Sebetulnya agak lewat saya menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah tahun ini.Tahun-tahun sebelumnya saya suka menunaikan dalam awal Ramadan.
Oh ya sebelum ini saya ada menulis kisah bayar zakat fitrah pada tahun 2017
Kali ini saya agak terlewat kerana beberapa halangan.
PKP salah satu daripadanya.Kini sudah bertukar nama menjadi PKPB sehingga bulan Jun nanti.
https://mrhanafi.com/perangi-covid-19-habis-habisan/
Tak lama lagi tu.
Selain itu saya memang berkeinginan untuk membayar zakat fitrah secara online.
Untuk penduduk Sarawak boleh melayari :
Sayangnya saya tidak berkesempatan untuk melunasi zakat fitrah secara atas talian.
Ada masalah teknikal.
Banking online saya masih menggunakan daftar nombor telefon yang sudah hilang.
Sehingga kini urusan belum lagi selesai atas sebab-sebab yang tidak dapat dielak.
Selain banking online, pembayaran boleh menggunakan aplikasi tanpa tunai Sarawak Pay.
Saya menghadapi kesukaran lain untuk menggunakan aplikasi tersebut.Telefon pintar saya tidak dapat membuka aplikasi tersebut.
Tidak tahu sebab apa.
Daripada terus menunggu dan berharap keajaiban, saya ambil keputusan membayar cara luar talian.
Cara ini masih bagus walaupun terpaksa berjumpa secara bersemuka dengan amil yang bertugas.
Mereka tetap patuh kepada kebiasaan baharu seperti penjarakan sosial, guna pelitup muka dan hand sanitizer.
Alhamdulillah urusan pembayaran zakat fitrah saya selesai pada 18 Mei 2019.
Baharulah tenang jiwa dan perasaan.
Setenang hati pasangan kekasih ketika mereka saling mendoakan kebahagiaan masing-masing.
Adakah ini aura jodoh kita semakin dekat ?
#gurau #doa #baiksangka #fiena
Salam 26 Ramadan 1441H.
tahun ni memang berbeza, boleh bayar zakat secara online…tapi susah juga buat mereka yang tak ada capaian internet atau telefon pintar..
Sunah Sakura recently posted…Buat Keria Gula Melaka Tak Jadi
buat cara lama .
ada juga bahagiaan yang best kerada didoa oleh para amil secera bersemuka
mudah buat pembayaran zakat fitrah online…
bayar online memmang mudah dan jimat nasa..
tapi sayang belum cuba lagi