Kisah ini berlaku pada pagi yang indah dan hening.
Sedang mrhanafi tengah layan cuci kereta, tiba-tiba telefon bimbit berbunyi.
Tanpa banyak kata, mrhanafi angkat dan jawab.
Memang sudah diduga.
Terdengar suara robot di hujung talian,
“jika ingin bahasa Melayu tekan satu dan ….”
Macam biasa.
Mrhanafi layan dan tekan satu.
Tiba-tiba ada suara lelaki,
“Selamat pagi encik. Encik ada kes di mahkamah”.
Sebut saja mahkamah memang automatik otak mrhanafi syak mereka adalah scammer.
Mrhanafi jawab balik dengan nada sopan tanpa curiga.
“Selamat pagi scammer”.
Apabila mrhanafi sebut perkataan scammer lelaki tadi terus berang.
“Encik kalau tidak percaya, tidak apa….letak telefon”
Tanpa mengalah, mrhanafi balas balik.
“Kalau betul kes mahkamah mana ada orang guna telefon. Mahkamah akan hantar surat.”
Tidak lama selepas itu, lelaki tadi terus putuskan talian.
Yang peliknya, pada hujung perbualan kami, dia sempat mengucapkan salam.
Mungkin sudah terbiasa dan tidak mampu menahan kecewa.
Sayangnya mrhanafi tidak sempat buat rakaman perbualan kami kerana mrhanafi tengah cuci kereta.
Mungkin pada masa yang akan datang, mrhanafi akan buat lakonan seperti panik dan layan mereka sehingga tahap yang lebih cemas dan dramatik.
Berdasarkan pembacaan dan laporan media, seorang scammer yang buat kerja ini ada yang terpaksa atau mangsa keadaan.
Mungkin terjebak dalam isu pemerdagangan manusia.
Seorang scammer
Menurut pengakuan bekas scammer, ada tiga cara mereka beroperasi.
Cara pertama, scammer ini menjalankan kerja-kerja tersebut dari luar negara.
Lokasi tepatnya di KK Garden, Kemboja.
KK Garden menempatkan mangsa yang terjebak dengan operasi scammer.
Tempat ini dikawal rapi oleh mereka yang bersenjata.
Bahkan pihak polis di sana tidak mampu untuk masuk ke kawasan tersebut kerana ada imuniti dari pemerintah.
Tempat tersebut ada akses internet dan para scammer menggunakan komputer peribadi untuk melakukan kerja.
Mereka akan mengerjakan pengguna media sosial melalui sistem pelaburan palsu, love scam dan macau scam
Ada sasaran dan target tertentu untuk dicapai.
Tidak lain dan tidak bukan tentulah duit.
Jika gagal maka scammer akan didera dengan pencucuk elektrik.
Ada juga guna scammer tidak diberi makanan yang mencukupi.
Jika scammer tersebut gagal capai sasaran atau tidak ‘perform’ dalam tempoh tertentu, mereka akan dipindahkan ke peringkat kedua.
Pada peringkat ini, para scammer akan diletakkan pada bahagian ‘call centre’.
Modus operandi mereka akan menelefon bakal mangsa dengan pelbagai helah dan teknik supaya panik.
Antaranya menggunakan nama pihak mahkamah, LHDN, polis, Kastam dan sebagainya.
Setelah itu para scammer akan menyuruh mangsa menyerahkan duit sebanyak mungkin kepada mereka.
Sekiranya pada bahagian ini scammer gagal lagi maka mereka akan dijual kepada ejen sindiket lain yang turut berada di situ.
Ejen tersebut pula akan menghantar para scammer yang gagal menjadi pelacur ( scammer wanita) atau pengedar dadah.
Malah ada juga mangsa yang dijual organ sebelum nyawa mereka ditamatkan.
Inilah peringkat terakhir kepada kehidupan scammer.
Namun begitu ada scammer yang berjaya meloloskan diri dari sindiket dengan menebus diri melalui wang keluarga.
Ada yang bernasib baik jika dihalau sehelai sepinggang atau berjaya melarikan diri dengan taktik tersendiri.
Mrhanafi tidak dapat bayangkan bagaimana nasib scammer dan keadaan mangsa kepada perbuatan scammer.
Oleh hal demikian, berhati-hati selalu dan jangan terpedaya kepada pelbagai helah mereka.
Letakkan dalam fikiran jangan percaya bulat-bulat kepada sesiapa pun tanpa usul periksa yang mendalam.
Sekali lagi mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Dahsyatnya Scammer ni..
Kesian kpd mangsa pemerdagangan manusia ni..
Semakin risau dengan dunia sekarang ni MrHanafi..
ya memang dahsyat dan semoga kita semua berjaya mengelakkan diri daripada penipuan mereka
baru masuk kerjalah tu pagi2 dah call orang hahaha nampaknya jerat tak mengena. dia pancing org yg dah sedia maklum psl scammer ni.
sy kalau angkat call dan dgr “sila pilih…” tu terus sy off dan block. malas nak layan2 ni. sbb sy teringat ada someone share. katanya tak mustahil time dia tgh call kita tu, dia jg ‘sedut’ duit kita dari akaun. sy tak tahulah sama ada betul atau tak. sbb tu sy cpt2 letak dan tak layan.
bagus berjaga-jaga awal dan biasa mereka sedut duit menggunakan link physing…
jika cuak lebih baik jangan
oo link physing ya namanya…
sy sng je. kalau org serius nak call/ckp dgn kita, dia akan call lbh sekali. ada kala sy x block trs. sy tggu dulu. kalau x de return call tu maknanya ada niat lain laa tu
ya…link untuk pancing agar dapat data kita menggunakan website hack
macam2 cara scammer ni kan nak mengambil duit orang..dpt yg percaya, tak usul periksa terus bayar..aihhh…
kalau ada yang pertama kali pasti percaya..
taktik mereka macam saya
kalau uncle terus letak je!
Inilah cara yang terbaik..
jangan layan kerana ia berisiko tinggi
Biasa juga dapat, kadang telefon bimbit kadang telefon pejabat. Geram kadang bila ada warga tua di kampung yang percaya dengan penipuan scammer ni kan.
Sasaran mereka memang kepada orang yang tidak tahu menahu pasal perkara ini
sedih juga kalo mereka menjadi scammer Krn terpaksa ya 😔. itulah bahayanya human trafficking . mereka tak segan melakukan apapun demi bisa mengeruk untung. korbannya mati mana peduli.
ada beberapa teman saya yg suka mengerjai para scammer ini juga. ikutan panik dll 🤣. kadang jadi lucu sih. saya sendiri kalo dpt panggilan begini biasanya langsung tutup, tak layan langsung 😅. malah sering juga balas saya ceramahi kenapa suka sangat ambil duit cara haram 🤣
Nasihat saya lebih baik jangan layan…kerana tidak membuang masa semua pihak
Suami saya pun suka layan juga, nak tengok tahap kesabaran scammer yang telepon. Hehe..
Nur recently posted…Kembali dengan wajah baru
sebaiknya jangan layan kerana mereka akan marah hehehehe