiskan perut buncit bukan sekadar fatamorgana.Kita bukan berada di gurun padang pasir.Tidak mungkin kita leka dengan bayangan punca air tetapi realitinya bayangan awan dipancari terik matahari.
Kesedaran dapat menepis sikap hangat-hangat tahi ayam.Hari ini bersemangat seolah-olah esok dunia akan kiamat.Semua nak buat sampai dapat.Tetapi sayang.Panasnya hari tidak sampai ke petang.
Lelaki itu tidak mahu begitu.Dia sedar cabaran untuk kempiskan perut dibuat dengan istiqamah.Buat sampai jadi.Biar puas hati walaupun tidak semudah melafaz janji hidup semati kepada kekasih hati.
“Susah senang bersama dan realitinya bila susah ditinggalkan sorang-sorang.”
Untuk memastikan kesedaran kekal berapi-api dia telah menulis atas kertas.Bukan atas batu.Apatah lagi nak tulis atas tangan.Itu semua merapu-rapu.
Jangan percaya.hahahaha.
Dengan kesedaran dipasak teguh dalam hati segala ujian dan rintangan akan dihadapi dengan cekal hati.
Ya,memang bersemangat lelaki itu walaupun garis-garis halus sudah menampakkan usianya dalam meniti perjalanan senja.
Sekali lagi, kesedaran untuk mengempiskan perut buncit wajib ada dan sedar usaha pasti berbaloi.
Cabaran kedua: Berhati-hati memilih minuman dan makanan
Sebelum ini lelaki tersebut suka minum air kopi 3 dalam 1 yang manis.Asal minum je air manis.Asal air manis je mesti minum.
Perlu ingat dan jangan lupa bahawa air manis mengandungi kalori yang tinggi.
Lama-kelamaan endapan kalori dalam perut menjadi-jadi.Kalori yang diambil dan tidak diguna sepenuhnya bertukar jadi lemak.
Lemak yang diternak di bahagian perut akhirnya memberi imej buncit.Lagi buncit lagi jelek rupanya.Sekarang lelaki itu juga yang susah hati.Stress memanjang.
Padan muka la jawapnya…
Dulu lelaki itu suka makan makanan yang bergoreng dan berminyak.Ayam goreng,ikan goreng,cucur pisang dan segala macam makanan yang bergoreng.
Nasi lemak dan nasi goreng adalah menu kegemaran dia.Selagi tak bergoreng selagi itu tak nak makan dengan penuh selera.
Nasib baik lelaki itu tersentak dari lamunan.Kini beliau berusaha mengelak makanan tiga serangkai berikut.
1.Terlalu manis
2.Terlalu berminyak
3.Terlalu masin
Lelaki itu terus cerewet dalam soal pemakanan.Dia mengambil makanan dalam kuantiti sedikit terutama nasi dan ayam.
Makanannya kini lebih banyak kepada sayuran dan buah-buahan.Fokusnya kini mengurangkan sumber makanan berkarbohdirat tetapi melebihkan makanan bersumberkan protein.
Lelaki tersebut percaya makanan yang berprotein akan membina otot dan bukan menebal perut.
Ternyata perut yang tebal diumpamakan seperti orang mengandung yang tidak akan bersalin hingga akhirat hayat.
Cabaran ketiga: Senaman fizikal yang keras
Setelah bertahun-tahun tidak bersenam tentunya lemak yang diternak berpesta sakan.Ia berkembang biak sehingga perut yang tidak bersalah jadi mangsa.
Semakin hari semakin maju.Kemajuan itu tidak salah.Yang salah perut maju ke depan.Sepatutnya kekal nipis dan kempis sebagaimana zaman muda-muda dulu.Rindulah pulak zaman itu.
Badan masih ringan.Perut masih kempis.
Lelaki tersebut akan berusaha menjalani senaman tiga bersaudara.Senaman ini perlu dibuat istiqamah dan jujur pada diri sendiri.Berhenti sekerat jalan mungundang usaha sia-sia.
Berikut adalah senaman fizikal yang akan dilakukan selama mana mampu dan kalau boleh sehingga menghasilkan bentuk tubuh yang diingini.
1.Push up
2.Sit Up
3.Elbow Flank
Ketiga-tiga senaman ini tidak memerlukan kos yang tinggi.Tidak memerlukan peralatan yang mahal.Malah mudah untuk dilakukan namun kurang seronok untuk dilaksanakan.
Sempat juga lelaki itu berbisik kepada admin agar pembaca turut mendoakan semangat yang konsisten kepada beliau.
Aamiin.
Sekiranya pembaca pernah aktif bersukan memang akur senaman keras tersebut bukan sesuatu yang seronok.Ia dilakukan secara berulang-ulang dalam tempoh maa yang panjang.
Jika tidak mana mungkin orang putih begitu berani dan lantang menyatakan,
“ No pain and no gain “
Penutup
Admin percaya perut buncit masih ada jalan penyelesaian untuk kembali kempis.
Mungkin peringkat permulaan tidak nampak hasilnya.Namun lama-kelamaan akan membuahkan hasil juga.
Ikut sahaja pepatah Arab, “ man jadda wa jadda”
Maksudnya, orang yang berusaha maka dia akan dapat.
Admin sempat mengusik lelaki itu agar jangan lupa jemput admin untuk datang majlis perkahwinan sekiranya jodoh dengan gadis cun tersebut menjadi realiti.
Lelaki itu cuma tersenyum sambil menatap penuh makna gambar gadis cun yang menghiasi wall telefon Nubia M2 Lite miliknya.
Dalam diam admin doakan dia berjaya dan minta pembaca turut doakan usahanya berhasil dengan izin Allah SWT.
Aamiin.
cara saya kempiskan perut pula dgn bernafas perut kembung ke belakang… mudah dan berkesan..
hahahaha..
teknik yang menarik
semangat dan azam kena kuat…bkn je utk lelaki tp jg utk perempuan
yalah kan..
perut buncit adalah fenomena tidak mengira jantina
mmg cabaran, kite pun tgh usaha nk kempiskan perut sendiri ngn perut cik abg nih…. mula2 kawal dulu makanan kita… senaman tu klu tak blh berat2… kita bt yg ringan2… mcm pusing2 tasik or supink complex hehehhehe
hahahhaha..
itupun ok juga.
ikut kemampuan dan jangan paksa diri
pemilihan makanan dan minuman itu penting sama dengan senaman untuk kesihatan…
ridhwan recently posted…Permohonan Melanjutkan Pengajian Di Mesir Dan Jordan 2018/2019
betul
pemakanan dan senaman perlu digadinng bersama..
kalau ada suplimen lagi la bagus
tak terasa perut dah buncit… tpi bila nak kempiskan balik … alahaii memenatkan, terpaksa diet seketika… senaman bertambah..dan sebagainya cara yang dialakukan agar perut pulih semula..ahaha
wan recently posted…Login PAJSK Sekolah Rendah dan Menengah Online
cabaran besar bro…
makannan itu yang perlu sangat dijaga
BERPERUT KEMPIS DAN SIHAT TENTU TERBAIK
itulah yang kita nak…
kempis dan sihat
Perut buncit ni dah jadi macam masalah global. Pegi mana2 pun nmpk org perut buncit. Hehe. Apapun kalau kita ikhtiar pasti memperolehi kejayaan. Semoga berjaya buat lelaki itu.
masalah global..ya memang betul..
bukan perkara baru kalau perut buncit
boleh la juga dikatakan makmur tetapi kalau perut kempis lagi la elok
Selain perut kempis, jd lebih sehat juga ya
sepatutnya begitu..
dengan penjagaan perut maka maunya sehat selalu
good luck ye.. utk kesihatan pun bagus ni
ya..terima kasih.
tujuan kesihatan paling utama kerana badan yang sihat mau pakai utama
Ilmu dalam cerita, terbaikla..sempoi je baca..
hahhahaha..
terima kasih banyak ye
Mengarut betul orang yang kata lelaki perut buncit itu tandanya makmur. Buncit buat seseorang nampak tua.
Suriya Majid recently posted…Teknik Close Sale, Tangani Bantahan Harga
yalah kan..
ada di FB kata..
lelaki hensem terletak pada betapa besarnya perut
Punca penyakit adalah dari perut… Oleh itu, jagalah permakanan kita itu…
makan ikutlah sunnah Nabi..
memang terjaga la perut tu
kurangkan makan makanan berminyak yang susah tu..huhu
ya…
sebab sekarang ini rata-rata makanan memang guna makanan yag banyak minyak
Jika perutku buncit
Hatiku mulai sakit
Rasa PD berubah sedikit
😀
hahahaha…
betul juga tu
aduh..susahnya nak kempiskan perut
perlukan masa dan kesabaran juga jelah
exercise & jaga makan…inshaa Allah, berkesan..
tu memang formula yg tepat..
Time baca artikel ni memang bersemangat rasa nak kuruskan perut tapi bila tengok makanan terhidang di atas meja……. susah!
Pengetua recently posted…Cara Tukar Versi PHP cPanel
realitinya begitu..
makanan memang pengoda nafsu.
hati mau cekal selalu
saya nak kempiskan perut karena dah terlewat besar itu punca penyakit berbahaya
jalan dan makan recently posted…Resep Singkong Keju Mudah dan Bikin Ketagihan
tu namamya kuat makan..
perut pun semakin membesar..
komen ini ada menariknya dan saya memang bersetuju juga lah..
Nak kempiskan perut mmg satu cabaran juga.. klu tiada tujuan yg kuat adakala tak dpt nak istiqamah juga hehe
Khir Khalid recently posted…Slot BLOGGER OH! BLOGGER Bersama Harmoni Nasional FM
betul tuan.
perlu ada juga big why agar terus konsisten
Rajin berusaha tangga kejayaan…
Bila dah berusia ni, lagi lah kena jaga kesihatan.
ya.. betul tu.
usaha dan konsisten sangat perlu
banyak sungguh cabarannya
tidak dinafikan memang banyak..
mesti sahut cabaran kalau nak berjaya
harap harap nak kempiskan perut ni bukan sebab nak cari awek je. tapi utk kesihatan. hehe
nikkhazami recently posted…Sinopsis Vila Ghazara di Tv3
hahahaha…
keutamaan untuk kesihatan..
untuk dapatkan awek tu..
sekadar pemanis mulut je
Plank paling banyak dapat buang lemak dekat perut. Buat permulaan lakukan plank dalam 20 saat dan tingkatkan masa bila semakin selesa…makan juga kena jaga. Kurangkan makanan mengandungi karbohidrat, lebihkan makan protin, kurangkan makanan berminyak, berlemak dan manis. Jangan lupa amalkan olive oil untuk lawan lemak jahat. Minum pagi setengah jam sebelum sarapan dan minum sebelum tidur. Semoga berjaya kempiskan perut…
alhamdulillah..
tip tuan memang kaw-kaw.
semoga ianya juga bermanfaat kepada pembaca lain dan saya akan usahakan saranan tersebut.
terima kasih ye.
kempiskan perut untuk kesihatan juga
itu yng sepatutnya…
bila target untuk kempiskan perut..
pemakan akan dijaga dengan sebaik yang mungkin
Salam tuan admin…sangat menarik perkongsian tuan.saya ingin tambah sesuatu.mgkin cara terbaik untuk kurus ialah dengan cara naik turun tangga.sangat berkesan tuan.
wsalam..
satu tip yang bagus juga dan saya akui memang mudah untuk dilakukan..
jangan guna lif dan gunalah tangga jika nak kurus hahahaha
Perut buncit ni sangat tak elok untuk kesihatan sebabnya mengumpul lemak fat visceral disitu
Noriza Rahman recently posted…7 Manfaat Multivitamin untuk Lelaki dan Wanita
ya…win punya komen bagi mereka yang terlibat dalam bisnes kesihatan hahaha
kalau boleh push up (pumping) 100X selama 30 hari agak2 boleh kempis ke
push up bukan jaminan untuk kempis perut kerana latihan tersebut memfokus kepada bahu dan otot lengan..
sit up .Plank dan Leg Raise boleh cuba secara konsisten
sihat itu anugerah
alhamdulillah..
saya setuju dan amat berusaha untuk terus sihat