Cara mudah tidur yang paling sempoi

Cara mudah tidur ini dikongsikan oleh doktor psikologi, Dr. Julie Smith dalam akaun Tiktoknya. Tidur antara nikmat yang tiada galang gantinya. Bukan tidur berlebihan atau kurang tidur.

Tilam yang empuk dan mahal belum tentu dapat menggantikan tidur yang lena dan berkualiti.

Lainlah ada orang yang kuat tidur.

Mereka memang mudah untuk tidur tidak kira masa dan keadaan.

Cara mudah tidur

Malah sambil duduk pun boleh tertidur.

Baik waktu siang mahupun waktu  malam.

Mrhanafi  berlainan daripada senario di atas atau ada yang sama seperti mrhanafi. hehehe

Mrhanafi jenis susah nak tidur dan susah pula nak bangun tidur.

Akibat susah nak bangun tidur menyebabkan rasa marah ketika terjaga daripada lamunan mimpi.

WAJIB BACA :   Kata Kata Minta Maaf Menyentuh Hati

Kalau tidak kerana solat fardu Subuh sudah tentu mrhanafi layan tidur hingga ke Zuhur.

Tapi…Mana boleh ikut nafsu.

Bak kata orang zaman now..

“Ikut rasa binasa dan ikut nafsu lesu”

Berbalik kepada topik tidur’

Menurut Dr. Julie Smith cara mudah tidur ialah dengan meluangkan masa untuk berada di luar rumah.

Cara mudah tidur

@drjulie

This took me so long to get the loop right 🫣

♬ original sound – Dr Julie | Psychologist

Rata-rata masa kita dikatakan 90 peratus di dalam rumah terutama ketika zaman PKP dahulu.

Keadaan ini menyebabkan kita stress dan mengganggu ritma tidur.

Jalan terbaik…cuba berada di luar rumah.

Ketika berada di luar rumah seperti di taman atau hutan rekreasi, badan kita akan mengeluarkan hormon gembira.

Setelah balik ke rumah, badan akan terasa segar dan ini akan menimbulkan mood baik untuk tidur malam atau masa yang diiigini

Lihat betapa sempoinya teknik tersebut.

Mrhanafi pernah cuba dan ia memang berkesan.

Pada waktu pagi mrhanafi akan ke tasik yang tidak jauh dari rumah.

Semasa di tasik mrhanafi akan buat regangan otot sebelum aktiviti berjalan kaki tiga pusingan.

Ada kalanya sempat berjogging walaupun tidak selaju pelari marathon.hehhehe

Cara mudah tidur

Pada sebelah malamnya cepat sungguh mata mrhanafi mengantuk dan akhirnya dapat tidur lena dengan mudah.

Yang payahnya, semasa tidur rasa seolah-olah tidak mahu bangun lagi.

Cara mudah tidur

Sebagai kesimpulan cara mudah tidur ini amat sesuai untuk diamalkan oleh semua peringkat umur, jantina dan bangsa.

Jangan abaikan tidur kerana tidur adalah cara terbaik untuk badan kita berehat setelah seharian mencari rezeki seperti cara membuat website ecommerce

8 thoughts on “Cara mudah tidur yang paling sempoi”

Leave a comment

CommentLuv badge