Bayar zakat fitrah kepada amil bertauliah

Ini kisah saya ketika zakat fitrah kepada amil bertauliah. Hari ini sangat indah dalam suasana pagi yang mendamaikan.

Tambahan pula hasrat dan niat saya pagi ini memang bagus. Niat untuk membayar zakat fitrah.

Dari minggu pertama puasa lagi saya sudah untuk berazam untuk membayar zakat fitrah seawal mungkin.

Alhamdulillah pada tarikh  7 Jun 2017 saya berjaya menunaikan hasrat untuk membayar zakat kepada amil yang bertauliah.

Seperti tahun-tahun sebelumnya saya memang memilih pejabat cawangan Baitumal di Kota Samarahan.

Zakat fitrah

Ini adalah sebab sebabnya:

Dekat dengan rumah.Tempat letak kereta tidak berbayar dan yang paling penting staff  yang ada disitu peramah dan mesra pelanggan.

Sewaktu saya memandu kereta biru melimpasi pejabat tersebut hati saya tertanya-tanya.

“Dah buka ke belum nie ?”

Sebab macam sunyi tanpa berpenghuni.Namun saya teruskan juga untuk meninjau lebih dekat. Perkara pertama yang saya perhatikan waktu beroperasi.

“Oh ya,dah bukalah.”

Hati kecil saya berasa girang seketika.

“Assalamualaikum.”

Saya memberi salam kepada beberapa orang staff yang tengah sibuk bekerja.

Dua kaunter belum buka. Mungkin masih awal. Lagipun saya adalah pengunjung yang terawal sekali walaupun jam dah menunjukkan pukul 8.47 pagi.

Saya disambut gadis manis. Terserlah kemesraan sebagai staff yang peramah disitu.

WAJIB BACA :   Jom Aplikasi Istighfar Untuk Cipta Keajaiban

Dua kali dia menyapa saya untuk mempersilakan untuk duduk atas sofa yang tersedia. Saya pun duduk sambil-sambil membelek telefon di tangan.

Tak lama selepas itu datang pegawai amil bertauliah. Rupanya boleh tahan.

Segak bergaya dan saya menjangkakan dia lebih muda dari saya.Dia mempersilakan saya duduk dekat kaunter.

Saya dengan sopan santun menurut sahaja bagaikan berdepan seorang ketua dengan pekerja. Teringat pulak zaman bekerja makan gaji.

” Assalamualaikum dan sila duduk.”Sapaan pegawai amil tersebut.

Tak sempat pula saya nak tanya nama dia. Sebab amil lelaki kot.Kalau amil perempuan mesti tanya nama dan soalan bonus siap siapa.

“Walaaikummusalam dan terima kasih”.Wah formal sungguh saya menjawab.

Proses pembayaran zakat fitrah berlangsung dengan lancar. Saya sebut berapa jumlah tanggungan dan terus dia rujuk pada senarai yang ada atas meja.

Selepas semuanya selesai saya sempat minta pendapat pegawai amil tersebut berhubung dengan isu bayar zakat kepada amil yang tidak bertauliah.

Soalan saya memang kena pada orangnya. Biasalah orang yang mengurus zakat dan bekerja pula di Tabung Baitulmal. Alhamdullillah saya sudah ada pencerahan minda.

Sebelum saya nak kongsikan pendapat beliau berkaitan isu tersebut saya nak kongsikan memori 7 tahun yang silam.

WAJIB BACA :   Cara Mudah Memahami Hukum Tarikan Yang Terbukti Wujud

Imbas kembali..

Satu syawal bermakna hari raya untuk umat Islam seluruh dunia. Pada pagi tersebut saya agak terkejut didatangi tetamu. Kebiasaannya setiap tahun sempena hari raya, saya akan beraya di kampung sebelah isteri.

Kampung saya tak beraya kerana saya seorang mualaf. Nak tahu cerita tersebut boleh baca Mengapa Saya Peluk Islam.

Ketika itu bapa mertua saya masih ada. Namun pada tahun 2009 telah kembali rahmatullah dalam bulan Ramadan.

Al Fatihah buat arwah.

Tetamu yang datang pagi itu membawa khabar gembira kepada arwah mertua saya iaitu menghantar zakat. Beliau memang niatkan sebagaikan zakat dan bukan sedekah.

Setahu saya hampir saban tahun beliau berbuat demikian.

Beliau membayar zakat sama dengan jumlah yang telah ditetapkan oleh pihak pemerintah.

Bayar zakat fitrah

Amil bertauliah

Kini kembali..

Baru-baru ini sahaja saya perasan bahawa tidak boleh membayar zakat kepada amil yang tidak bertauliah.Berikut adalah penjelasan yang diberikan oleh amil yang bertauliah ketika saya membayar zakat fitrah.

Bayar zakat kepada amil yang tidak bertauliah memang tidak wajar. Hanya Zakat yang dikutip oleh amil yang bertauliah sahaja diserahkan kepada pihak Baitulmal.

Wang zakat ini akan diserahkan kepada asnaf-asnaf yang telah dikenalpasti.

WAJIB BACA :   Antara nyata dengan fatamorgana

Sekiranya zakat yang diberikan kepada amil yang tidak bertauliah dan proses penyerahan tidak kepada Baitulmal maka wang tersebut adalah sedekah.

Perlu kita fahami bahawa zakat fitrah adalah wajib dan sedekah pula sunat hukumnya.

Dalam situasi tersebut pembayaran zakat yang tidak melalui amil yang bertauliah maka pembayarnya berhutang kepada pihak Baitulmal.

Pegawai Baitumal tersebut turut memberi contoh.

“Anda penunggang motosikal yang ada lesen memandu yang sah tetapi tidak menggunakan helmet.Apabila ada pihak penguatkuasa seperti polis dan JPJ menahan anda di jalanraya sudah tentu anda akan bersalah.”

Pesannya lagi.

“Kalau ada saluran yang betul iaitu  pembayaran hanya kepada amil yang bertauliah mengapa pilih jalan yang belum tentu selamat”

Saya mengangguk kepala tanda faham dan saya faham juga kalau zakat tidak agih-agihkan kepada asnaf yang betul maka tujuan utama zakat tidak tercapai.

Perbincangan kami berhenti di situ kerana saya memberi ruang kepada pembayar zakat yang sedang menunggu. Tak akan nak sembang lama-lama walaupun topik yang kami sembang memang penting.

Saya mohon diri dengan rasa lega dan berharap pembaca teruskan pembacaan tentang artikel >> Untuk Kaya Apa Perlu Buat

  • [Edisi kemaskini 6/11/2019]
  • Edisi kemas kini 3/4/23

Comments 18

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge