Kasut sukan murah yang saya beli ini berharga RM70. Bukan jenama terkenal namun rekabentuk memang menarik. Warna nampak premium dan elegan. Ada corak tersendiri.
Sudah lama saya berhasrat untuk membeli kasut sukan baharu. Sebelum ini pernah beli kasut jenama Dr Caldine. Usianya tidak lama. Seminggu pakai tapak tertanggal habis.
Selepas itu saya sudah serik untuk membeli kasut yang ada jenama dan berharga mahal.
Kualiti lebih kurang sama dengan yang murah. Jika yang murah cepat rosak, perkara biasa. Cuma kalau yang mahal cepat rosak, rasa tidak puas hati akan timbul.
Majoriti membeli kerana yakin kepada jenama. Malah jenama sudah disinonim dengan kualiti, kepuasan dan keghairahan ( ini tiada kaitan )
Kasut sukan murah yang saya beli ini berjenama Skodon. Pertama kali juga dengar. Kasut ini made in Vietnam. Tidak juga hairan kerana negara tersebut terkenal dengan barangan seperti pakaian dan beg-beg perhiasan.
Saya tidak peduli dengan apa-apa jenama kerana jenama tersebut belum tentu beri kualiti, ketahanan dan keselesaan.
Tiada review untuk kasut ini. Saya cuma menulis untuk catatan peribadi sahaja. Yalah sebagai rujukan pada masa yang akan datang.
Sekiranya ada idea mungkin review menyusul nanti. Saya nak lihat betapa lama boleh bertahan sekiranya digunakan untuk aktiviti jogging.
Selain untuk berjogging kasut ini akan saya guna jalan-jalan cari amoi cantik. Bahkan ia juga sesuai untuk ke pejabat kerana saya biasa guna pakaian yang kasual sahaja.
Mungkin juga akan digunakan semasa pergi makan malam di kedai, gerai dan restoran mamak. Yang penting apa-apa aktiviti sekalipun untuk ‘utilize’ nilai RM70. Bak kata orang lenjan sampai puas hati.
Sebetulnya, saya cuma ada dua pasang kasut.
Saya memiliki kasut kulit yang khas untuk aktiviti rasmi. Sangat jarang digunakan. Sebelum ini pernah tertanggal tapak biarpun dibeli dengan harga cukup mahal dengan jenama terkenal.
Namun kini sudah dibaiki oleh si tukang kasut.
Satu lagi kasut yang baharu saya beli ini.
Semoga pembelian kasut sukan murah ini memberi banyak manfaat agar kepuasan membeli dan menggunakan lebih terasa.
Wallahualam.
Suami saya beli kasut mahal2 last2 kasut harga rm50 juga dia pakai ke sana ke sini..Geram je rasa..
Kasut mahal dan berjenama bukan jaminan keselesaan..kan>?
yang mahal juga jaminan imej yang gah dan gaya premium
yang murah rata-rata selesa
kira mahal jugak lah ni min rm70… tak semua mampu beli tau
memanglah..
ada juga yang berharga bawah RM50..
saya beli kasut ini kerana designnya yang up to date..
tak sangka pulak harga murah
kacak juak kaler nya ya…kamek lebih pentingkan keselesaan pakei sama ada untuk bersukan atau berjalan…mun ada yang murah lebih bagus…jenama sik penting
kombinasi kaler hitan dgn oren nang padu..
kebetulan juga rega murah dan ternyata memang selesa
semoga terus bersukan & beriadah..
Vietnam…one of the rising industrial cities in Asia Pacific..
aamiin..
kan bro..Vietnam semakin pesat dalam industri pembuatan sekarang ini
disebabkan warna tulah saya membeli..
corak yang terang dan menarik
dari jauh dah bleh nmpk sbb ada kaler oren😆
kan..
itulah yang menarik dan istimewa kasut tersebut
Warna oren hitam dan design kasut cantik. Terbaik pilihan Mr Hanafi. hehe. 😀
Galaksi Viral recently posted…NASI GORENG PALING POPULAR DI MALAYSIA
satu jer yang kurang tentabg kasut tu…jenama tidak segah yang selalu kita dengar