Apakah ciri pemimpin yang kita suka atau anda seorang pemimpin yang disukai ramai. Kalau ya maka inilah arikel sembang kencang yang wajar anda baca.
Kita semua adalah pemimpin. Syarat asas tentulah menjadi pemimpin kepada diri sendiri.
Andainya syarat asas belum lepas, bagaimana untuk menjadi pemimpin kepada orang lain.
Setuju tak ?
Mungkin pemimpin untuk keluarga, organisasi, masyarakat mahupun negara.
Alamak, mukadimah formal sangat.
Ok.
Kita tukar tempo lebih santai.
Di tempat kerja, saya suka bergurau. Saya gelar rakan sekerja sebagai bos. Sebagai respons, mereka balas balik dengan menggelar saya sebagai bossku.
Jujur panggilan ini sekadar suka-suka. Begitu cara saya untuk bermesra dengan mereka.
Menyantuni rakan sekerja dengan cara paling hormat dan boleh diterima seadanya.
Bos bahasa pasar. Pemimpin adalah bahasa yang ‘standard’ dan digunakan pakai dalam urusan rasmi.
Jadi apakah sifat pemimpin atau bos yang boleh kita kagumi dan teladani.
Saya kongsikan secara ringkas. Semoga ianya difahami dengan mudah juga.
Table of Contents
Ciri pemimpin
1.Baik hati
Wajar bos baik hati. Orang baik hati disegani dan disukai.
2.Sentiasa bersyukur
Ada-apa yang diperolehi wajib disyukuri. Tidak kira banyak atau sedikit. Pemimpin yang bersyukur mudah untuk mengurus orang bawahan.
3.Pertuturan berlapik
Pemimpin begini jarang mengecilkan hati orang lain. Bahasa sopan dan tutur kata terjaga.
4.Selalu bertenang
Pemimpin yang ‘cool’ dan tenang. Ada masalah atau tidak, orang sukar tahu. Wibawa pemimpin akan terserlah dengan ketenangan berbanding tergesa-gesa dan kelam-kabut.
5.Berhati-hati
Keputusan pemimpin perlu drastik. Namun wajib berhati-hati agar tidak membuat kesilapan terlalu besar.
6.Kasih sayang
Pemimpin yang baik sentiasa menjaga kebajikan. Sangat prihatin dan bertoleransi kepada orang yang dipimpin. Sebabnya nilai kasih sayang yang ada pada pemimpin.
7.Tepati janji
Pemimpin dan ahli politik sangat berbeza. Pemimpin yang ulung menepati janji apa yang dikota. Sebaliknya ahli politik berjanji dan janji mereka lebih manis dari gula. Bukan semua juga hehehe.
8.Akhlak jujur
Akhlak tidak dapat dijual-beli. Lebih-lebih lagi berkaitan kejujuran. Sebab itu bos yang jujur disanjungi anak buah.
9.Penyimpan rahsia
Rahsia tidak semestinya perkara negatif. Namun rahsia perlu disembunyikan jika ia boleh mengaibkan atau merugikan organisasi.
10.Merendah diri
Orang putih kata ‘low profile’. Pemimpin begini tidak bercakap besar atau berlagak sombong. Kejayaan dan kehebatanya lebih terserlah dengan sikap merendah diri.
11.Seorang periang
Bos mana yang bagus kalau muka asyik mejus (bermasam muka) bak kata orang Sarawak. Mejus lawannya periang.
12.Sifat pemurah
Pemurah amalan mulia. Tidak berat tangan untuk bersedekah wang, ilmu, kemahiran dan sebagainya.Malah lagi pemurah lagi luas pula rezekinya nanti.
13.Sikap berani
Ada orang kata, berani kerana benar dan takut kerana salah. Untuk menjadi pemimpin yang baik serta disegani, berani harus ada dalam jiwanya.
14.Berjiwa besar
Mana mungkin nak pemimpin sekiranya jiwa kecil, cita-cita kecil dan matlamat kecil-kecilan. Pemimpin yang hebat berpaksikan kepada jiwa yang besar untuk terus membangun dan ke depan.
15.Sentiasa adil
Adil merupakan sifat yang meletakkan sesuatu pada tempatnya. Hanya pemimpin yang adil boleh menjalankan tugas dengan sempurna dan terbaik.
16.Bermuhasabah diri
Nilaikan perubahan diri sendiri dari hari ke sehari. Peningkatan atau kemajuan perlu ada. Tiada istilah untuk mundur ke belakang.
17. Terus belajar
Pemimpin yang baik dan cemerlang tidak pernah berhenti belajar. Proses pembelajaran secara konsisten akan menambah kemahiran dan ilmu pada pemimpin itu sendiri.
18.Menepati masa
Masa adalah nyawa. Tiada peluang kedua kerana masa semalam tidak sama dengan masa hari ini. Jam dan minit memang sama. Tetapi tarikh sudah berbeza.
19.Berpendirian tegas
Ketegasan pemimpin membuat keputusan selalu perhatian orang bawahan. Pendirian yang rapuh serta selalu buat ‘pusingan u’ selayaknya bukan ciri-ciri pemimpin yang baik.
20.Berfikiran terbuka
Lawannya berfikiran jumud. Pemimpin yang menganggap dirinya sahaja betul dan orang lain salah tidak layak jadi pemimpin. Cara pandang dan cara fikir orang bawahan kadang-kadang lebih baik dari pemikiran pemimpin.
Begitulah senarai sifat pemimpin yang kita dambakan.
Sekali lagi, siapa itu pemimpin kalau bukan diri kita sendiri. Orang yang berjaya memimpin diri sendiri akan berjaya memimpin orang lain.
Janganlah seperti cakap tidak serupa bikin.
Itu sahaja. Moga bermanfaat hendaknya.
p/s: Peluang untuk pelajari bisnes netcommerce masih terbuka sehingga ke hari ini. Sila layari pautan ini untuk maklumat lanjut.
- kemas kini 23/5/22
- kemas kini 29/10/22
Betul tu
Cikgu Badar recently posted…Jual Gambar di Shutterstock
ya cikgu..
pemimpin bermula dengan diri sendiri
terima kasih mr h atas perkongsian.. betul tu kita pimpim diir sendiri dulu tw
ya…bermula dengan diri dahulu
kan… susah nak jumpa. Ye la..manusia mana ada sempurna . Tapi tak de semua ni ada separuh pun jadi la..
kalau tak separuh..suku pun boleh la
hahahaha
setuju dgn semua ciri2 yg dinyatakan. skrg mmg payah nk jumpa pemimpin mcm ni. kalau ada dulu, tapi org tak nak ikut malah menentangnya hingga sekarang (Nabi SAW)
itulah ciri-ciri yang sukar nak bina..
kalau ada memang terbaik tau !
moga2 pemimpin kita yang sekarang ini adalah antara yang terbaik…ameen
moga-moga begitu hendaknya..
semoga mereka memikirkan nasib rakyat dahulu berbanding nasib diri sendiri