Usahakan sihat sepanjang hayat kerana itu adalah nikmat

Sihat sepanjang hayat adalah impian semua orang. Sihat adalah rezeki. Nikmat sihat adalah rezeki yang sangat besar. Malah dapat  rezeki pasangan yang cantik atau tampan juga adalah nikmat yang tidak boleh didustakan. Apatah lagi perkara berkaitan dengan sihat atau kesihatan.

Namun sakit bukan bermakna tidak bagus. Cuma sakit ada sebab dan hikmah. Yang kadang-kadang datang tanpa orang pinta.

Sakit lawannya sihat. Jadi sihat perlu diusaha dan dijaga. Ikthiar untuk sihat ada banyak cara.

Antaranya jaga pemakanan, emosi, dan kecergasan fizikal seseorang.

Ini cerita peribadi saya..

Sudah genap sebulan saya berkecimpung dalam dunia gym. Saya berada di gym dengan satu tujuan.

WAJIB BACA :   Kisah Sadis Etnik Uyghur Pertahankan Islam

Tak lain dan tak bukan untuk sihat. Dalam usaha untuk jaga kesihatan pada tahap optimum melalui aktiviti kecergasan.

Dulu saya memang aktif bersukan. Sukan yang saya ceburi tentulah badminton. Hampir setiap minggu berada di gelanggang badminton.

Malah kawan sepermainan selalu usik saya. Gaya sang juara sudah ada tetapi realiti tidak sehebat mana.

Itu dulu. Saya tidak ulangi lagi kisah yang dulu.

Dunia sudah berubah. Selari dengan kemampuan  isi dompet,  saya menceburi dunia gym pula.

Ada dua kesan yang saya akui dapat dirasai sekarang ini.

Kesan pertama keluar peluh. Badan selepas berpeluh menyegarkan. Tidur malam pula lebih nyenyak.

Kesan kedua penurunan berat badan. Sebulan yang lepas berat saya 60.3kg. Bulan ini berat badan turun kepada 59.2kg. Penurunan ini akibat aktiviti  di gym dan kawalan pemakanan.

WAJIB BACA :   Kalau kahwin tahun 2020 ada hadiah besar menanti?

Ia satu kejayaan kecil.  Pada hakikatnya jauh lagi perjalanan untuk mengecapi kejayaan perut rata atau perut kempis. Tidak perlu  saya terburu-buru kerana tujuan utama ke gym untuk gaya hidup sihat.

Kisah lelaki perut kempis yang ada dompet tebal

Sebut gaya hidup sihat bukan setakat angkat beban atau besi semata-mata. Ada yang lebih bermakna lagi.

Contoh makanan yang saya cuba elakkan…

Tentulah jaga pemakanan. Makan makanan sihat dan berkhasiat. Saya perlu cerewet pasal makanan. Tidak boleh sekadar janji kenyang atau sekadar janji makan.

Pemakanan perlu dijaga sebaik mungkin. Tidak lagi makan makanan yang terlalu berminyak, terlalu masin, terlalu manis dan terlalu berlemak.

Banyak pantang larang yang harus saya ikuti. Jangan fikir kerana sakit kita berpantang makan. Saya berpantang makan untuk sihat secara tuntas.

WAJIB BACA :   7 cara memulihkan tenaga batin dengan bahan semulajadi

Tapi sesekali langgar juga pantang larangnya. Namun ada had. Bukan sembrono atau membabi buta begitu sahaja.

Akhir kata, usahakan sihat sepanjang hayat. Jadikan ia komitmen peribadi antara kita dengan diri sendiri. Sekali lagi sihat adalah nikmat rezeki sebagaimana cerita dalam ebook 55 Rezeki Mengalir Tanpa Henti.

7 faedah yang kita dapat dari ebook 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti

8 thoughts on “Usahakan sihat sepanjang hayat kerana itu adalah nikmat”

  1. Ala..jeles la saya. Berat tak turun2 lagi nih..
    Tercabar pulak rasa . Nak angka 5 juga la..lepas ni kena pulun nampaknya..

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge