Adis Buan, mimpi ular dan gadis cantik

Cerita pun nak bermula. Ini ceritanya. Ada cuti sehari maka mrhanafi manfaatkan sebaik mungkin untuk melegakan fikiran yang sibuk.

Ya, sibuk fikir tentang dunia dan sibuk zikir untuk akhirat.

Pada 15 Disember 2022 mengungkap cerita tersendiri.

Cerita di Adis Buan Resort.

Sebenarnya ini merupakan kali kedua mrhanafi mengunjungi Adis Buan.

Adis Buan
Ada rumah untuk mereka yang nak homestay atau overnight

 

Pondok beratap zink untuk berteduh dan menyimpan barang

Jujur, nama ini mungkin asing bagi kebanyakan orang waima rakyat Sarawak sendiri.

Adis Buan terletak di Kampung Segong, Bau, Kuching.

Resort ini sangat sederhana dan wajar dikunjungi untuk mereka yang suka mandi-manda di sungai.

Adis Buan
Air sungai yang jernih dan sejuk serta tidak begitu dalam

Sejuk, nyaman dan menyegarkan.

Kami sekeluarga berangkat dari rumah ke Resort Adis Buan sebelum jam 9 pagi.

WAJIB BACA :   Pasrah Tuntutan Terakhir Selepas Berusaha

Alhamdulillah sampai di sana sekitar jam 10 pagi, kira-kira 1 jam 10 minit.

Memandangkan ini bukan pertama kali ke Adis Buan, maka rasa dan jiwa tidak begitu teruja.

Kelebihan berada di kawasan Adis Buan ialah tiada rangkaian internet.

Kalian terputus dengan dunia media sosial namun rangkaian untuk telefon masuk dan keluar masih berfungsi lagi.

Ternyata puas hati dan seronok juga.

Selepas mandi-manda, makan-makan dan duduk bersantai kami pulang pada jam 4 petang.

Adis Buan
Berangkat pulang

Jika ada yang berminat dan ingin bertanya info lanjut boleh hubungi nombor di bawah :

Adis Buan
Boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut

Kita tinggalkan cerita Adis Buan.

Pulang dari sana, mrhanafi masuk tidur awal sebelum 10 malam.

Badan berasa letih lain macam.

WAJIB BACA :   Menukar Yoast SEO dari All In One SEO Pack

Mungkin kesan bermain kayak, berenang gaya kupu-kupu dan menyelam ala-ala scuba hehe.

Semasa tidur mrhanafi bermimpi.

Mimpi bukan sebarang mimpi.

Mrhanafi mengalami dua mimpi yang menarik dan mengujakan.

Walaupun hakikatnya, mimpi cumalah mainan tidur.

Mimpi pertama ternampak dua ekor ular.

Tidak begitu besar.

Berwarna hijau dan berbintik besar.

Mrhanafi tidak rasa terkejut mahupun takut.

Walaupun kepala ular tersebut sudah naik mencongak dan mata melihat ke arah mrhanafi.

Perlahan-lahan mrhanafi naik ke daratan dengan meniti tebingan sungai.

Mimpi kedua lagi menarik.

Tatkala mrhanafi sudah berada di tebingan sungai, tiba-tiba tertoleh dan terpandang gadis cantik yang berada di permukaan sungai.

Jaraknya sangat dekat dan jelas pada pandangan mata ketika itu.

WAJIB BACA :   Mee Kolok Kuching Menu Sarapan Pagi Yang Menyelerakan

Kami berpandangan sesama sendiri.

Lantaran terlalu cantik dengan muka bujur sirih, putih melepak, rambut hitam berkilat dan senyuman dengan deretan gigi putih bak mutiara menyebabkan mrhanafi tergamam seketika.

Dalam mimpi langsung tiada rasa takut ataupun gementar.

Apatah lagi rasa berdosa….( istighfar )

Seronok itu pasti hehehe.

Akhirnya mimpi berakhir setelah mrhanafi naik ke daratan dengan selamat.

Itulah mimpi yang unik, menarik dan indah untuk dikenang dalam dunia nyata.

Tidak perlu ditafsir mimpi ini.

Yang penting setelah terjaga dalam dunia nyata, mimpi ular dan gadis cantik mungkin kesan memori setelah mengunjungi Adis Buan pada siang hari.

Apa komen kalian dengan cerita ini ?

14 thoughts on “Adis Buan, mimpi ular dan gadis cantik”

  1. Pasal mimpi tu tak tau nak komen apa..
    Apapun mungkin badan MrHanafi terlalu penat jadi waktu tidur fikiran masih melayang2 atau mungkin masih tertinggal di Adis Buan..
    Kadang bila badan kita terlalu penat otak kita ligat berfikir.. Otak sedang bekerja.. Hihihi
    MrHanafi boleh baca di sini teori sains tentang mimpi..
    https://www.majalahsains.com/sains-mengapa-ada-mimpi-yang-diingati-dan-sebaliknya/
    Salina@IbuAqil recently posted…Koleksi Buku PenyiasatMy Profile

    Reply
    • wah…terima kasih kerana menyertakan link untuk rujukan saya dan juga pembaca lain

      memang diakui badan saya sangat letih lepas daripada berenang..

      Reply
  2. sedapnya dapat bermandi manda kat situ…. mcm resort kat janda baik tp kat sini lg besar tempatnya

    kalau mimpi ular tu org ckp nk jumpa jodoh hehehe

    Reply
  3. jgn mimpi basah sudah., huhu
    tapi ramai je bila camping dlm hujan terutamanya resort akan berjumpa dgn entiti yg menyeramkan., nauzubillah

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge