Kebaikan berjogging memang ada. Bukan sikit tapi banyak. Sayangnya kebaikan berjogging ramai yang tidak kisah dan tidak ambil peduli.
Saya memang suka berjogging sejak zaman sekolah lagi.
Cuma tidak istiqamah.
Kadang-kadang ada dan selepas itu berbulan-bulan tiada.
Berikut adalah kebaikan berjogging yang boleh saya kongsikan.
Mana tahu selepas ini ramai lagi bermotivasi untuk berjogging dan bersenam.
Kalau bukan orang lain, tentulah diri saya sendiri.
Table of Contents
Kebaikan berjogging
1.Aktiviti mengeluarkan peluh
Saya akui ramai yang kerja sedap-sedap duduk di pejabat.
Ada penghawa dingin dan suasana kerja yang sangat selesa.
Masa bekerja memang tidak berpeluh.
Sekiranya demikian carilah aktiviti sukan seperti berjogging
Dengan berjogging bolehlah mengeluarkan peluh.
Tak banyak sedikit pun jadilah.
2.Sukan yang murah
Baru-baru ini saya membeli peralatan untuk sukan jogging.
Beli kasut, seluar sukan dan stokin yang sesuai.
Bajet tidak sampai RM100.
Berjogging di taman atau jalan raya yang sunyi tidak dikenakan bayaran.
Peralatan berjogging juga murah.
Tiada alasan untuk tidak berjogging.
Bahkan berjogging sekitar rumah boleh mengeratkan silaturrahim dengan anak dara jiran yang cantik hehehehe,
3.Bagus untuk kesihatan jantung
Berjogging memerlukan pergerakan yang aktif.
Tubuh badan bergerak dari atas ke bawah.
Aktiviti ini membolehkan aliran darah lancar ke seluruh badan.
Otot jantung akan bekerja lebih efektif.
Berjogging mengurangkan risiko kita terkena penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok.
4.Menurun berat badan
Sejak kebelakangan ini berat badan saya semakin naik.
Mungkin kesan PKP dan juga keaktifan saya semakin berkurangan.
Saya memilih untuk berjogging sebagai kaedah membakar kalori.
Tak akanlah nak panggang dalam oven pulak.
Malu juga diakui pertambahan berat badan ini saya menjadi saya lebih segak dan sedap mata memandang..(naik lift tekan sendiri )
5.Memperkuatkan tenaga batin
Wah kebaikan yang ini memang best dan win kepada para suami.
Berjogging dikatakan boleh meningkatkan libido dan kemampuan atas ranjang.
Perkara ini telah dijelaskan oleh Dr James White dari Universiti California.
Entah betul ke tidak, tiada jaminan.
Ikut logik akal, jika seseorang cergas dan bertenaga memang atas ranjang juga terlihat kehebatannya.
Nak tahu tanyalah orang yang suka berjogging dan bergelar suami.
Tanya saya, no komenlah jawapnya
Kesimpulan
Saya rasa cukuplah lima kebaikan berjogging ini.
Banyak lagi sebenarnya untuk kesihatan.
Namun jika hanya dibaca dan pembaca tak mencuba untuk berjogging maka ilmu ini sekadar dalam minda.
Mulakan aktiviti jogging hari ini juga.
Selamat berjogging dan semoga berjaya.
Mohon share jika rasa bermanfaat untuk orang lain juga.
- Kemas kini 18/9/22
Pastikan pakai kasut yang sesuai. Lutut pun perlu dijaga. Tingkatkan jarak larian ikut peringkat. Dari 1KM ke 2KM dan bila badan sudah ringan baru la berjogging dengan jarak yang lebih jauh. Baru la lutut tak terbeban dengan berat badan.
En Arief recently posted…Gitar Akustik Untuk Dijual
info ini amat bermanfaat..
im shaa Allah saya take note agar kecederaan boleh dielakkan.
terima kasih bro.
dah lama x berjogging tp berat badan makin turun…
alhamdulillah..
mungkin Abe aktif siang dan malam..
dan pemakanan sudah kontrol..
saya dah lama tak jogging kat luar.. Cuma lari dalam rumah je..depan tv sambil tengok kdrama.. heheh..berpeluh jugak.. lari depan tv lagi best sebab boleh tengok tv. sedar2 dah sejam berlari.
bagus juga dalam rumah terutama kaum ibu-ibu..
yang penting pembakaran kalori berjalan dengan lancar
hmm macam sama dengan saya je ni, jogging tak istiqamah.. hahah jogging dan dapatkan fitness bila ada sukan atau tournament saja. pastu mulalah rasa kembang paru – paru.
perkara biasa bro..
bila rasa bukan keperluan
semangat untuk jogging itu boleh ke laut..
yang penting, berjogging boleh kurus kan tuan…
Sunah Sakura recently posted…Merais
kalau konsisten memmang boleh jadi slim dan ramping
Org kata, klu usia dah masuk 40an terutamanya kena luangkan masa beriadah, berjogging atau berbasikal utk jaga kesihatan. Klu dari usia muda dah konsisten baguslah.. taklah cepat pancit klu berlari jauh kan.
tulah tuan..
pada usia begini kesihatan menjadi keutamaaan..
perlu sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hat
setuju sgtttt… part nk kurus tu mmg betul sbb sy penah buat. xyah tggu sbln. 2 mggu je dah bleh trn berat bdn. tp dgn syarat kn jogging tiap2 hari laa tanpa missed. plg krg sejam = lbh krg 5km
anies recently posted…Celebrate kejuaraan Liverpool FC + ber’playing tourist’ dengan blogger Salbiah M
saya jpgging selang seli..
kalau saya jogging tiap hari memang jadi ramping kalahkan perempuan
mama guna stepper yg basikal tu aje tu pun on off tapi mama ni keje yg byk berjalan juga so ok lakan
ok tu…yang penting ada pergerakan aktif agar berlaku pembakaran kalori